Berwajah baru

Assalamualaikum,

  ~ sebelum ~
 ~ selepas ~
yeah akhirnya kesampaian juga nak tukar background blog, rasanya dah lama asyik dok guna background yang lama je.. sekarang blog ni berwajah baru, walaupun warna pink juga tapi adalah la perubahan skit kan? takda la benda yang sama je..hihi 

okey semua have a nice day. ^_^

wordless wednesday | Kitar semula barang terpakai

Assalamualaikum,




kreatif dan unik kan ?? ^_^

Baviphat Apple AC Therapy Sleeping Pack

Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya sampai juga barang yang dinanti-nantikan iaitu baviphat ac therapy sleeping pack, serius tersangat la comel rasa sayang pula nak guna..^_^ hihi


kredit google
okey, mungkin ada yang tak tahu produk ni dari mana, tak pernah dengar pun, sebenarnya produk baviphat ni dari korea, ika ada baca kegunaannya dan testimoni orang lain jadi rasa nak try juga mana tahu berkesan kan, selain tu tertarik juga dia punya bekas tu, macam epal.:) cute
kredit google
harga pun mampu milik. kalau yang nak dapatkan produk ni boleh la ke parkson oulets- pavilion, sungei wang, pyramid, subang parade. kalau ika beli online je, sebab kat sini takda jadi terpaksa beli secara online. malam ni nak mula operasi memakai.. :) byee


Bisnes kad percuma !!

Assalamualaikum,

Hai semua, sudah seminggu tinggalkan blog ni, mood nak update blog hilang kelaut, lol tapi lupakan ja, hari ni ika cuma nak share dengan korang semua, siapa nak bisnes kad percuma angkat tangan ?? oke dekat mana nak dapatkan, senang saja, korang boleh pergi ke page creativo printing & design untuk maklumat lanjut.

mereka mencari pemenang bertuah untuk memenangi bisnes secara percuma sebanyak 300 keping taw. 5 orang pemenang akan dipilih, jadi apa tunggu lagi jom la join, mana tahu anda salah sorang dari pemenang bertuah, hihi betul dak ??

Syaratnya senang je hanya like,komen dan share. mudah kan , tarikh tutup penyertaan pada 15 februari 2014. masih sempat lagi kalau nak join. ^_^

okey bagi yang nak join boleh ke official page
creative printing & design

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

Assalamualaikum,

Hai semua, sempena tahun baru cina nanti, nile.com.my telah membuat satu giveaway.

Hadiah :
2x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 seorang
4 x Pemenang bertuah akan mendapat RM100 seorang
http://www.nile.com.my/page.php?cd=76

http://www.nile.com.my/page.php?cd=76 

kalau ika dapat duit ni nak simpan dulu, tak pun guna untuk ambik lesen.^_^ jom korang join ramai, hadiah super awesome kan.

- Boleh cek keputusan di link bawah
http://www.nile.com.my/page.php?cd=87
-Pemilihan berdasarkan random.org
- Nak join boleh refer entry Lyssa --> KLIK SINI

Tamat pada : 21/01/2014 pada pukul 12 pm

Bercuti !!

Assalamualaikum,
kredit google
In sya Allah esok akan bertolak ke Nilai selama 2 hari, ha ini bukan nak pergi bercuti tapi atas urusan kerja.. Tengah kemas baju letak dalam beg.. ^_^ 
kredit google
Sebenarnya taknak tulis panjang lebar, nak tidur awal. Esok dah nak bertolak, kena bangun awal. Doakan ika sekeluarga ye supaya selamat sampai dan balik.. :)
have a nice day semua. byee

The Upside Down House, Sabah

Assalamualaikum,

Ada sapa pernah pergi rumah terbalik yang terletak dia Sabah, unik kan, sebenarnya teringin gila kut nak pergi, tapi rasanya takda harapan, jadi saja je nak share keunikan rumah terbalik ni. Mesti antara anda semua dah biasa pergi sana kan ? siapa kata dekat Malaysia takda tempat menarik, banyak sebenarnya tempat-tempat menarik, mungkin kita yang tak tahu, hihi antaranya rumah terbalik ni la.


bila terfikir macam mana la merek buat rumah terbalik ni dulu, yela serba serbi nak kena buat secara terbalik, haha


alahaii baju terbalik ni pun comel la..^_^
all pic kredit to google
kalau ada yang merancang nak pergi bercuti disana, boleh la. Memang tak rugi kan. memang banyak tempat menarik, cantik-cantik pulak tu.

 okey semua itu sahaja untuk hari, have a nice day.

Hadiah Giveaway !!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hadiah giveaway dah sampai..:)

1. Bookmark calendar dari shida

2. casing phone + free gift

3. shawl
 

Wordless Wednesday | 5 Creative Building .

Assalamualaikum,

 
1. WonderWorks, Pigeon Forge, TN, USA

2. The Crooked House, Poland

 3. The Basket Building, Ohio, USA

4. The Torre Galatea

5.Kansas City Library, USA

 

Hikmah Bersyukur..

Assalamualaikum,

Hargai dan syukurilah setiap sesuatu yang anda miliki. Ia tidak semestinya harta material, ia boleh jadi kesihatan dan usia anda. Setiap hari masih ada makanan untuk anda makan, masih ada orang yang mahu menegur anda, masih ada orang yang mengucapkan "Selamat pagi", atau "Salam sejahtera", atau "Assalamualaikum."

Syukurilah segala nikmat Allah daripada sekecil-kecil perkara yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, kesempurnaan deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tidak mungkin dapat kita sebutkan satu persatu akan nikmat Allah pada makhluk-Nya yang bernama manusia ini. Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang anda tidak miliki, tetapi luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk mensyukuri sekurang-kurangnya pada lima perkara yang anda perolehi pada hari tersebut.

a) Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang anda kenali, yang anda berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak-kanak itu tidak menghargainya, malah membuangnya atau mengutuk pemberian anda itu. Apakah kebarangkalian untuk anda membelikan lagi hadiah kepada kanak-kanak tersebut?

b) Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian anda itu? Mengucapkan terima kasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian anda, sering menunjukkan pada anda hadiah itu setiap kali anda berjumpa dengannya. Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk anda memberikan lagi hadiah kepada kanak-kanak tersebut?

CARA-CARA BERSYUKUR
  1. HATI - Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat
  2. LIDAH - Mengucap Alhamdulillah ketika mendapat nikmat
  3. TUBUH BADAN - Menggunakan nikmat untuk kebaikan
Tanda-tanda bersyukur kepada Allah
  1. Menggunakan nikmat dengan cara yang baik
  2. Menggunakan nikmat Allah dengan baik
  3. Mematuhi suruhan dan larangannya
  4. Mengadakan hubungan baik sesama manusia
  5. Memelihara dan memulihara alam dengan baik
  6. Menggunakan rezeki pd jln yg diredai
  7. Membelanjakan harta pd jalan Allah S.W.T
  8. Tidak merosakkan nikmat Allah S.W.T
  9. Menyayangi pemberian Allah.
  10. Patuh dan taat perintah Allah S.W.T

 Firman Allah : Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.
Allah ada berfirman di dalam Al Quran: “Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)
sumber sini

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...