Ujian Dan Azab

Assalamualaikum



Ada sesetengah orang, hidupnya sempit berpanjangan. Berpuluh-puluh tahun kahwin masih hidup susah dan melarat, nak kata pemalas tidak juga, kerjanya kuat, dari pagi sampai ke tengah malam, tapi rezekinya tetap tidak bertambah-tambah, hutangnya keliling pinggang. Cuba berniaga, 10 kali cuba, 10 kali lingkup..

Mengapa ya? Adakah ini dinamakan ujian hidup?

Menurut Ustaz Yusuf Mansur, di dalam hidup ini ada 2.... Pertama di panggil "ujian" dan kedua ialah "azab" yang Allah berikan.

Jika "Ujian", ubatnya adalah "SABAR". Dengan sabar, insyallah kita akan dapat mengharungi ujian tersebut dan akhirnya, pasti kita akan mendapat ganjaran dan balasan yang baik. Ujian ini tidak lama, selalunya sekejap sahaja.. mungkin 1-2 tahun, paling lamapun mungkin 7 tahun. (Nabi Ayub adalah nabi yang paling sabar di uji Allah dengan penyakit kulit selama 7 tahun).

Tapi, jika sudah 10, 15 atau 20 tahun hidup, tapi kehidupannya tak pernah nak senang, rezekinya sempit sentiasa.. boleh jadi, ianya bukan lagi "ujian", tetapi "azab".

Azab dari Allah, disebabkan dosa-dosa besar yang mungkin pernah dilakukan. Antara 10 dosa besar yang menghalang rezeki Allah ialah..

1. Syirik (mensekutukan Allah SWT.)
2. Meninggalkan solat wajib
3. Derhaka kepada orang tua
4. Zina
5. Memakan rezeki haram
6. Minum arak
7. Memutus tali silaturrahim
8. Bersaksi palsu (bohong, dusta)
9. Kedekut (tidak mahu sedekah)
10. Ghibah (menceritakan aib orang lain)

Cara untuk melepasi dari situasi azab ini bukanlah dengan cara "SABAR".. tetapi dengan cara "TAUBAT".

Buatlah solat sunat taubat selalu..

Insyallah, jika kita benar-benar bertaubat.. Allah akan ampuni segala dosa-dosa kita, dan selepas itu, barulah pintu rezeki akan dibuka seluas-luasnya kepada kita.

Wallahhuallam...


sumber >> sini <<


Pray For Gaza

Assalamualaikum,


Subhanallah, bila tengok penderitaan gaza menghadapi kekejaman israel. Sedih sangat, kesian kanak-kanak yang ada kehilangan ibu bapa, kehilangan tempat berlindung, lebih -lebih lagi time bulan ramadhan ni. Kita yang kat sini makan cukup, dapat menjalani bulan puasa dengan aman, makan pun sedap-sedap. Kalau mereka belum tentu kan.

Apa yang kita boleh buat untuk bantu gaza ? iaitu dengan Doa. Mari kita sama-sama berdoa agar ditunjukkan kemusnahan Israel laknatuAllah !!!


Selalu sangat dengar kita boikot je produk yahudi, tapi berkesan ke ? lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot ? Ramai lagi yang menggunakan produk mereka. Satu dunia !!

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain. 


Subhanallah semoga bermanfaat ye.=)

Pray For Gaza ^_^
sumber : sini

 

Diy : Flower Crown Yang Simple

Assalamualaikum,

Dah 14 hari kita menjalani bulan ramadhan, macam mana berpuasa okey tak ? Hari ni aku cuma nak share diy buat flower crown, sapa-sapa nak feeling-2 princess lepas ni boleh try buat oke, senang je taw. Aku pun jeles, sebab dah terlanjur beli. hihi semua aku dapat dari blogger www.pamplemousse1983.com, jadi all picture kredit kepasa tuan empunya diri.=)

Flower crown ni sesuai sangat taw untuk pakai dengan shawl, kalau yang selalu follow instagram irine, mesti korang pernah nampak irine pakai. Comel ja. ^_^ Okey jom kita tengok cara buat :



Macam biasa bahan yang diperlukan adalah kain felt, reben, dawai lembut dan gunting.










okey, ini cara untuk buat bunga dia, senang kan ? tapi mestilah memerlukan kesabaran yang tinggi.=) 

Macam mana nampak senang dan simple kan ? but awesome sangat. hihi tapi kalau yang taknak susah payah nak buat juga boleh dapatkan di instagram


Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa. ^_^

p/s all pic kredit to www.pamplemousse1983.com


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 27






Rintihan Si Cilik Syiria

Assalamualaikum,

Semalam aku ada tengok berita tv9, last dorang ada tunjukkan video seorang kanak-kanak enam tahun dari syria. Jom dengarkan rintihan si cilik syiria.




Bila aku tengok, terasa sayu je.T_T Ni pun aku rakam sendiri nak letak dalam blog tapi size video tinggi pulak terpaksa upload dalam youtube dulu, lepas tu baru boleh letak dalam blog, saja nak share dengan kawan-kawan semua. =) Marilah kita doakan keselamatan gaza dari kekejaman rezim zionis. Amin

p/s PRAY FOR GAZA ^_^


Belanda vs Argentina

Assalamualaikum,


Ada yang tengok tak piala dunia semi-final belanda lawan argentina pagi tadi ? serius aku tak minat gila bola-bola ni, tapi pagi tadi tertengok pulak, rupanya best jugak ye. hehe 

Kali ni aku tengok sampai habis, tahniah buat argentina dapat masuk final. Terbaik ^_^
Nanti kita tengok final pulak ye German vs Argentina. Korang pilih pasukan mana ? Aku dah semestinya Argentina. 

All the best Argentina.=)

p/s feeling excited 

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...