Part Time di Hujung Minggu !!!

Assalamualaikum,
salam hujung minggu semua, wah hari-hari cuti ni kalau pergi bercuti mesti best kan ?? bawa family jenjalan makan angin, luahkan masa bersama keluarga, lebih-lebih lagi time cuti-cuti sekolah ni..hehe

okey hari ini bermula la kerja part time ika, hehe mesti semua belum tahu kan ika ni kerja apa dan dekat mana, asyik part time je, tak ada ke full time, :) sebenarnya ika kerja dengan family je, paksu dengan maksu ika buat perkhidmatan katering jadi ika sebagai penganggur terhormat la sangat ni bantu-membantu jela. Habuannya boleh la dapat duit poket sikit daripada duduk goyang kaki saja kan :) okey macam itu la ceritanya..
Jadi kalau ada blog yang ika tak dapat nak BW tu, diharapkan bersabar ye, In Sha Allah slow-slow akan ika kunjungi, hehe have a nice day *_*
 

Pendapat korang ??

Assalamualaikum,

salam semua, disini ika nak kongsikan satu kisah la, hehe sebenarnya seumur hidup ika tak pernah alami perkara ni taw. okey seperti yang korang tahu ika ada part time job atau bisnes kecil-kecilan jual baju. okey hari ini ika ada pos new collection dekat dalam satu group ni :)

selepas itu ada satu orang ni dia komen, ika baca tu rasa eh dah kenapa pulak ni.. sebenarnya ika terlupa print scrint sebab cuak sangat masa tu.. sampai ika delete dekat post group tu dan delete juga gambar dalam fb page ika..yela taknak la nanti jadi kontroversi pula..hehe okey ika hanya kongsikan perbualan kitorang je..:)

budak A : eh nampak macam jubah kristian je..
ika : pernah nampak ke jubah kritian macam mana, kenapa kata macam tu ??
budak A: nanti sya download, dlm internat banyak la..

lepas tu ika terus tanya sepupu ika macam mana sebab dia pun sama macam ika buat bisnes ni juga :)

bila baca owh rasa lega sikit..hehe okey ika nak pendapat korang macam mana mengenai masalah ni  ??


Filem Review : Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang !!

Assalamualaikum,

salam jumaat semua, hari ini nak share satu filem ni, ika rasa macam best, hehe tapi tak dapat nak tengok lagi, nak kena tunggu ada dalam internet dulu.. Sapa yang dah tengok filem ni di pawagam ??
best tak ??
 

Sebenarnya teringin nak tengok sebab Ustaz Azhar Idrus berlakon sama, hehe macam best je kan..


Sinopsis Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

Dadu adalah seorang lelaki muda yang tidak mempunyai hala tuju dalam kehidupan, sering dibuang kerja kerana sikap puas hati beliau. Dadu tinggal bersama Muiz, yang menganggur dan bergantung sepenuhnya pada Dadu untuk hidup. Mereka berdua akhirnya menganggur, usik dan dilemparkan keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak dapat membayar sewa. Hamzah, sepupu Dadu tiba-tiba muncul dan panduan kepada kedua-dua mereka untuk kembali kepada Allah. Hamzah menunjukkan mereka CD Ustaz Azhar Idrus ceramah. Dadu dan Muiz kagum dengan Ustaz Azhar Idrus. Mereka percaya mereka juga boleh berubah kerana Hamzah adalah jumpelang sebelum dia menjadi setia kepada Islam dan Allah. Kemudian, Dadu dan Muiz berazam untuk berubah dan menjadi lelaki yang lebih baik. Mereka juga memutuskan untuk melihat Ustaz Azhar Idrus sendiri dan mendengar ceramah tersebut hidup. Sepanjang perjalanan, Dadu dan Muiz menghadapi banyak masalah dan musibah sehingga kedua-dua mereka ditahan oleh pihak polis, dua kali!
Bolehkah kedua-dua mereka akhirnya bertemu Ustaz Azhar Idrus?

 Baca sinopsis pun dah macam best..hehe sesiapa yang belum tengok jom tengok, :)

tonton online klik sini   
sumber sini

Resepi carrot susu yang simple !!

Assalamualaikum,

Hari ini nak share resepi carrot susu yang sangat simple, alaa mesti semua dah tahu kan, tapi tak apa ika nak share juga..hehe

Bahan-Bahan ( utk 1 org )
1. 2 btg carrot
2. susu
3. Air
 -buang kulit carrot dan potong sesuka korang, :)
- selepas itu masukkan carrot kedalam blender + air secukupnya dan blend sampai halus..
 - selepas blend tapis ye, kalau taknak pun tak apa, tak kisah..hehe
- Last masukkan susu pilihan anda, tak kisah la susu brand apa pun asalkan boleh dimakan..:)
Bagi yang suka sejuk boleh la letakkan di dalam peti sejuk dua tiga minit.. Siap untuk diminum, hehe minum sambil update blog pun best juga kan..:)
have a nice day. *_*

Wordless Wednesday # 2

Assalamualaikum,


Dapat CPUV Dari Nuffnang !!

