Resepi Roti Telur Keju Bakar

Assalamualaikum,

Pagi semua, ha siapa yang mencari resepi yang simple dan mudah nak buat. Mari sini aku nak kongsikan satu resepi yang mudah dan senang. Aku jumpa resepi ni dalam facebook.

 

Jom tengok bahan-bahan apa yang nak disediakan
Bahan-bahan:

Roti gardiner/seangkatan dengannya sebungkus
Telur 4 biji (mengikut bilangan orang yang nak makan)
Cheese cedar
Lada sulah

Cara-cara buat:
1. Korang potong tepi roti macam dalam gambar. jangan sampai terputus pulak dia isi putih roti dengan tepinya tu. Buat pelahan-lahan supaya dapat bentuk segi empat tu.
2. Tekap tengah roti dengan sudu.
3. Letak telur mentah ditengah-tengah roti yang telah ditekap.
4. Taburkan cheese cedar secukup rasa tekak korang.
6. Bakar dalam oven (suhu sesuaikan dengan oven anda)
7. Dalam 2 menit keluarkan.
8. Tabur lada sulah atas roti sesuka rasa lidah korang.
Tadaaaaa! dah siap! Ummm sedapnye! Makan cicah sos pun sedap tau! Cubalah!
~ selamat mencuba ~
kredit sini 
 

16 comments:

Unknown said...

saya pernah buat..sedap! :)

menowizme.blogspot.com

Mak Lin said...

Boleh try ni. variasi sikit breakfast.

Cik Itah said...

salam. alamak haihh...terliur !

Blog Santai said...

Alamak..macam best ja..he..he..

Umie Amirain said...

wah, nampak sedap...tapi yang tengah kuning telur tu, mungkin saya kena bagi ke orang lain sebab tak makan...ehehe

Unknown said...

Dah lama nak try bila tngok ni kat mana ntah tak ingat . Cheese cheddar pun ada dlm peti ais justttttt oven macam hidup segan mati tak mau ja . hahaha ..
Dayah tag ika eh
http://nurulhidayahpeace.blogspot.com/2014/09/first-giveaway-giveaway-contest.html

Jari Manis said...

akak pun ada terima resipi ni dlm whatapps, mudah kan :-)

Teruskan Hidup said...

tak pernah cuba lagi resepi ni..nampak sedap

Unknown said...

sedapnyaa.. tp rugi telur ni kalau sorang makan 2 ke 3 keping roti..:D

Unknown said...

dr dulu lg nk buat tp sampai sudah tak buat2. asyik lupe je. hehe

Miss Sasu said...

salam perkenalan..

jemput ke blog saya

Mummy-Zerry said...

Wah. simple. boleh try nanti!

Selamat hari raya korban

YatieOwner said...

hi ika ;) sangat simple! buat cuba ni tau. hehe. ika, PG tag ika join this GA ya :)

mrsyatie.blogspot.com/2014/10/paris-souvenirs-giveaway-by-jindrisska.html

Unknown said...

confirm mengenyangkan nie... telurnya sebijik :D

Unknown said...

Pergi RHB isi tabung ika... :)

Cik Lily Putih said...

macam senang jelah resipi ni ek

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...