Resepi Roti Telur Keju Bakar

Assalamualaikum,

Pagi semua, ha siapa yang mencari resepi yang simple dan mudah nak buat. Mari sini aku nak kongsikan satu resepi yang mudah dan senang. Aku jumpa resepi ni dalam facebook.

 

Jom tengok bahan-bahan apa yang nak disediakan
Bahan-bahan:

Roti gardiner/seangkatan dengannya sebungkus
Telur 4 biji (mengikut bilangan orang yang nak makan)
Cheese cedar
Lada sulah

Cara-cara buat:
1. Korang potong tepi roti macam dalam gambar. jangan sampai terputus pulak dia isi putih roti dengan tepinya tu. Buat pelahan-lahan supaya dapat bentuk segi empat tu.
2. Tekap tengah roti dengan sudu.
3. Letak telur mentah ditengah-tengah roti yang telah ditekap.
4. Taburkan cheese cedar secukup rasa tekak korang.
6. Bakar dalam oven (suhu sesuaikan dengan oven anda)
7. Dalam 2 menit keluarkan.
8. Tabur lada sulah atas roti sesuka rasa lidah korang.
Tadaaaaa! dah siap! Ummm sedapnye! Makan cicah sos pun sedap tau! Cubalah!
~ selamat mencuba ~
kredit sini 
 

Timbang berat blog

Assalamualaikum

 

Hi semua, lamanya aku tak buka blog. Nak kata tak sempat tipu kot, cuma taktaw kenapa akhir-akhir ni mood aku hilang. Sekarang pun dah jarang online. Kalau buka pun dok layan drama. hehehe

Okey berbalik pada tajuk, hari ni terdetik nak timbang berat blog, ha kau ingat orang ja boleh timbang berat, blog pun boleh. Wah canggih dah sekarang. hehe Aku berjangkit dari blog JM ni, yela kan aku tertanya-tanya berapa la berat blog ni, tak pernah dok timbang pun..

jeng..jeng..jeng..


Beratnya uolls, patut la aku rasa loading lama ja, taktaw kot masalah internet yang slow. Korang rasa blog ni loading lama tak ? please leave ur comments. ^_^

Nak check berat blog anda, boleh klik link bawah ye.




Kejadian Yang Tak Disangka !

Assalamualaikum

Hi semua, terlebih dahulu nak ucap selamat bercuti bagi yang cuti hari ni sempena hari Malaysia 16/9/2014. Hari ni sama juga dengan hari jadi ayah aku. haha

Semalam aku pergi watson nak beli barang, kira barang tu dalam RM 12.90. Jadi aku terus pi kaunter nak bayar. Sebelum aku tu ada dua orang customer. Aku keluarkan lah duit nak bayar 

RM 20.00 
RM 1.00 ( 3 keping )

Disebabkan time tu aku takda duit RM 10. Jadi aku bagi RM 23 semuanya, kira cashier kena bagi balik dalam RM 10.10 lah kan. Dan aku jenis tak suka ambil duit seringgit pula, sebab tu kenapa aku bagi RM 23. Konon-konon tak payah susah-susah cashier tu nak bagi aku duit singgitx2.

Aku tunggu punya tunggu sorang customer ni lambat, sebab dia beli barang banyak, bila tiba giliran aku. Aku bagi la duit, lepas cashier tu tanya ada member kad tak ? Aku kata ada, lepas tu cashier tu minta la member kad. Pada asalnya aku tak maw bagi sebab beli satu barang ja.

Lepas bayar semua dia bagi member kad aku, resit dan duit sekupang. Lepas tu aku terus keluar masuk kereta balik. Bila atas kereta, kira nak sampai rumah baru aku perasan,

" Eh aku bagi RM 23, asal cashier ni bagi balik sekupang. Dia dah ni, mesti dia ingat aku bagi RM 13.00 "

Nak patah balik susah, sebab time tu hujan dengan kereta banyak, aku bagitaw ayah sebab aku pergi dengan ayah aku time tu. Lepas tu kena la bebel dengan ayah bla..bla..bla..sakit telinga aku.

Boleh pula aku terlupa aku bagi RM 20 masa tu then cashier tu pula boleh dia ingat aku bagi RM 10. Ni mesti dia tak tengok.

Mula-mula tu aku nak pergi la petang tu nak tuntut, tapi sepupu aku kata susah sebab dekat resit kata kita bagi RM 13, takut dorang tak percaya. emm 

Kira time tu macam-macam dah keluar, maklum time hati aku tengah gerrr.

Kesudahannya nak salahkan siapa ? Aku atau cashier tu ? 

Tapi bagi aku dua-dua salah, salah aku juga tak tengok dulu sebelum keluar, main redah ja. Dan salah cashier tu juga sebab tak tengok dulu duit tu betul-betul.

Kiranya barang RM 12.90, bayar RM23.00. Emm sabor jela labu. -_- bukan rezeki kau la tu.

sekian ..

Apakah Nama Korea Anda ?

Assalamualaikum


TRY UR NAME IN KOREAN ! ^_^

1) Nama pertama  Pilih warna baju yang anda pakai skrg:


Putih~ Park
Hitam~ Kim
Biru~ Shin
Hijau~ Lee
Merah~ Song
Kuning~ Kang
Coklat~ Han
Ungu~Choi
Oren~ Sung
Pink~ Jung
Lain2~ King

2. Nama tengah ialah bulan kelahiran anda :


1 : Yong
2 : Ji
3 : Je
4 : Hye
5 : Dong
6 : Sang
7 : Ha
8 : Hyo
9 : Soo
10 : Rae
11 : Hyun
12 : Eun

3. Nama terakhir ialah tarikh lahir anda :


1 : Hwa
2 : Woo
3 : Joon
4 : Hee
5 : Kyo
6 : Kyung
7 : Wook
8 : Jin
9 : Sub
10 : Hoon
11 : Ra
12 : Bin
13 : Sun
14 : Ri
15 : Soo
16 : Rim
17 : Ah
18 : Ae
19 : Neul
20 : Mun
21 : In
22 : Mi
23 : Ki
24 : Seung
25 : Byung
26 : Seok
27 : Gun
28 : Yoo
29 : Sup
30 : Won
31 : Eun

write your new korean name in comment..;)


CPUV # RMK Autumn/Winter 2014 Co

Assalamualaikum.

