Beraya Di Kampung Lagi Best.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah masuk 25 ramadhan, In Sha Allah tak lama lagi semua umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Macam mana persiapan raya korang, dah beli ke baju raya ? kuih raya dah buat @ beli ? . Aku tahun ni takda buat persiapan raya sangat-2 pun. kuih raya pun tak buat. kikihkih

Time sibuk-sibuk buat persiapan raya jangan lupa taw solat terawih, lebih-2 lagi dah nak habis ramadhan ni, sama-sama kita banyakkan beribadat kpd Allah, sebab kita tak taw tahun depan masih berkesempatan lagi ke tak menyambut ramadhan. wallahualam

Aku kat sini bukan nak ucap selamat hari raya ke apa, sebab raya pun belum lagi kan. Saja je, raya ni mesti ramai kan nak balik kg, nak raya dengan saudara-mara kat kg. Mesti best kan, entah kenapa aku rasa tiap kali raya tak bapa nak excited sangat. Lain la time kecik-kecik asal raya best la, sebab dpt kutip duit raya kan. hihi

Aku jeles bila tengok semua semangat nak balik kg, raya kat kg. Mak aii cik jeles gilaa taw. Aku takda kg, tok dgn tokwan pun dah takda, tak dpt rasa suasana raya kat kg. Tak dapat berkumpul ramai-ramai. Abang aku yang sulung pun tak dapat balik raya, yela kekangan kerja. emmm 

Sambil tulis entry ni, sambil dengar lagu raya. hihi last aku terjumpa video PETRONAS Raya 2014 : Ke Pangkuan Bonda. Bila aku tengok wow bestnya, inilah suasana raya yang aku nak, best kan..kan..kan. Aku suka tengok video ni.




Bestnya kalau tiap kali raya macam ni kan, Baru la rasa suasana raya tu.hihi Aku tak taw apa motif entry kali ni, okey la itu sahaja. Salam ramadhan dan slamat berbuka puasa ye.^_^


p/s Aku rasa akhir-2 ni susah nak BW dgn update blog, terasa macam sibuk mengalahkan PM..kikihkih
p/s Dalam masa kita seronok nak sambut raya jgn lupa saudara kita yang susah di gaza, hari-2 diserang. Smoga mereka diberi kekuatan d' kesabaran. Aminn
p/s smoga Allah permudahkan urusan mengenai MH17. In Sha Allah


7 comments:

Blog Santai said...

Kita balik kampung nanti..jangan jealous ya ika...he..he

Unknown said...

hihi alaa, jeles ni..:)

Unknown said...

suasana kampung memang best

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah beraya di kampung memang seronok..jangan sedih² ika..nanti berayalah ke rumah kengkawan yang ada kampung :)

dear anies said...

p/s SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG PERKENALAN & PERSAHABATAN KITA MESKIPUN HANYA BERLEGAR DI ALAM MAYA. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH YA...

Azlan Strider said...

untuk yang macam saya yang berpuluh tahun raya di KL, saya pun meamng setuju kalau orang kata raya kat kampung lagi best..heheh

Regards,
-Strider-

Cik Itah said...

salam. hehehe sy memang beraya kat kampung dan memang best! best sangat hehe

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...