Fenomena Candy Crush

Assalamualaikum


Hai dengar je pasal candy crush mesti semua orang tahu kan? Dah ramai rakan facebook dok main game ni, termasuk ika sendiri la, hehe Sebenarnya, mula-mula tak suka sangat game ni tapi bila tengok kakak ika main , nak try juga la bila dah mula tu susah nak berhenti korang..kan dah ketagih..

Game ni menguji kesabaran taw, dulu time tak main lagi tu ramai je dok main tag-2 ajak main..haish.Sebenarnya ika ada terjumpa artikal yang salah seorang dari peminat game candy ni la.mak aih main game sampai sakit belakang wei. ish-3

tapi ika tak ada la nak main sampai sakit-sakit, takkan la 24 jam nak mengadap pc main game..buang masa la pulak dah kan .. cuma main suka suka je. uji minda gitu *_*

Tapi sekarang orang yang dah ada iphone canggih tu dah tak perlu dah nak on pc bagai just download je dekat google play then terus main kan..

Ada tak yang suka sangat dengan candy crush ni angkat tangan laju-laju cepat. hehe Disini ika cuma nak cakap kita jangan terlalu obses sangat dengan game ni sampai sakit sakit lagi sapa suruh..
So tepuk dada tanyalah iman hihi *_*
bye

Sustained Released Vita-C by Shaklee

Assalamualaikum

Alhamdulillah vitamin c yang ditunggu tunggu sudah ada di tangan, dah lama dah berminat nak beli tapi selalu je out of stock. * feeling excited

 banyak kelebihan vitamin c ni taw, sapa yang ada masalah resdung, selalu demam, ingin kulit cantik, glowing boleh amalkan vitamin c ni.


* kredit google

KEISTIMEWAAN VITAMIN C

1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

MANFAAT VITAMIN C

Imuniti

- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan

- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension

- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit

- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.
 
** Product ini tidak bertujuan untuk mendiognosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 
-----------------------------------------------------
email at zsabiqah@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan 
*_*  
 
 

Giveaway Jom Menang


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Daging Masak Tiga Rasa !!

Assalamualaikum
Pernah dengar tak daging masak tiga rasa, hehe kalau tak pernah dengar, memang patut la sebab ika selalu sangat masak benda yang orang tak pernah buat. *-* nak nampak kelainan gitu tapi jangan selalu sangat macam tu ye.

Nak kongsi je kita punya masakan hari ni ada la snap sikit-sikit time masak, bila publish kat blog tak la orang rasa pelik sangat bila dengar. Mari adik-2, kakak-2 kita mulakan.
:
:

okey ni adalah bahan yang terdiri daripada tomato, cili besar, dan timun potong kecik kecik .

1) Tumis bawang merah, putih dan halia sampai kekuningan.okey

2) Masukkan daging yang telah dipotong, biarkan sehingga air daging keluar. Setelah air daging kering,masukkan sedikit air dan biarkan sehingga dagingnya empuk. Dan jangan lupa juga masukkan serai, jintan putih dan jintan manis ya.

3) Selepas itu, masukkan 3 saudaranya iaitu sos tiram, sos cili, dan kicap. Gaul sehingga sebati

4) Then masukkan bahan yang dipotong tadi iaitu timun, tomato, cili besar. Gaul biar rata. Ika akan biarkan sehingga tomato dan timun tu masak sepenuhnya sebab tak suka makan kalau separuh masak masak ni.hihi

okey siap daging tiga rasa. *_*

Sorry kalau gambar tak berapa nak elok ye sebab kamera ika rasa macam bermasalah pulak.. Sempat snap satu je pic yg first tu, lepas tu dah tak boleh dah.Mungkin sebab tersentuh lens dia kot. Korang rasa kalau terpegang lens kamera boleh rosak tak?? Help me.

Tak nak kejadian kat laptop jadi kat kamera pulak..tak mau tak mauuu Dulu laptop tak keluar suara lepas tu pergi kedai kena RM 60..:( minta kat abang dia tak mau kasi, lesap RM 60. Padahal guna sama sama. Nanti bila minta juga dia tak nak bayar duit internet pula..lagi menyesal .:)

Dah la beli kamera guna first gaji ika kerja. Walaupun kamera tu murah ja kot bagi yang mampu tapi bagi ika sangat mahal . Sebab duit nak habis sangat senang nak dapat susah kot.*_*

okey itu je bye

My TopUp Giveaway By Iezwa Razk



Giveaway ini dianjurkan oleh IEZWA RAZK dengan kerjasama daripada blogger-blogger awesome MAWAR BERDURIMOHD NOOR SHAWALANA AHMAD dan ASHYA AZIZ
SENARAI HADIAH :-
Topup RM 5 (10 Pemenang)
Topup RM 10 (2 Pemenang)

Tarikh Tamat : 5 NOVEMBER 2013

MUNGKINKAH ANDA PEMENANG YANG DICARI??
JOIN JANGAN TAK JOIN YE!!
 

Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com

Assalamualaikum

SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3
Beg x 3
Selendang/Pashmina x 5
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di laman www.reddelima.com setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.'
Kategori 'Officewear'.
Kategori beg.
Kategori 'Accessories'.
Kategori 'Scarf."

Jom join ramai-ramai, hadiah sangat lumayan. Boleh klik banner untuk join *_*

2 MONTHS BIRTHDAY GIVEAWAY BY 22nd OF SYIERA

Assalamualaikum


join kategori 2 & 3 ye

 1. Bila tarikh lahir Syiera bagi tahun Masihi ?
31 OKTOBER 1991
2. Bila tarikh lahir Syiera bagi tahun Hijrah ?
22 Rabiulakhir 1412
3. Jam berapa Syiera dilahirkan ?
8.46 am

Tamat 18 Disember 2013

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...