Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan.


Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

The Flu Korean Movie !!

Assalamualaikum,

salam semuanya, hari-hari cuti ni mesti boring kan kekadang tak ada benda nak dibuat, jom la kita layan filem the flu ni, best sesangat. Filem ni mengisahkan virus yang menyebabkan banyak berlakunya kematian. Ika baru saja habis tengok filem ni, ika bagi 5 star okey sebab filem ni best..:)

 
 
 
  

Cast: 
Jang Hyuk as Kang Ji-goo
Soo Ae as Kim In-hae
Park Min-ha as Kim Mi-reu
Yu Hae-Jin as Bae Kyung-Ub 
Ma Dong-seok as Jeon Gook-hwan
Lee Hee-joon as Byung-ki
Jang Hyuk

Soo Ae

Park Min-ha

Plot:
A group of immigrants are smuggled inside a shipping container with their final destination being South Korea. Inside the container, one of the immigrants is a carrier for a lethal and highly contagious virus.
Byung-Ki (Lee Hee-Joon) and Byoung-Woo (Lee Sang-Yeob) drive to the shipping container to release the immigrants. They soon discover that all of the immigrants are dead, except for one man.
Soon, thousands of people become infected every hour by the deadly virus, which kills within 36 hours of infection. The entire suburb of Bundang is quarantined by the government in a desperate attempt to stop the virus from spreading further. Firefighter Kang Ji-Koo (Jang Hyuk) is one of those quarantined. Dr. Kim In-Hae (Soo-Ae) is one of the first responders to the outbreak of the virus. The outbreak becomes even more personal once she suspects her own daughter (Park Min-Ha) is infected by the virus. Firefighter Kang Ji-Koo and Dr. Kim In-Hae frantically work together in a race against time to find a cure.

Tonton Online klik sini 

Trailer:

Cara Daftar Akaun Nuffnang

Assalamualaikum

Hi uolls, okey hari ini ika nak buat tuto cara buka akaun nuffnang, hehe Ada satu blogger ini minta tolong ika ajarkan cara nak buka akaun nuffnang, sebenarnya ika tak ada la pandai sangat tapi ika nak kongsi juga setakat ika tahu.hehe


diny minta ika tunjukkan cara nak buka akaun nuffnang okey, let's study, hehe

1. Buka laman nuffnang di http://www.nuffnang.com.my.

2. Dalam laman nuffnang klik butang Join Nuffnang:

3. Lepas klik Join Nuffnang muka Registration akan dibuka seperti berikut:

3.1. taip nama pengguna untuk jadi ahli nuffnang dalam ruangan Usernama;

3.2. taip alamat email yang sah dalam ruangan Email;

3.3. taip kata laluan yang akan digunakan dalam ruangan Password;

3.4. ulang taip kata laluan dalam ruangan Verify Password;

3.5. bila dan siap klik butang Next di bawahnya:



4. dalam muka registration berikutnya:

4.1. klik pilih title dalam ruangan Title;
4.2. taip nama penuh mengikut kad pengenalan dalam ruangan Fullname (penting untuk bayaran);
4.3. taip no kad pengenalan sebenar dalam ruangan I.C. No. (penting untuk bayaran);
4.4. klik pilih jantina dalam ruangan Gender;
4.5. klik pilih tarikh lahir dalam ruangan Date of Birth. Nuffnang tidak siarkan tarikh lahir anda untuk tuntunan umum;
4.6. klik pilih bangsa dalam ruangan Race;
4.7. klik pilih agama dalam ruangan Religion;
4.8. klik butang Next;


5. dalam muka registration berikutnya:

5.1. taip alamat surat menyurat yang sebenar dalam ruangan Address;
5.2. taip nama bandar dalam ruangan City;
5.3. klik pilih negeri dalam ruangan State/Province;
5.4. taip nombor pos kod dalam ruangan Postcode/Zip;
5.5. taip nombor telefon dalam ruangan Primary Phone;
5.6. taip nombor telefon lain dalam ruangan Secondary Phone jika ada;
5.7. kemudian klik butang Next;


6. dalam muka registration berikutnya klik tandakan semua kotak pengeshan dan bila telah selesai klik butang finish.
 

