Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 5


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 5



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 4


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 4



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 3


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 3



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 2


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 2 :



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 1


Tonton drama kerana terpaksa aku relakan episod 1


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Full Episod


SINOPSIS KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN :

Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya.
Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.
Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya.
Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya. 

TONTON ONLINE :
Episod 22
Episod 23
Episod 24
Episod 25
Episod 26
Episod 27
Episod 28 ( End )
 

Slot Zehra : Menjinak Ombak

Assalamualaikum,

Hi semua, berjumpa kembali. hihi okey sapa kat sini suka tengok drama menjinak ombak ?? esok drama ni dah nak tamat taw. Rasa tak sabar pula nak tengok ending dia macam mana ? harap-harap okey. Taknak la cite tergantung.betul tak ?

Masa mula-mula tayang drama menjinak ombak ni tak layan pun, tetiba tertengok kejap rasa macam best je, tu yang excited sampai tengok dari episode 1.. huhu

Drama ni memang best. cuma tak berapa suka dengan watak fatah, jahat sangat tak suka..tak suka..kalau nak tahu ending drama ni tonton episode akhir esok hari jumaat 9 malam.

Sinopsis :

Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Firhad dan Asyraf. Tengku Fatah merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Arsyaf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Asyraf begitu rapat dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Asyraf sebagai abangnya sendiri.

Tengku Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku Fatah.

Sementara itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.

Tengku Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.

Tengku Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segera menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf, Syakinah telah diculik!!

Kehilangan Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi dan selamat dari bencana.

Syakinah terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.

Tengku Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat laporan polis. Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di surau dimana tempat Tengku Fatah selalu berada. Khatijah mengenali dan mengetahui latar belakang Tengku Fatah lalu ke rumah Iman Ismail untuk menyiasatnya. Tengku Firhad merasa tergugat dan takut akan rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.

Syakinah dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk membunuh Asyraf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul Firhad maka berlakulah pergelutan.

Jom Shopping Disini ~

Assalamualaikum,

TIARA BLOUSE
MATERIAL CHIFFON FULL LINING
RM 50 INCLUDE POSTAGE
FREE SIZE FIT UNTIL XL
 UKURAN :
BAHU 16 INCI
LABUH 28 INCI
UKUR LILIT DADA 42 INCI
UKUR LILIT PUNGGUNG 47 INCI
UKUR LILIT LENGAN 19 INCI
PANJANG TANGAN 23 INCI






 sebarang pertanyaan dan order boleh inbox di

sekian, have a nice day. ^_^

100 plus dengan susu !!

Assalamualaikum,

Hi semua lama betul bercuti. hihi bila dah lama rehat ni nak update blog rasa malas pula. okey hari ni nak kongsi resepi minum air 100 plus campur dengan susu, siapa dekat sini pernah minum macam tu ? okey sebenarnya kalau nak kelainan try la buat.

Ika pun tiru abang ika ja, sebab dia kalau minum selalu macam tu, tambah susu. lebih-lebih lagi kalau air nyok ( kelapa ) hihi. ni kira dah berjangkit ni. Tapi rasanya memang okey. kalau nak tahu kena cuba.


Bahan :
-air 100 plus
-susu
-ais kiub

Cara-caranya :
- Campurkan 100 plus dengan susu, lepas tu kacau dan masukkan ais kiub. Sedia diminum sambil berblog. hihi senangkan. ^_^

Hari Minggu Yang Sibuk !!

Assalamualaikum,

Hi semua, akhirnya selesai sudah katering hari ni, rasa penat tak hilang lagi, tapi gagah juga nak update blog sebab taknak nanti blog ni terus bersarang dari tak berupdate. huhu 

Bagi yang dah sudi singgah dan komen tu terima kasih ye, mungkin buat masa sekarang tak boleh nak blogwalking lagi sebab kerja belum selesai, Esok nak cuci-mencuci pula. Jadi untuk minggu ni sibuk sikit. Nak rehat cukup-cukup baru spend time kat blog pulak. ^_^ okey semua have a nice day.
bye

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...