Assalamualaikum,

Hai semua, hari ni ika nak kongsikan berita gembira..hehe sebenarnya pihak nuffnang dah berbesar hati bagi ika cpuv, rasa macam tak percaya. selama ini ika rajin-rajin jugak hantar tiket dekat nuffnang, tanya kenapa belum dapat cpuv. sekarang bersyukur sangat..:)

walaupun jumlah hanya seciput tapi tak apa, ini permulaan yang baik kan..ni yang semangat nak berblog ni..hehe okey semua have a nice day..:)

23th Birthday Giveaway by MisEyz Blurz

Assalamualaikum,

http://miseyz.blogspot.com/2013/11/23th-birthday-giveaway-by-miseyz-blurz.html 
klik banner utk join

Hadiah
(pilihan pemenang secara random!)

* Peplum Dress x 1 *
* Tribal Shawl x 1 *
* Kerongsang/ Brooch bunga x 2 *
* Fridge Magnet khas dari Terengganu x 2 *
* Keychain Special x 2 *
* Black + White Mask Shiseido x 1 *
* White Mask Shiseido + Naturgo Mask x 2 *
* Detox Gold x 2 *
* Topup RM5 x 1 *
* Topup RM10 x 1 *
Tarikh Tamat: 10 Disember 2013

First Giveaway by Aidil dan Waniee


KLIK BANNER UNTUK JOIN !!

Disponsor oleh :

Wanie | Aidil | Dedeq De Wishes | Hananabyllah | IAmIzzati | Aisya Fatima | Mawar Berduri | Aina Zairulnizam | Diamond Friends | Djdanchef | Yan Saflina | Ikha Mohd MVP'S | Nur Izzati

Senarai hadiah :

Barangan pos ~
Voucher Untitled K-Shop (2 pemenang)
Buku ilmiah (1 pemenang)
Notebook (2 pemenang)
Tudung bawal (3 pemenang)
Tudung pashmina (1 pemenang)
Casing phone (1 pemenang)
Keychain (2 pemenang)
Penanda buku (2 pemenang)
Ribbon clip (2 pemenang)
Penanda buku (5 pemenang)
Buku 'Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah' (1 pemenang)

Topup ~
RM5 (2 pemenang)

Barangan blog ~
Review dan bloglist (1 pemenang)
Header (5pemenang)
Review (2 pemenang)
Vector (2 pemenang)
Header (3 pemenang)
37 PEMENANG DICARI !!
MEH JOIN :)

SIMPLE YET AWESOME GIVEAWAY

Assalamualaikum,
http://budakkecikbermonolog.blogspot.com/2013/11/simple-yet-awesome-giveaway.html 
PERASAAN PERTAMA KALI BERBLOG :
 
GA ni minta kita cerita sedikit perasaan bila 1st time mula berblog. wow macam mana ye nak cerita. hehe sebenarnya 1st time terdetik nak buat blog bila ika tengok blog lyssasecret. Mesti banyak kan yang dah kenal blogger ni..Perasaan nak ada 1 blog tu memang menbuak-buak taw. Dekat blog lyssa banyak tutorial untuk new blogger, bila tengok je tutorial tu ditambah dengan blog lyssa pun cantik.. haishh memang cair la korang..hehe itu lah serba sedikit macam mana boleh ika mula berblog, tak ada yang special pun..hehe

PEMILIHAN PEMENANG

1. Top refferal. (Promote GA ni habis-habisan tau!) (1 pemenang.)
2. Pemenang utama pakai khidmat random.org. (1 pemenang.)
3. Entri paling menyentuh kalbu dan paling kreatif! (1 pemenang.)
4. Pemenang saguhati. (10 pemenang)
5. Pemenang 1 peserta 1 hadiah. (51 pemenang)

FOLLOW, LIKE, KLIK DAN SEBAGAINYA
 
  TAMAT : 24 December 2013

Big Day !!

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik sudah 3 tahun kakak ika belajar dalam jurusan kejururawatan.. hehe tahun ini tahun akhir dia menjadi seorang mahasiswi.. okey disini ika cuma nak minta korang doakan kakak ika untuk final exam pada 4/12/2013. ececeh ( baiknya adik aku ni)..hehe

Moga Allah permudahkan kakak ika untuk menjawab semua soalan exam tu, Aminn.:)
okey bye semua, have a nice day

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...