Style Tudung Mengikut Budaya

Assalamualaikum,

Setiap negara mempunyai budaya mereka sendiri. Dari percakapan hingga pemakaian semuanya berbeza-beza. Pendek kata, hanya pegangan saja yang menyamakan kita. Begitu juga tudung. Setiap wanita Islam diwajibkan bertudung. Namun, budaya membezakan kita bagaimana sesuatu bangsa menstylekan tudung mereka. Usah pandang terlalu jauh. Malaysia sendiri misalnya berbeza dengan pemakaian tudung di Brunai, Singapura dan Indonesia. Padahal, negara-negara ini tidaklah terlalu jauh kedudukannya. Amatlah unik dan tersendiri. Di sini terdapat beberapa perbezaan tudung antara negara-negara lain.

timur tengah


Dubai


 Turki


Malaysia


Arab saudi


Bosnia


China


Indonesia


Russia


Walaupun tidak banyak perbezaan yang dipamerkan, namun cukup membuktikan kepada kita bahawa teknik yang diaplikasikan dalam pemakaian tudung adalah mengikut budaya masing-masing.
Pun begitu, selepas berlaku fenomena hijab style hingga ke negara kita, cara pemakaian tudung-tudung tersebut mula diaplikasikan dalam budaya kita. Maka wujudlah pencampuran style tudung yang kini hebat berlaku di IPT-IPT tempatan.
Meskipun mereka bertudung dan menutup aurat tidak bermakna kita boleh meniru gaya mereka sesuka hati. Sebagai umat Islam yang patuh kepada ajaran agama, ikutlah landasan agama berdasarkan al-Quran dan hadis yang telah digariskan. Tak salah berfesyen tetapi ikutlah suruhan agama.

Firman Allah: ” Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke dada….” (Surah an-Nisa:31)

Hadis riwayat Aishah r.a, bahawasanya Asma bt Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah s.a.w dengan pakaian yang nipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, ” Hai Asma, sesungguhnya jika seseorang wanita sudah mencapai akil baligh, maka tidak ada yang layat dilihat kecuali ini,” sambil menunjukkan ke arah tapak tangan dan wajah. (Hadis riwayat Abu Daud dan Baihaqi).


1 comment:

yuli gundhol said...

nice jilbab, cantik pula peraganya, semoga sukses. salam yuli

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...