7. Tunggu email pengesahan dari Nuffnang selanjutnya.

okey sekian, harap tuto ni dapat membantu, have a nice day

sumber sini

BlogBuster Campaigns Dari Nuffnang !!

Assalamualaikum

Hi, ika ada dapat email dari nuffnang, katanya ika terpilih dalam blogbuster campaign,syaratnya ika kena buat short video mengenai campaign tu.Tapi masalahnya macam mana la nak buat video tu.haishh. Seumur hidup tak pernah lagi buat video ni, rasa macam nak hentak-hentak je kepala ni kat dinding..no idea.:)

diatas ni adalah mesej yang telah dihantar dari pihak nuffnang,

ika kena hantar short video sebelum 25/11 ni, aduihh macam mana ni, siapa yang boleh membantu..please help me. T_T

Sebenarnya, ika taknak lepaskan peluang yang diberi, mana la tahu dengan sertai campaign ini, pihak nuffnang berbesar hati bagi cpuv pula. hikhik

Bagi yang pernah dapat campaign macam ni, tolong la bagi idea sikit, sikit saja tak banyak.okey yang tu saja, harap-harap ada yang boleh membantu ye..have a nice day.*_*

2nd giveaway by ARTisarainbow

Assalamualaikum,
http://artisarainbow.blogspot.com/2013/11/2nd-giveaway-by-artisarainbow.html
klik banner untuk join

Hi semua, ika join GA lagi uolls, hehe GA ini dianjurkan oleh yuyu eyka owner blog ARTisarainbow. Yuyu pandai juga dalam mengedit-edit blog ni uolls, Nak tahu yuyu ni pandai ke tak tengok je la header blognya, tersangat la comel..hehe kalau rasa nak ubah penampilan blog tapi tak tahu dekat mana, blog mana, boleh la terjah blog yuyu tu ye. Just klik banner di atas. *_*

Syarat-Syarat :
-follow blog ARTisarainbow
-add facebook yuyu eyka 
-Tekan banner di entry ini Tekan (wajib) sudah tekan komen.
-buat satu entry pendek
-publish link dekat kotak komen.
-tag 4 orang

Super Friends Giveaway by Aina, Afiqa & E

Assalamualaikum,

http://sirambotmaggi.blogspot.com/2013/11/super-friends-giveaway-by-aina-afiqa-e.html
klik banner untuk join.

Salam semua, hari ini ika dalam mood nak join GA banyak-banyak, hehe nak mencuba nasib, mana tahu bertuah ke..:D

Disini syarat GA harus nyatakan pendapat kita dalam hubungan persahabatan, okey bagi ika setiap orang mestilah inginkan hubungan persahabatan yang terjalin terus kekal, tidak kira lah kita ni masih sama-sama atau ikut haluan masing-masing. Tak nak la hubungan yang terjalin selama ini putus begitu saja, yupp, memang susah kita nak kekalkan sesuatu hubungan itu, lebih-lebih lagi bila sudah lama tidak berhubung kan,

Ika rasa susah nak kekalkan persahabatan, after spm ika sudah jarang berhubung dengan kawan-kawan, tak tahu la maybe sebab dorang semua sambung masuk form 6, jadi bila nak sembang -2 pun rasa macam tak masuk je.hehe yupp kata orang dalam persahabatan tu tidak mengira belajar tinggi mana pun..Oleh itu, kita hargailah setiap persahabatan yang terjalin. Doakan ye semoga persahabatan ika dan kawan-kawan terus kekal, In Sha Allah.

