Resipi mudah puding soya cincau

Assalamualaikum,

 

Selain segar dan melazatkan, cincau juga sangat bermanfaat dalam meredakan kepanasan dalaman yang terjadi pada tubuh lebih-lebih lagi pada cuaca yang terlalu panas.

Cincau enak diminum bersama bandung, sirap dan juga soya, namun ianya juga sesuai dijadikan bahan utama dalam hidangan pemanis mulut seperti puding soya cincau.

 

Ingin tahu bagaimana menghasilkannya?

Ayuh ikuti langkah berikut!

Bahan-bahan: 
1 liter susu soya
1 bungkus (10 gram) agar-agar
200 gram cincau (dipotong dadu 1 cm)

Cara membuatnya:
1. Campur susu soya dan agar-agar ke dalam periuk dan dimasakkan sehingga panas dan mengeluarkan wap air (tidak perlu tunggu sehingga mendidih agar susu tidak hangus).
2. Kacau sehingga sebati dan rata.
3. Kemudian, letakkan ke dalam bekas ataupun loyang dan letakkan cincau yang telah dipotong tadi ke dalam agar-agar yang masih cair.
4. Biarkan sehingga dingin sampai mengeras dan letakkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
5. Potong dan sedia untuk disajikan.

 

 

Cepat dan mudah bukan resipi yang dipetik dari Vemale.com ini?

Selamat mencuba!

[Kredit foto: Love2Cook Malaysia]

kredit sini  

 

6 Faedah Yang Diperoleh Melalui Amalan Berjimat Cermat

Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan murni yang seharusnya dijadikan amalan sejak kecil lagi. Nak tahu apa faedahnya? Jom kita lihat 6 faedah berjimat-cermat di bawah.
    
1. Lebih banyak duit 

Berjimat bermakna seorang individu itu akan mempunyai lebih banyak wang pada akhir tahun. Ini merupakan salah satu faedah yang dapat diperoleh daripada amalan berjimat. Tanya diri sendiri, mengapa tidak menyimpan lebih banyak? Masih belum terlambat untuk bertindak.
2. Fikiran lebih matang 

Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Seseorang itu akan menjadi lebih kritikal ketika membeli-belah. Sama ada barang itu satu keperluan atau satu kehendak, pasti dapat dinilai dengan lebih tepat. 
3. Jauhkan diri dari hutang 

Paling penting, sebelum memulakan amalan berjimat-cermat, pastikan segala hutang telahpun dilangsaikan. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya akan terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Lebih awal seseorang itu berurusan dengan hutang, lebih mudah ia ditangani. Bolehlah berjimat tanpa menanggung beban hutang selepas itu.
4. Lahirkan masyarakat bijak 

Apabila membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, pengguna yang bijak mengetahui isi kandungan dan sumber barang tersebut sebelum membelinya. Dengan cara ini, masyarakat akan hidup dengan lebih kondusif dengan meminimumkan pembaziran. Seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini.
5. Lebih banyak pilihan

Apabila seseorang memutuskan untuk menjimatkan wang dan menjadikan tabiat itu sebagai gaya hidup, terlalu banyak pilihan akan tersedia. Seseorang itu boleh melabur atau membeli sesuatu yang mereka inginkan hasil daripada wang yang terkumpul melalui amalan berjimat. Hidup yang mempunyai banyak pilihan adalah lebih baik.
6. Jaminan masa depan 

Amalan menjimatkan wang boleh dijadikan sebagai tabung simpanan wang untuk masa depan. Hal ini kerana, wang simpanan itu boleh dijadikan bekalan apabila seseorang menghadapi kesusahan pada hari muka. Hal ini bertepatan dengan pepatah lama iaitu sediakan payung sebelum hujan. Seseorang itu tidak akan menghadapi kesulitan wang pada masa akan datang.
More Info - here