Style Tudung Mengikut Budaya

Assalamualaikum,

Setiap negara mempunyai budaya mereka sendiri. Dari percakapan hingga pemakaian semuanya berbeza-beza. Pendek kata, hanya pegangan saja yang menyamakan kita. Begitu juga tudung. Setiap wanita Islam diwajibkan bertudung. Namun, budaya membezakan kita bagaimana sesuatu bangsa menstylekan tudung mereka. Usah pandang terlalu jauh. Malaysia sendiri misalnya berbeza dengan pemakaian tudung di Brunai, Singapura dan Indonesia. Padahal, negara-negara ini tidaklah terlalu jauh kedudukannya. Amatlah unik dan tersendiri. Di sini terdapat beberapa perbezaan tudung antara negara-negara lain.

timur tengah


Dubai


 Turki


Malaysia


Arab saudi


Bosnia


China


Indonesia


Russia


Walaupun tidak banyak perbezaan yang dipamerkan, namun cukup membuktikan kepada kita bahawa teknik yang diaplikasikan dalam pemakaian tudung adalah mengikut budaya masing-masing.
Pun begitu, selepas berlaku fenomena hijab style hingga ke negara kita, cara pemakaian tudung-tudung tersebut mula diaplikasikan dalam budaya kita. Maka wujudlah pencampuran style tudung yang kini hebat berlaku di IPT-IPT tempatan.
Meskipun mereka bertudung dan menutup aurat tidak bermakna kita boleh meniru gaya mereka sesuka hati. Sebagai umat Islam yang patuh kepada ajaran agama, ikutlah landasan agama berdasarkan al-Quran dan hadis yang telah digariskan. Tak salah berfesyen tetapi ikutlah suruhan agama.

Firman Allah: ” Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke dada….” (Surah an-Nisa:31)

Hadis riwayat Aishah r.a, bahawasanya Asma bt Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah s.a.w dengan pakaian yang nipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, ” Hai Asma, sesungguhnya jika seseorang wanita sudah mencapai akil baligh, maka tidak ada yang layat dilihat kecuali ini,” sambil menunjukkan ke arah tapak tangan dan wajah. (Hadis riwayat Abu Daud dan Baihaqi).


2014 Fashion Floral Vans Shoes

Assalamualaikum,

Aku suka kasut dari vans, dah lama jatuh cinta dengan koleksi dorang, bila tengok design ala-ala floral, lagi la kita suka cuma belum kesempatan nak beli, almaklum fulus banyak nak guna, hihi Insya Allah maw ada rezeki ke depannya boleh la. Jom cuci-cuci mata tengok koleksi kasut yang super duper cute. I like 200% ^_^


Aku tak pasti kasut diatas ini salah satu dari brand vans ke tak, yang pasti kasut ni sangat comel.






Ini sudah semestinya bukan dari vans, tapi design cute, 






all picture kredit to google

20 Tip Ringkas Untuk Sihat

Assalamualaikum

Ingin sihat dengan cara mudah, tanpa mengeluarkan wang dan yang paling penting tidak perlu ikat perut semata-mata ingin sihat ? Berikut disenaraikan tip mudah untuk sihat. Jom kita amalkan.

Teh Oolong  


  Kajian menunjukkan org yang mengalami ekzema ringan jika minum teh oolong tiga kali sehari boleh mengurangkan rasa gatal dan gejala lain. Ini kerana teh tersebut mengandungi sebatian polifenol yg baik untuk mengurangkan masalah kulit.

Menghidu Rosemary 

 
Menurut kajian, bau aromatik rosemary boleh meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak. Amalkan menghidu bau rosemary segar atau aroma minyak pati rosemary sebelum menduduki ujian @ mensyuarat.

Halia 

 
Minyak meruap dlm halia telah lama dijadikan sbg ubat herba yg berguna untuk hidung dan kesesakan dada. Masukkan satu inci halia ke dalam cawan mendidih dan minum, ia mampu memberikan ketenangan.

Ikan   


Jika anda mengalami masalah mata kering, kusan dan tdk bermaya, makanan laut spt ikan adalah penyelesaiannya. Salmon, sardin, ikan kembung yg mengalami asid lemak omega 3 yg digunakan oleh tubuh utk menghasilkan air mata. Kajian jg menunjukkan mereka yg mengambil jumlah yg tnggi lemak ini kurang cenderung mengalami masalah mata kering.

