Sesat !

Assalamualaikum wbt.

Selamat berhujung minggu semua, semalam tak sempat aku nak blogwalking sebab masa tak mengizinkan. hari ni kita bw sampai lebam oke.

Balik pada tajuk entry aku hari ni sesat. bukan aku yang sesat sebenarnya ni. tapi dua, tiga hari ni aku asyik dok nampak arnab ni ja, dua hari lepas 2 ekor hari ni sekor. dok main kat depan umah aku time senja senja ni.

Sekali dua aku buat tak taw jela. aku tanya ayah ada arnab tu. arnab sapa ? ayah aku kata " yang rumah depan tu kot " emm semalam orang dok azan maghrib. aku nampak pulak. entah gatai tangan nak snap gambar arnab tu pulak. hihi meh kita tengok sama sama ye. arnab ni besar taw tak. selalu nampak kecik comel comel ja.


Ni mesti dok usha aku nak tangkap gambar dia ni. hihi


Orang lain dok kalut nak solat maghrib yang aku dok kalut kejar arnab ni, haha habis bila aku pi dekat dia lari. dok tunggu lagi. :)


Maaf ye arnab. lepas ni kalau aku nampak hang aku tak kacau dah. hihi maklum kali pertama jumpa arnab depan rumah. lepas ni tak jakun dah. ^_^

~ selamat berhujung minggu ~


# Kelebihan Hari Jumaat

Assalamualaikum,


Salam Jumaat barakah! Doa kami semoga kita semua dilimpahkan rezeki,dimudahkan segala urusan untuk menuju akhirat, disayangi penduduk bumi dan langit, diteguhkan aqidah, ditingkatkan iman dan faqih dalam agama. Amiin!

Sesungguhnya hari jumaat lebih baik dari hari-hari di bulan Ramadhan dan sesungguhnya hari jumaat adalah hari raya. MasyaAllah! Betapa istimewanya hari jumaat.


"Barangsiapa mandi,keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang, kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun"

Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah bersabda di suatu hari Jumaat: "Sesungguhnya hari ini adalah hari raya. Allah menjadikan istimewa bagi kaum muslimin".
BarakAllahu fikum!

wordless wednesday #

Assalamualaikum,


kihkihkih !

Pengalaman JPJ Test kali ketiga.

Assalamualaikum,

Hari ni  26/8/2014  kali ketiga. retest !

Macam biasa pagi pagi lagi aku dah bersiap tanpa bersarapan, perot ni rasa takleh nak isi selagi tak lepas dugaan yang satu ni. :) then mula sesi satu dengan bernombor giliran 1.kecut jugak walaupun ni 3nd time. dimulakan dengan bahagian dua.bukit, side parking, & 3 penjuru. kecewa juga bila teringat aku kandas di 3 penjuru utk test yg lepas...

Nama aku yang pertama kena panggil, aduhaii kebentulan utk test hari ni jpj laki yang jaga, harap harap dia sporting la. sebab dua kali aku retest, jpj perempuan.
Dengan cermatnya aku bawa naik bukit, sampai ja atas jpj tu terus sebut nama aku. waduhh belum sempat aku angkat tangan. aku pun dengan laju iye kan jela. then dia suruh aku jalan. Bila nak jalan je baru perasan aku belum tarik handbrek. Nasib kereta ni baik hati. jalan elok ja. yuhuuu

Alhamdulillah aku lulus di bahagian side parking & 3 penjuru. Seperti yang dijangka, jpj laki ni memang sporting gila. bila ada yang tak masuk line kuning bahagian bukit. dia siap bagitaw lagi suruh buat lain. tak perlu susah-2 panjangkan leher tengok sendiri. see 


Alhamdulillah syukur, bahagian dua dah lulus, lega dalam hati. tunggu giliran utk test jalan raya pulak. takut kalau dapat jpj perempuan. adoii

sampailah giliran aku, pergh aku dapat jpj lelaki dan  kereta kancil pulak tu. lega sat sebab takut kalau dapat kereta viva. hihi
 masuk kereta aku bagi salam. 

" wajib bagi salam, dia jawab @ tak jawab ke. sebab aku pernah terkena tegur sebab tak bagi salam, aduhaii "

Aku buat semua perkara yg perlu dibuat. selesai semua, aku minta kebenaran nak mula. tapi aku tak tahu kena jalan mana. jpj tu pun tak kata apa apa pun. dengan ringan mulut aku bertanya. haha

 Last dia kata jalan c. okey aku pun bawak melepasi keluar daripada pusat latihan memandu. Alhamdulillah aku suka bawa kereta kancil. sebab dia tak meragam nak mampus ke hape. sebab senang nak balance tekan minyak dan lepas clutch.


Jalan c ialah jalan yang perlu melalui bulatan kecil. tiba lampu isyarat untuk belok kanan, terus jpj tu kata jap lagi ke kiri. aku iye kan jela. tapi dalam hati syok gila sebab tak payah susah susah pi ikut bulatan kecik dengan kereta banyak pulak. hihi memang rezeki aku la hari ni. 

