Resepi kerabu mangga ala thai

Assalamualaikum

Jom kita apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kerabu mangga ni

Bahan-bahannya:

 

Sebijik mangga muda (dihiris halus panjang2)
5 biji tomato cherry ( sebiji klu tomato biasa)
3 biji cili Api (ikut tahap kepedasan memasing)
2 ulas bawang putih 
3 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula kabung (klu xde leh guna gula biasa)
1 sudu besar udang geragau di goreng
1 sudu besar kacang tumbuk 

Cara-caranya:

 
 
Mula2 masukkan cili n bawang putih, tumbuk kasar, kemudian masukkan udang geragau tumbuk lg..



Kemudian, masukkan jus limau, sos ikan n gula kabung, gaul rata n rasa ikut selera masing2,

 

Bila dah ok.. baru masukkan mangga tumbuk lg. Tapi jgn over tumbuk tau, just tumbuk2 manja n sambil2 tu gaul2 lah bg sebati.. 

 
  

Setelah semua rasa dah cukup n sebati, masukkan tomato hiris n gaulkan bersama dengan kacang yg ditumbuk... Hah kan senang, dah siap 

 

selamat mencuba..

kredit resepi dari delima zamrud
kredit pic dari delima zamrud


Homemade pizza semudah 1 2 3

Assalamualaikum


Bahan - Bahan :

Doh Pizza
1 3/4 cwn Tepung Roti @ Tepung Gandum
secubit Garam
1 sk Gula
1 sb Olive Oil
1 sk Yis
150ml Air Suam (40-45℃)
Topping
1 tin Tomato Puree
250g Ayam Boneless (potong kecik²)
Serbuk Origano
Serbuk Basil
Serbuk Blackpaper
Serbuk Paprika
Garam
Gula
Olive
Cheese
Cara - Cara :

1.     Masukkan yis ke dalam air suam selama 5 minit.
2.     Satukan bahan doh yg lain didalam bowl. Gaul sebati. Masukkan yis kedalam bahan tepung dan uli. Jika terlalu kering, tambah lagi air. Jika terlalu lembik, tambah lagi tepung.
3.     Uli doh sehingga tidak melekat kat tangan kalau pakai mixer tu 10 minit je uli. Nak uli pakai tangan pun boleh. Tips untuk roti yg tak keras kite uli pakai plastik. Kira bila doh da tak melekat kat tangan tu masukkan doh dalam plastik dan picit² je dari luar plastik tu bleh buat sambil tgk tv. Uli dalam 15-30 minit, x rasa lama pun sebab sambil tgk tv.
4.     Bahagikan doh kepada 2 bahagian kemudian letak dalam bowl yg telah disapu dengan minyak. Wrapkan bowl dengan plastic wrap dan biarkan doh mengembang selama 1-2 jam.
 
 
 
5.     Untuk topping plak, gaulkan isi ayam dengan garam, blackpaper dan paprika.
6.     Panaskan pan dengan sedikit minyak kemudian goreng isi ayam tadi sehingga masak sedikit, Masukkan tomato puree, oregano dan basil. Gaul sehingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Bila ayam da masak boleh tutup api dan ketepikan.
7.     Tabur tepung kat doh tadi kemudian canai doh, boleh pakai pencanai kayu atau guna tangan. Kite pkai tangan je. 

 

8.     Panaskan Oven 220c. Letakkan topping kat doh pizza, tabur olive dan cheese. bakar pizza selama 20 mint atau sehingga roti pizza tu perang. 

 

taraa..dah siap

 
selamat mencuba !!

kredit resepi dan gambar sheila zahari 


Homemade Jeruk Mangga Muda Asam Boi

Assalamualaikum

 

Bahan-bahan
• 2-3 biji mangga muda ( saiz sederhana )
• 5-6 biji asam boi
• sedikit gula
• sedikit air masak jika perlu
• 3-4 tangkai cili padi

Cara-cara
1. Kupaskan kulit mangga dan potong isi kecil-kecil. Masukkan ke dalam bekas.
2. Hiriskan cilipadi sehingga halus. Kemudian masukkan ke dalam bekas berisi mangga yang telah dihiris.
3. Masukkan 2-3 sudu gula. Jika ingin menjaga kesihatan, hanya perlu tambah secubit gula untuk rasa.
4. Tambahkan asam boi dan gaulkan. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air masak.
5. Masuk ke dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti ais semalaman.

Selamat mencuba!

[sumber foto: cahayaummurizqi] 

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...