Herba 

 
Ekstrak herba terbukti dlm kajian mampu menguatkan urat dan mengurangkan bengkak. Herba boleh didapati dlm pelbagai jenis termasuk krim ; senang dan memudahkan.

Probiotik 

 
Untuk menjaga jangkitan yis, tambahkan dgn bakteria baik spt Lactobacillus @ Bifidobacterium yg boleh membantu mengembalikan keseimbangan bakteria yg tinggal di saluran kemaluan wanita dan menghalang pertumbuhan yis di kalangan wanita dgn jangkitan berulang. Makanan spt sauerkraut ditapai secara semula jadi, kimci serta susu masam baik utk pertahanan badan.

Cinta Lavender 

 
Untuk meringankan tekanan dan bersedia utk tidur, rendam lavender dlm tab mandi dgn beberapa titik minyak pati lavender. Pasang muzik yg menenangkan semasa anda mandi utk merehatkan minda.

Manfaat Bilberry 

 
Kajian mendapati bilberry 'saudara' beri biru boleh meningkatkan penglihatan malam. Ambil 25 hingga 50 miligram ekstrak beri, akan mendapat hasil yg terbaik dlm tempoh beberapa jam yg pertama.

Amalkan Makanan Sihat 

 
Kurangkan pengambilan gula dan garam dlm makanan. Sebaik-baiknya, makan makanan berasaskan sayur-sayuran dan buah zaitun.

Awas Karbohidrat 

 
Cuba utk mengurangkan lemak pada perut ? Beri perhatian kpd pengambilan karbohidrat dan mengelakkan pemanis tiruan. Makanan ringan bergula dan karbohidrat akan naik mendadak dlm darah dan menyebabkan masalah di perut. Sebaiknya pilih bijirin penuh, kekacang dan sayur-sayuran hijau.

Makan Pisang


Orang yg mengamalkan diet kaya dgn kalium mungkin kurang terdedah kpd tekanan darah tinggi. Selain daripada mengurangkan natrium dan mengambil langkah-2 ke arah jantung sihat, pengambilan makanan bersumberkan kalium penuh spt pisang, tembikai dan oren adalah yg terbaik.

Minyak Tea tree  

 
Rendam kaki ke dlm beseb berisi air suam, masukkan beberapa titis minyak tea tree yg bertindak sbg antiseptik dan antikulat. Atau sapukan minyak tea tree pada bahagian yg terjejas, dua hingga tiga kali sehari secara berterusan utk satu @ dua minggu, insya Allah gejala akan hilang.

Bawang Putih 

 
Bawang putih mentah atau dimasak mempunyai ciri-ciri anti virus dan anti bakteria dan dipercayai mampu meningkatkan imuniti.

Rangkaian Hidup Sihat 

 
Mempunyai rangkaian sosial gaya hidup sihat boleh membantu memberi manfaat dlm jangka masa panjang. Sokongan sosial drpd kawan-2 dan mereka yg rapat boleh mengurangkan risiko lebih rendah drpd penyakit jantung.

Makanan Jepun 

 
Selain utk kebersihan gigi yg baik, anda juga boleh membantu mencegah kaviti dgn menambah lebih banyak cendawan shiitake dan wasabi dlm diet anda. Kedua-dua makanan ini mengandungi sebatian yg membantu melawan bakteria yg menyebabkan plak dan kaviti.

Perbualan Santai 

 
Mengikut kajian, terlibat dalam perbualan santai dgn orang lain boleh membantu menajamkan fikiran spt melakukan teka teki.

Urut Dengan Botol 


Rasa sakit dan lenguh-lenguh di bahagian tumit kaki ? Cuba lakukan regangan kaki anda dengan meletakkan kaki atas botol dan golekkannya. Pasti rasa selesa.

Avokado 


Untuk masalah kulit kering, gabungan buah avokado dlm diet anda adalah tepat. Avokado kaya dgn lemak mono tak tepu dan vitamin E, kedua-duanya menggalakkan kulit yg sihat.

