Assalamualaikum,
Setiap negara mempunyai budaya mereka sendiri. Dari percakapan hingga
pemakaian semuanya berbeza-beza. Pendek kata, hanya pegangan saja yang
menyamakan kita. Begitu juga tudung. Setiap wanita Islam diwajibkan bertudung. Namun, budaya membezakan kita bagaimana sesuatu bangsa menstylekan tudung mereka. Usah pandang terlalu jauh. Malaysia sendiri misalnya berbeza dengan
pemakaian tudung di Brunai, Singapura dan Indonesia. Padahal,
negara-negara ini tidaklah terlalu jauh kedudukannya. Amatlah unik dan
tersendiri. Di sini terdapat beberapa perbezaan tudung antara
negara-negara lain.
timur tengah
Dubai
Turki
Malaysia
Arab saudi
Bosnia
China
Indonesia
Russia
Walaupun tidak banyak perbezaan yang
dipamerkan, namun cukup membuktikan kepada kita bahawa teknik yang
diaplikasikan dalam pemakaian tudung adalah mengikut budaya
masing-masing.
Pun begitu, selepas berlaku fenomena hijab style hingga ke negara kita, cara pemakaian tudung-tudung
tersebut mula diaplikasikan dalam budaya kita. Maka wujudlah
pencampuran style tudung yang kini hebat berlaku di IPT-IPT tempatan.
Meskipun mereka bertudung dan menutup aurat tidak bermakna kita boleh
meniru gaya mereka sesuka hati. Sebagai umat Islam yang patuh kepada
ajaran agama, ikutlah landasan agama berdasarkan al-Quran dan hadis yang
telah digariskan. Tak salah berfesyen tetapi ikutlah suruhan agama.
Firman Allah: ” Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak
daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke dada….” (Surah an-Nisa:31)
Hadis riwayat Aishah r.a, bahawasanya Asma bt Abu Bakar masuk
menjumpai Rasulullah s.a.w dengan pakaian yang nipis, lantas Rasulullah
berpaling darinya dan berkata, ” Hai Asma, sesungguhnya jika seseorang
wanita sudah mencapai akil baligh, maka tidak ada yang layat dilihat
kecuali ini,” sambil menunjukkan ke arah tapak tangan dan wajah. (Hadis
riwayat Abu Daud dan Baihaqi).
1 comment:
nice jilbab, cantik pula peraganya, semoga sukses. salam yuli
Post a Comment