Resipi mudah puding soya cincau

Assalamualaikum,

 

Selain segar dan melazatkan, cincau juga sangat bermanfaat dalam meredakan kepanasan dalaman yang terjadi pada tubuh lebih-lebih lagi pada cuaca yang terlalu panas.

Cincau enak diminum bersama bandung, sirap dan juga soya, namun ianya juga sesuai dijadikan bahan utama dalam hidangan pemanis mulut seperti puding soya cincau.

 

Ingin tahu bagaimana menghasilkannya?

Ayuh ikuti langkah berikut!

Bahan-bahan: 
1 liter susu soya
1 bungkus (10 gram) agar-agar
200 gram cincau (dipotong dadu 1 cm)

Cara membuatnya:
1. Campur susu soya dan agar-agar ke dalam periuk dan dimasakkan sehingga panas dan mengeluarkan wap air (tidak perlu tunggu sehingga mendidih agar susu tidak hangus).
2. Kacau sehingga sebati dan rata.
3. Kemudian, letakkan ke dalam bekas ataupun loyang dan letakkan cincau yang telah dipotong tadi ke dalam agar-agar yang masih cair.
4. Biarkan sehingga dingin sampai mengeras dan letakkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
5. Potong dan sedia untuk disajikan.

 

 

Cepat dan mudah bukan resipi yang dipetik dari Vemale.com ini?

Selamat mencuba!

[Kredit foto: Love2Cook Malaysia]

kredit sini  

 

6 comments:

Blog Santai said...

Wah sedapnya ika..tengok gambar pun tau...nway kita memang suka minum soya cincau...sedap..

Unknown said...

nampak sedap.. da la lama tak buat puding..boleh cuba ni..tq for the recipe! senang! :)

ainniah.com

Unknown said...

Sedapnya puding :)

Pha Is said...

macam senang je.. boleh balik try ni.. heheh

YatieOwner said...

Sedapnya ika! ;)

Anonymous said...

nampak sedap soya cincau :-) puding

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...