 Hidrat 


Utk merawat migrain yg teruk, banyakkan minum air-dehidrasi boleh mencetuskan sakit kepala. Walaupun anda mengambil ubat tahan sakit, sebaik-baiknya banyakkan berehat dan menarik nafas panjang.

Kasut Sukan 

  
Pilih kasut yang tepat utk kita melakukan senaman. Amalkan gaya hidup sihat dgn berjoging atau berjalan. Lagi baik lagi jika dapat bersenam bersama kawan-kawan bagi menghilangkan rasa bosan.

 Thank you for reading ^_^
- see you soon - 
 

35 Ciri-Ciri Wanita Muslimah

Assalamualaikum wbt,


Macam mana kita nak memperelokkan keperibadian kita sebagai wanita Islam? Antara ciri-ciri wanita muslimah yang boleh kita contohi ialah:

1.Solat tepat waktu

2.Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.

3.Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, 

4.alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.

5.Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.

6.Bercakap dengan rendah suara.

7.Lembut dan halus tingkahlakunya.

8.Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.

9.Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.

10.Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan 
lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.

11.Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.

12.Pandai mengambil hati orang tua.

13.Menghormati dan taat ibubapa.

14.Kesayangan keluarga dan tetangga.

15.Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.

16.Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.

17.Rambut tak diwarnakan.

18.Banyak dan murah dengan senyuman.

19.Banyak mendengar dari bercakap.

20.Senyuman adalah ketawanya.

21.Tidak ketawa terbahak-bahak.

22.Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.

23.Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.

24.Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.

25.Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.

26.Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.

27.Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.

28.Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.

29.Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.

30.Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.

31.Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.

32.Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.

33.Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

34. Tidak berpura-pura baik untuk mendapat pujian dan sanjungan daripada manusia.

35. Tidak memandang harta-benda serta kekayaan hidup sebagai faktor kebahagian yang paling penting. Agama diutamakan

Banyak lagi ciri-ciri wanita muslimah, ini cuma sebahagian shj, semoga bermanfaat untuk kita semua. Dan peringatan utk diri sendiri jugak supaya dapat berubah diri ini menjadi lebih baik. Insya Allah. ^_^

 

Tonton Kristal Maya Full Episod

Assalamualaikum,


Sinopsis :

Drama ini mengisahkan Maya(Amyra Rosli) telah lulus temuduga di syarikat penerbitan Kristal yang ditemuduga sendiri oleh Pengarah Syarikatnya, Dato Efendi(Rahim Jailani). Dia dibantu oleh Mona( Elly) adik ipar Dato selaku Ketua Bahagian Penerbitan. Maya diterima bekerja sebagai Penolong Pengarah Kreatif. Pada hari pertama bekerja sahaja, kekecohan berlaku apabila Ezam(Shah Jaszle) Ketua Pengarah Kreatif sangat dingin dan tegas.
Maya tinggal bersama ibunya Aziah( Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz(Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej yang sama dengan anak Dato Efendi Sharizan(Hefny). Syukri(Amar Baharin) anak sulung Dato Efendi yang juga seorang kasanova jatuh cinta pandang pertama dengan Maya.
Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan rahsia tentang dirinya. Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit dalam hatinya pada Maya. Jangan lupa saksikan Drama Kristal Maya di slot Samarinda TV3 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10 malam.
Drama arahan Azmi Hata dibintangi oleh Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin, Amar Baharin dan ramai lagi.
 


Tonton kristal Maya Full Episode 

Episode 1


Episode 2
 

Episode 3
 

Episode 4
 

Episode 5
 

Terima Kasih Mr Nuffnang !

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah lama menyepi blog ni dari mendapat cpuv dari nuffnang akhirnya dia bagi dua sekali gus, hihi start dari hari raya stop blogging sebab sibuk sikit akhir-akhir ni. Dah tak sama masa time bulan puasa. Update blog pasal drama-2 je. Apa-apa pun thank you nuffnang. ^_^


 Dua yang masih ongoing. Lama-lama sikit ye. Insya Allah lepas selesai kesibukan yang melanda ni, kita terjah semua. hihi sibuk sikit tak dapat nak blogwalking. Okey la nak sambung kerja pulak. Bye..Bye

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...