Assalamualaikum
Sebuah filem baru bertajuk Balada Pencinta bakal ditayangkan tahun ini yang dilakonkan oleh Johan Asari dan Siti Saleha. Filem ini dibawah arahan Khir Rahman. Selain itu, pelakon yang turut membintangi filem ini terdiri daripada Ruffedge, Norish Ismail, Miera Liyana, Azhan Rani, Iedil Putra, Faizal
Hussein, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee dan ramai lagi.
Sinopsis Filem Balada Pencinta :
Filem balada pencinta mengisahkan tentang kisah cinta
terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan Asari) yang ingin
memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan,
sementara Aisyah (Siti Saleha) pula adalah seorang yang amat meminati
seni dan juga bangsawan.
Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa
Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein
Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin
mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan
berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan
kehidupannya bersama Boy yang kaya tetapi tanpa cinta?
Balada Pencinta adalah sebuah filem yang memuatkan pelbagai elemen seperti
kasih sayang, romantik, budaya “busking”, kemanusiaan serta pilihan
beberapa lagu berlainan genre bagi menghasilkan suatu filem yang bagus
dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang
menghiburkan. Tambahan lagi, filem ini juga dapat menarik perhatian
segenap masyarakat Malaysia tidak kira usia dan darjat.
“Pencinta bukan hanya menengahkan konsep cinta sahaja tetapi
menggabungkan setiap elemen dalam kehidupan biasa yang dialami oleh
sesiapa sahaja dan filem ini dapat mendorong penonton untuk senantiasa
beringat bahawa setiap masalah yang dihadapi pasti mempunyai jalan
penyelesaiannya,” ujar pengarah, Khir Rahman.
Filem Balada Pencinta merupakan filem terbitan dan edaran Grand Brilliance dan bakal menggegarkan penonton di pawagam pada 2013.
saksikan trailer filem Balada Pencinta