Salam jumaat semua, hari ni tak sempat nak buka blog langsung, T_T dan bila check ada cpuv baru dari nuffnang iaitu RMK Autumn/Winter 2014 Co.


Benda apa ni RMK Autumn/Winter 2014 Co. Ha ni nak bagitaw RMK Autumn/Winter 2014 Co sejenis produk kecantikan. Untuk maklumat lanjut boleh terjah link bawah ni.




Cara hilangkan whitehead dan blackhead

Assalamualaikum...

Abaikan pic ni ye, saja utk hiasan ^_^

Mesti ramai yang ada masalah whitehead and blackhead yang dengan meriahnya membiak dengan sihatnya di muka, hidung dan dagu korang kan?
Kulit pun akan rasa kasar ja bila sentuh. Ughh...
Tapi ada beberapa petua untuk hilangkan whitehead and blackhead dan kasi kulit jadi licin cara orang dulu-dulu. 

Bahan yang utama semestinya putih telur.

cara-caranya : 

pic kredit google
1) Ambil putih telur
2) Ambil cotton pad dan bahagikan kepada dua. Regang-regangkan cotton pad tu kasi dia nipis sikit.
3) Celup cotton pad tadi dalam putih telur dan tampal pada bahagian yang ada white/blackhead. Nak tampal seluruh muka lagi bagus!
4) Tunggu sampai kering. Kalau nak cepat kering tunggu depan kipas, pasang nombor 5. Hehehehe!
5) Bila kering, bukaklah cotton pad tadi and white/blackhead akan melekat-lekat kat cotton pad tu tadi. 
6) Kemuadian bilas dan cuci muka. Siap! 

  Mungkin bau dia agak hanyir. Tapi cara ni lagi murah, jimat dan selamat sebab takda chemicals yang digunakan. 

Selain masker telur tradisional, ada juga cara nak buat scrub tradisional!
Caranya:
 Lepas anda buat air teh, jangan dibuang hampas teh/ tea beg yang telah digunakan. 
Basahkan muka dan gosok hampas teh tersebut di muka dan leher seperti scrub. Kemudian bilas. Hasilnya kulit akan jadi licin dan bebas dari sel-sel mati. Tak payah beli scrub mahal-mahal kan? Dan yang penting, ia berkesan !

Aku dah cuba kedua-dua cara di atas, korang pun boleh cuba jugak ye.

Selamat Mencuba :D

credit here

Income dari exabytes

Assalamualaikum.

Hi semua, selamat bekerja pada yang sedang bekerja. Hari-hari hujan sekarang ni ? budak-budak yang nak ke sekolah tu jangan liat nak pergi sekolah pulak time-time hujan ni, maklumlah time hujan ni mood tidur lebih sikit. :) ** ada ka budak sekolah kat sini ? hihi

Sebenarnya bukan nak cakap pasal hujan ke @ pergi sekolah ke tak. Tengok tajuk dah tahun kan. Aku nak cakap pasal income dari exabytes. Mesti kat sini dah tahu apa itu exabytes ? dan mesti juga dah ramai blogger yang dapat income exabytes ni. Cuma aku ja yang ketinggalan. hehe

Aku tak pernah buat entry yang aku dapat tawaran dari exabytes, bila dapat email dari dorang,aku apa lagi terus setuju lah.  Tapi lepas tu dorang mintak detail nama, ic, no acc. Rasa macam nak bagi taknak bagi. Confius betul ke ? boleh percaya ke ? Aku tanya la sorang blogger ni yang pernah berurusan dgn exabytes, dia kata isi ja, dorang memang tak tipu. Ha lepas tu laju ja isi dan hantar terus.

Bila dah hantar, pihak exabytes kata duit akan dimasukkan dalam acc aku terus dalam beberapa minggu macam tu la, aku lupa dah. Tunggu punya tunggu tak masuk pun, ingat memang takdak rezeki dah. Sebab ada dengar cerita kalau unit visit menurun duit takkan masuk. T_T time tu memang redha, kalau tak masuk pun takpa, taknak meharap sangat.

Lepas tu aku check acc aku, aikk duit mana pula masuk RM 50. Tengok-tengok dari exabytes. Yeah akhirnya  ^_^


Tak sangka betul, tapi syukur alhamdulillah rezeki dari Allah. Selama ni aku dok dapat income dari 8share je. Tu pun baru sekali hihi 

Bila fikir balik kan dulu buat blog sekadar suka-suka ja tapi sekadar suka-suka tu lah boleh jana pendapatan. hihi betul tak ? Ramai lagi blogger-blogger lain yang dah dapat jana ribu-ribu kot dengan berblogger ja. Ha caya la dorang di hujung jari ja. Boleh buat income. Terbaik, tahniah utk blogger lain.

Ha lupa nak bagitaw, blogger yang aku tanya pasal exabytes ni, ialah blogger YUMIDA .Mesti semua orang dah tahu kan sapa dia ? Terima kasih jugak utk sis yumida ye sudi membantu. :)
 
 
 

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...