Mungkin sebab jpj tu tengok aku dah boleh bawak kereta dengan elok kot, *perasan sebab tu dia suruh shortcut jalan, hihi dalam hati kata takpa takpa saya pun suka cepat cepat ni, janji lulus. hehe

Sampai je dalam pusat latihan memandu, alhamdulillah kereta pun tak banyak akal. sampai dengan selamat tanpa enjin mati sekali pun. horeyy jpj mintak aku sign dan yeay akhirnya aku lulus. subhanallah lega. sebelum keluar aku kata terima kasih dulu kat jpj tu , then keluar dengan hati yang girang gembira. ^_^



Aku dapat 17 markah, okey la tu. janji lulus. apapun aku bersyukur Allah makbulkan doa aku. ^_^ alhamdulillah.

ee tak sabar nak pergi buat lesen P esok. yuhuu

oke sekian.

Hp PC Demand Gen Digital

Assalamualaikum,




Alhamdulillah nuffnang masih bermurah hati bagi aku cpuv, terima kasih ye nuffnang. :) Ini membakar semangat aku lagi untuk terus berblog.:)



Nak story mory sikit pasal ni tak pandai, korang boleh check sendiri la ye. hihi 

Telekung dan Bertudung.. Kedua-dua pun boleh...

Assalamualaikum,

Semakin mudah, semakin menyerlah, semakin ayu dan semakin bergaya. Telekung dijadikan hijab. Memang tidak pelik, tapi kreatifnya dalam membentuk sesuatu bagi memudahkan, malah menarik minat ramai dalam berhijab. Tertarik sungguh dengan rekaan keluaran Elle Zada ini. Medina Premium Telekung ini Hijab ini bukan sahaja memudahkan malah rekaannya juga mengikut peredaran masa.  Lihat kombinasi warna dan cara jahitannya.Cantikkan..

 
Untuk menjadikan anda lebih kreatif, Elle Zada juga memberi beberapa cetusan idea bagi menggayakannya. Pakai macam tu boleh, macam ni boleh..Sudah bergaya, sampai waktu solat labuhkan sahaja seperti biasa, kemudian boleh tukar pula pada gaya yang lain. Sangat menjimatkan masa terutama jika anda sedang menunaikan Haji dan umrah ataupun anda dalam mood cuti-cuti Malaysia..









Disini juga disediakan tutorial dari elle zada sendiri cara pemakaiannya, jom tengok

premium telekung hijab




Get your product here : 
 
Facebook : Elle Zada
Website : Elle Zada
 

Hello Kitty Party Decorations Ideas.

Assalamualaikum,

Kartun hello kitty sering menjadi pilihan sebagai tema majlis hari jadi seumpamanya. Terutama untuk kanak-kanak perempuan, disebabkan tema pink yang sangat cute. hihi

Kebiasaannya orang yg paling sibuk ialah ibu bapa, nak pilih tema apa, makanan lagi, jemputan dan lain-2. Kekadang terlebih excited daripada anak-anak. hihi Maklumlah dulu time kecik-kecik ni tak dak semua benda ni, sangat jeles zaman sekarang semakin moden.:)

Jom kita tengok antara dekorasi yang menjadi pilihan iaitu hello kitty. Kredit to google. :)
















Style Tudung Mengikut Budaya

Assalamualaikum,

Setiap negara mempunyai budaya mereka sendiri. Dari percakapan hingga pemakaian semuanya berbeza-beza. Pendek kata, hanya pegangan saja yang menyamakan kita. Begitu juga tudung. Setiap wanita Islam diwajibkan bertudung. Namun, budaya membezakan kita bagaimana sesuatu bangsa menstylekan tudung mereka. Usah pandang terlalu jauh. Malaysia sendiri misalnya berbeza dengan pemakaian tudung di Brunai, Singapura dan Indonesia. Padahal, negara-negara ini tidaklah terlalu jauh kedudukannya. Amatlah unik dan tersendiri. Di sini terdapat beberapa perbezaan tudung antara negara-negara lain.

timur tengah


Dubai


 Turki


Malaysia


Arab saudi


Bosnia


China


Indonesia


Russia


Walaupun tidak banyak perbezaan yang dipamerkan, namun cukup membuktikan kepada kita bahawa teknik yang diaplikasikan dalam pemakaian tudung adalah mengikut budaya masing-masing.
Pun begitu, selepas berlaku fenomena hijab style hingga ke negara kita, cara pemakaian tudung-tudung tersebut mula diaplikasikan dalam budaya kita. Maka wujudlah pencampuran style tudung yang kini hebat berlaku di IPT-IPT tempatan.
Meskipun mereka bertudung dan menutup aurat tidak bermakna kita boleh meniru gaya mereka sesuka hati. Sebagai umat Islam yang patuh kepada ajaran agama, ikutlah landasan agama berdasarkan al-Quran dan hadis yang telah digariskan. Tak salah berfesyen tetapi ikutlah suruhan agama.

Firman Allah: ” Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke dada….” (Surah an-Nisa:31)

Hadis riwayat Aishah r.a, bahawasanya Asma bt Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah s.a.w dengan pakaian yang nipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, ” Hai Asma, sesungguhnya jika seseorang wanita sudah mencapai akil baligh, maka tidak ada yang layat dilihat kecuali ini,” sambil menunjukkan ke arah tapak tangan dan wajah. (Hadis riwayat Abu Daud dan Baihaqi).