Cara Pemilihan Pemenang.
  • Top Referral 1X
  • Entry yang kreatif. 2X
  • Random. 
  • Blog Pilihan AINA ZAIRULNIZAM *Newbie sahaja/follower bawah 100.
okey have a nice day *_*

Slot Lestary : Ku Cinta Kau Seorang

Assalamualaikum

   
Sinopsis Ku Cinta Kau Seorang

Ku Cinta Kau Seorang mengisahkan tentang Batrisya (Amyra Rosli) yang dibesarkan di dalam keluarga berada, segala permintaan dan kehendak beliau dituruti oleh Dato’ Hisham. Ramai pembantu rumah terpaksa diberhentikan gara-gara kesalahan kecil. Suatu hari, Helmi (Remy Ishak), pekerja di restoran milik Dato’ Hisham telah menegur sikap biadap Batrisya. Hari itu, Batrisya merasakan telah memalukannya. Dia pergi menemui Dato’ Hisham di pejabat semata-mata ingin meminta ayahnya itu memberhentikan Helmi.

Helmi, anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor kewangan. Dia tinggal bersama-sama neneknya yang sudah tua dan nyanyuk. Kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang amat tinggi, jadi dia terpaksa melakukan banyak kerja. Dia sanggup berhabis wang demi neneknya yang dikasihi, satu-satunya saudara yang dia ada. Bagi Dato’ Hisham, cukuplah beberapa orang gaji terpaksa dia berhentikan tetapi bukan Helmi kerana dia mengenali Helmi seorang anak muda yang rajin dan tidak pernah mempunyai masalah.

Oleh kerana kecewa terhadap ayahnya yang tidak mahu memberhentikan Helmi, Batrisya pergi ke luar negara selama sebulan tanda mogok. Dato’ Hisham yang runsing memikirkan Batrisya pergi menemui rakan baiknya, Rahim untuk meluahkan penyesalan kerana terlalu memanjakan anak perempuannya itu. Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar keluhan Dato’ Hisham, beliau juga memberikan pendapat yang terbaik.  

Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah air. Apabila tiba di hadapan pintu rumahnya, dia amat terkejut melihat papan tanda ‘Untuk Dijual’. Batrisya bergegas ke restoran milik ayahnya, restoran itu juga telah ditutup. Batrisya berjumpa dengan Pak Cik Rahim yang kemudiannya menunjukkan surat mengatakan ayahnya telah muflis dan terpaksa melarikan diri disebabkan hutang-piutang yang banyak.

Di dalam surat itu juga mengamanatkan Batrisya untuk belajar tinggal bersama Helmi dan neneknya. Sebaik sahaja sampai di rumah Helmi dengan alamat yang diberikan, Batrisya seakan-akan tidak percaya bahawa dia harus menghuni di rumah seperti reban ayam. Dia tidak rela dan cuba meminta bantuan kawan-kawan baik yang setia dengannya. Tetapi, apabila dia berjumpa dengan Maya dan Farah, ada sahaja alasan dan mereka tidak mahu menolong. Dia cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa.



Batrisya sangat sedih apa yang menimpa hidupnya dalam sekelip mata. Dia menyalahkan takdir dan sanggup ayahnya meninggalkan dia begitu sahaja. Dia melangkah semula ke rumah Helmi. Helmi memberitahu Batrisya tentang undang-undang di dalam rumah seperti apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh. Batrisya tidak boleh duduk sahaja dan kena menjaga neneknya jika tidak sila keluar daripada rumah ini. Apakah yang bakal berlaku kepada Batrisya seterusnya?

Ikuti drama siri “Ku Cinta Kau Seorang” yang menampilkan Remy Ishak dan Amyra Rosli di slot Lestary pada setiap hari Selasa jam 9.00 malam di TV3!  Ia boleh disaksikan menerusi portal Tonton Premiere 48 jam sebelum ia ditayangkan di kaca televisyen dengan bayaran RM3 sahaja.

“Ku Cinta Kau Seorang” disiarkan mulai 19 November 2013.

“Ku Cinta Kau Seorang” terbitan Global Station Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Remy Ishak, Amyra Rosli, Ruminah Sidek, Faradhiya, Zack X-Factor, Hafizzuddin, Bill Azali, dan ramai lagi.

Pengarah: Khairul Amri Haji Khalid (Keoi) dan nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria
sumber sini

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...