Resepi Roti Puri

Assalamualaikum,

Hari ni nak share satu resepi yang ika dapat dari facebook iaitu roti puri, kalau ada yang masih tercari-cari esok nak breakfast apa ? boleh cuba buat okey..:)

selamat mencuba


Bahan-bahan:

1 cawan Tepung Gandum
¼ sudu besar Garam
½ cawan Air ( mengikut keperluan )

Cara membuat:

1.Satukan kesemua bahan dalam mangkuk dan letak air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh.

2.Pastikan sehingga tangan tiada lagi sisa doh, doh mudah dibentuk, bentukkan saiz bebola mengikut permintaan anda sendiri. Kemudian canaikan menggunakan tangan atau rolling pin sehingga nipis.

3.Minyak yang panas untuk menggoreng – Gorengkan doh yang telah dicanai dalam minyak yang panas. Setelah menggelembung, balikkan. Goreng hingga kuning, siap.

Petua 1: Sentuh di bahagian tengah doh supaya roti menggelembung.
Petua 2: Pastikan doh yang dicanai benar-benar nipis baru roti akan menggelembung.
Petua 3: Nak bagi sedap boleh tambah 1 sudu besar marjerin, 1 sudu besar gula dan 1 sudu kecil baking powder. Ikut bajet masing-masing, ya.

Boleh makan dengan kari, sambal sardin, sambal ikan bilik dan apa-apa pencicah yang menyelerakan anda. 

[kredit : sini

Bermulanya Dari Bawah !!

Assalamualaikum.


Ya Allah rindunya nak berblog balik, dah nak dekat setahun tak bersua. Walaupun ada post entry pun sharing resepi saja. Ada lagi tak yang datang blog ni ? T_T Maklum semenjak ika bekerja blog ni terpaksa diabaikan. Dah tak sempat nak blogwalking, nak update blog bagai. Terasa rindu sangat-sangat.

Sekarang tahun 2015, bulan baru ni nak mulakan hidup baru, hehe nak start berblog balik, nak start blogwalking. Jom-jom tinggalkan link blog kita blogwalking habis-habisan nak tak ?

 


Resepi Murtabak Lapis kraker yang mudah

Assalamualaikum

Selalunya resepi murtabak menjadi buah mulut orang ketika bulan Ramadhan kerana sering menjadi menu jualan di bazar Ramadhan dan pilihan untuk berbuka puasa.

Tetapi sekarang mudah murtabak boleh dibuat sendiri dirumah, nak tahu macam mana. Jom ikuti resepi murtabak lapis kraker yang dipetik daripada laman Resepi Citarasawan.

 

Bahan-bahan:
1 bungkus biskut krim kraker
400ml santan sederhana pekat
1 tin susu cair/ susu sejat
6 biji telur gred A

Lapisan Daging:
400gm ayam/ daging kisar
3 biji bawang besar dicincang halus
1 paket kecil/3 sudu besar serbuk kari daging
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang lobak merah di parut
1 tangkai cili merah
Daun bawang daun sup dicincang
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa, sedikit gula
Hiasan: Daun bawang, daun sup dan cili hiris
Loyang empat segi yang disapu mentega.

Cara masak inti:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
2. Panaskan minyak, tumis pes basah sehingga garing dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
3. Masukkan ¼ cawan air dan masak sehingga daging empuk.
4. Masukkan garam, lobak merah, daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.

Cara membuat lapisan murtabak lapis kraker:
1. Celup biskut kraker ke dalam campuran susu dan santan. Susun hingga penuh didasar loyang.
2. Lapiskan dengan lapisan daging hingga rata.
3. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas ke atas lapisan daging tadi.
4. Susun lagi biskut kraker atas lapisan daging dan telur tadi. Tuangkan lagi separuh susu tadi.
5. Ulangi melapis sehingga 3 lapisan.
6. Untuk lapisan terakhir, susun biskut kraker, tuangkan baki susu hingga habis. Tabur hiasan daun bawang, daun sup dan cili hiris sebagai hiasan.
7. Bakar selama 35-40 minit pada suhu 180C atau sehingga masak.
8. Hidang bersama mayonis dan sos cili.

Mudah sahaja kan. Selamat mencuba! 

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...