Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan
murni yang seharusnya dijadikan amalan sejak kecil lagi. Nak tahu apa
faedahnya? Jom kita lihat 6 faedah berjimat-cermat di bawah.

1. Lebih banyak duit
Berjimat bermakna seorang individu itu akan mempunyai lebih banyak wang
pada akhir tahun. Ini merupakan salah satu faedah yang dapat diperoleh
daripada amalan berjimat. Tanya diri sendiri, mengapa tidak menyimpan
lebih banyak? Masih belum terlambat untuk bertindak.
2. Fikiran lebih matang
Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan
yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu
sahaja. Seseorang itu akan menjadi lebih kritikal ketika membeli-belah.
Sama ada barang itu satu keperluan atau satu kehendak, pasti dapat
dinilai dengan lebih tepat.
3. Jauhkan diri dari hutang
Paling penting, sebelum memulakan amalan berjimat-cermat, pastikan
segala hutang telahpun dilangsaikan. Orang yang berbelanja dengan boros
biasanya akan terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri
mereka sendiri. Lebih awal seseorang itu berurusan dengan hutang, lebih
mudah ia ditangani. Bolehlah berjimat tanpa menanggung beban hutang
selepas itu.
4. Lahirkan masyarakat bijak
Apabila membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, pengguna yang
bijak mengetahui isi kandungan dan sumber barang tersebut sebelum
membelinya. Dengan cara ini, masyarakat akan hidup dengan lebih kondusif
dengan meminimumkan pembaziran. Seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini.
5. Lebih banyak pilihan
Apabila seseorang memutuskan untuk menjimatkan wang dan menjadikan
tabiat itu sebagai gaya hidup, terlalu banyak pilihan akan tersedia.
Seseorang itu boleh melabur atau membeli sesuatu yang mereka inginkan
hasil daripada wang yang terkumpul melalui amalan berjimat. Hidup yang
mempunyai banyak pilihan adalah lebih baik.
6. Jaminan masa depan
Amalan menjimatkan wang boleh dijadikan sebagai tabung simpanan wang
untuk masa depan. Hal ini kerana, wang simpanan itu boleh dijadikan
bekalan apabila seseorang menghadapi kesusahan pada hari muka. Hal ini
bertepatan dengan pepatah lama iaitu sediakan payung sebelum hujan. Seseorang itu tidak akan menghadapi kesulitan wang pada masa akan datang.
More Info - here -
No comments:
Post a Comment