Assalamualaikum
Sinopsis Ku Cinta Kau Seorang
Ku Cinta Kau Seorang mengisahkan tentang Batrisya (Amyra Rosli) yang dibesarkan di dalam keluarga berada, segala permintaan dan kehendak beliau dituruti oleh Dato’ Hisham. Ramai pembantu rumah terpaksa diberhentikan gara-gara kesalahan kecil. Suatu hari, Helmi (Remy Ishak), pekerja di restoran milik Dato’ Hisham telah menegur sikap biadap Batrisya. Hari itu, Batrisya merasakan telah memalukannya. Dia pergi menemui Dato’ Hisham di pejabat semata-mata ingin meminta ayahnya itu memberhentikan Helmi.
Helmi, anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor kewangan. Dia tinggal bersama-sama neneknya yang sudah tua dan nyanyuk. Kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang amat tinggi, jadi dia terpaksa melakukan banyak kerja. Dia sanggup berhabis wang demi neneknya yang dikasihi, satu-satunya saudara yang dia ada. Bagi Dato’ Hisham, cukuplah beberapa orang gaji terpaksa dia berhentikan tetapi bukan Helmi kerana dia mengenali Helmi seorang anak muda yang rajin dan tidak pernah mempunyai masalah.
Oleh kerana kecewa terhadap ayahnya yang tidak mahu memberhentikan Helmi, Batrisya pergi ke luar negara selama sebulan tanda mogok. Dato’ Hisham yang runsing memikirkan Batrisya pergi menemui rakan baiknya, Rahim untuk meluahkan penyesalan kerana terlalu memanjakan anak perempuannya itu. Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar keluhan Dato’ Hisham, beliau juga memberikan pendapat yang terbaik.
Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah air. Apabila tiba di hadapan pintu rumahnya, dia amat terkejut melihat papan tanda ‘Untuk Dijual’. Batrisya bergegas ke restoran milik ayahnya, restoran itu juga telah ditutup. Batrisya berjumpa dengan Pak Cik Rahim yang kemudiannya menunjukkan surat mengatakan ayahnya telah muflis dan terpaksa melarikan diri disebabkan hutang-piutang yang banyak.
Di dalam surat itu juga mengamanatkan Batrisya untuk belajar tinggal bersama Helmi dan neneknya. Sebaik sahaja sampai di rumah Helmi dengan alamat yang diberikan, Batrisya seakan-akan tidak percaya bahawa dia harus menghuni di rumah seperti reban ayam. Dia tidak rela dan cuba meminta bantuan kawan-kawan baik yang setia dengannya. Tetapi, apabila dia berjumpa dengan Maya dan Farah, ada sahaja alasan dan mereka tidak mahu menolong. Dia cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa.

11 comments:
macam best jer. macam menarik je. :)
wahhh...tak saba nak tengok :D
nampak menarik cerita ini.. sekarang dah jarang menonton tv pada waktu malam..
Malam ni first episod la kan? Okay, pukul 9 wajib terpacak depan tv.. Hehehe..
http://miezashaklee.blogspot.com
ooo acik kenal penulis skript cerita nie :) jom kita tonton nanti ye
mcm menarik la ika
kena skodeng drama ni nnti
isi tabung nuffnang sini-darlie
@hazanis:yupp, nampak pun mcm best je..hehe
@muhammad: sama la jgak, xsabr nk tengok.:)
@mizz: sama la jgak, jarang jgak tengok tv.. tengok pun time ada cite best je..:)
@rosmiza: yupp ep 1
@aku penghibur:lol betul ke acik?? jom-jom tengok ramai-2
@yumida: yupp rasa pun mcm menarik je..btaw tq..:)
yupp:)
salam..
owh cerita baru..
mesti best sbab remmy ishak yg berlakun )
yupp.:)
x minat remy ishak nie..:-)
Post a Comment