wordless wednesday# 3

Assalamualaikum,


INTI Cycle 1 Degree Exten

Assalamualaikum,

cpuv pertama yang masih ongoing selepas seminggu tak update blog..Alhamdulillah, permulaan yang baik, terima kasih nuffnang.. Harap lepas ni nuffnang masih bermurah hati ye :)

okey semua, have a nice day :)

HS giveaway

Assalamualaikum,

http://hanasakura-tomodachi.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html

http://hanasakura-tomodachi.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html

http://hanasakura-tomodachi.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html

http://hanasakura-tomodachi.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html 

klik pic untuk join ye :)

My Mom's Best December giveaway

Assalamualaikum,

http://www.mymomsbest.us/2013/12/my-moms-best-december-giveaway.html 
klik banner untuk join

  Dah lama rasanya tak join giveaway, nak cuba nasib la..hehe jom jemput join ramai-ramai.

Kejadian Ikan Naik Ke Darat Di Lahad Datu, Sabah

Assalamualaikum,
Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

BEBERAPA penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami .

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.
sumber sini

Bila Blog Diabaikan !!

Assalamualaikum,

Emm lama rasanya tak buka blog ni. dah lebih seminggu biar blog ni bersarang..kihkih okey dulu ika banyak join giveaway, sampaikan giveaway tu tamat ika tak tahu. sehingga la ika terbaca komen dari owner giveaway blog itu sendiri yang ika menang, kalau tak bagi detail dengan segera, pemenang akan dipilih semula. Adoii bila baca tu rasanya, eh biar betul cekk oii
ika baca komen pun pada malam 20/12..dah terlepas la. tapi ika email juga detail, mana tahu masih sempat. kalau ada rezeki In Sha Allah ada la..huhu 

Tengok-tengok masih sempat. Alhamdulillah.Lepas ni kena selalu buka blog supaya benda macam ni tak berlaku lagi. nyaris-nyaris saja.
okey semua have a nice day ^_^




product review : Herbal Blend Multipurpose Cream

Assalamualaikum.

Hi semua, okey hari ini nak review pasal satu produk ni dari shaklee, memang best taw. okey siapa dekat sini ada masalah tumit pecah, boleh la guna produk ni. harga dia sangat la murah..

kegunaan herbal blend shaklee :
-Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
-Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
- Ubat luka / lecur
-Menghilangkan parut ( spt campak, chicken pox )
-Ruam pada bayi
-Losyen harian 
 testimoni 

kalau berminat inbox dipage 



Jarum !!

Assalamualaikum,


Nak tanya dulu, siapa dekat sini pernah kena cucuk ?? sakit tak ?? hehe sebenarnya semalam ika pergi cucuk, seperti yang korang semua tahu ika kan bekerja part time katering jadi secara tidak langsung ada juga terlibat dalam bab-bab makanan. jadi kenalah cucuk vaksin tak salah kot.:) walapun bukan ika yang masak, tapi bila kesihatan datang cek, terpaksa la cabut lari, ye dak ?? sebab buku cucuk tak ada.


Mula-mula nak pergi rasa berani tapi bila dah sampai klinik kena tunggu nurse panggil tu rasa cuak juga, hihi bila selesai semua lega rasanya, sebenarya tak sakit mana pun cucuk ni rasa kebas sikit saja, lepas ini tak takut dah ..huhu

okey, bye semua.:)

Padang Besar !!

Assalamualaikum,

salam semua, sebenarnya dah lama nak update pasal ni, tapi oleh sebab masa tidak mengizinkan terpaksa simpan dulu dan sekarang baru lah ada kesempatan. :) okey sebenarnya ika dah lupa berapa hari bulan yang lalu ika pergi padang besar ikut family je, sebab mak ika nak beli ikan bilis. Nak beli dekat tempat kita senang je tapi dah time tu terasa nak pergi sana, pergi je la.hehe 

sekarang ni bila ada blog ni semua nak ambil gambar..hehe kalau boleh setiap masa dan setiap detik. lol

rambang mata cekk oii kalau datang sini.. tu bear minion..haishh rasa macam nak rembat je..hehe tapi angan-angan jela
 selesaai beli barang yang nak dibeli, kita pekena bihun sup dulu dengan ABC tapi bihun sup rasa macam kurang sedap tak tahu la sebab apa mungkin tak kena dengan tekak kut. :)

 serius banyak sangat beg, terasa macam nak beli satu, tapi mak ika pula tak kasi.. sebab tak mahu la beli lepas tu buat stok dalam almari..haishh
feveret ika suka beli barang dekat jalan tar je, asalkan cantik dan berkualiti saja, tak kisah kalau tak berjenama.. hehe
okey apa-apa pun memang best cuci-cuci mata ye, tapi ika sempat beli satu peplum, hehe sebab rasa macam berkenan pula. kalau mengenai harga dekat sini, takla murah sangat biasa-biasa saja.
okey have a nice day :)

Part Time di Hujung Minggu !!!

Assalamualaikum,
salam hujung minggu semua, wah hari-hari cuti ni kalau pergi bercuti mesti best kan ?? bawa family jenjalan makan angin, luahkan masa bersama keluarga, lebih-lebih lagi time cuti-cuti sekolah ni..hehe

okey hari ini bermula la kerja part time ika, hehe mesti semua belum tahu kan ika ni kerja apa dan dekat mana, asyik part time je, tak ada ke full time, :) sebenarnya ika kerja dengan family je, paksu dengan maksu ika buat perkhidmatan katering jadi ika sebagai penganggur terhormat la sangat ni bantu-membantu jela. Habuannya boleh la dapat duit poket sikit daripada duduk goyang kaki saja kan :) okey macam itu la ceritanya..
Jadi kalau ada blog yang ika tak dapat nak BW tu, diharapkan bersabar ye, In Sha Allah slow-slow akan ika kunjungi, hehe have a nice day *_*
 

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...