Jarum !!

Assalamualaikum,


Nak tanya dulu, siapa dekat sini pernah kena cucuk ?? sakit tak ?? hehe sebenarnya semalam ika pergi cucuk, seperti yang korang semua tahu ika kan bekerja part time katering jadi secara tidak langsung ada juga terlibat dalam bab-bab makanan. jadi kenalah cucuk vaksin tak salah kot.:) walapun bukan ika yang masak, tapi bila kesihatan datang cek, terpaksa la cabut lari, ye dak ?? sebab buku cucuk tak ada.


Mula-mula nak pergi rasa berani tapi bila dah sampai klinik kena tunggu nurse panggil tu rasa cuak juga, hihi bila selesai semua lega rasanya, sebenarya tak sakit mana pun cucuk ni rasa kebas sikit saja, lepas ini tak takut dah ..huhu

okey, bye semua.:)

Padang Besar !!

Assalamualaikum,

salam semua, sebenarnya dah lama nak update pasal ni, tapi oleh sebab masa tidak mengizinkan terpaksa simpan dulu dan sekarang baru lah ada kesempatan. :) okey sebenarnya ika dah lupa berapa hari bulan yang lalu ika pergi padang besar ikut family je, sebab mak ika nak beli ikan bilis. Nak beli dekat tempat kita senang je tapi dah time tu terasa nak pergi sana, pergi je la.hehe 

sekarang ni bila ada blog ni semua nak ambil gambar..hehe kalau boleh setiap masa dan setiap detik. lol

rambang mata cekk oii kalau datang sini.. tu bear minion..haishh rasa macam nak rembat je..hehe tapi angan-angan jela
 selesaai beli barang yang nak dibeli, kita pekena bihun sup dulu dengan ABC tapi bihun sup rasa macam kurang sedap tak tahu la sebab apa mungkin tak kena dengan tekak kut. :)

 serius banyak sangat beg, terasa macam nak beli satu, tapi mak ika pula tak kasi.. sebab tak mahu la beli lepas tu buat stok dalam almari..haishh
feveret ika suka beli barang dekat jalan tar je, asalkan cantik dan berkualiti saja, tak kisah kalau tak berjenama.. hehe
okey apa-apa pun memang best cuci-cuci mata ye, tapi ika sempat beli satu peplum, hehe sebab rasa macam berkenan pula. kalau mengenai harga dekat sini, takla murah sangat biasa-biasa saja.
okey have a nice day :)

Part Time di Hujung Minggu !!!

Assalamualaikum,
salam hujung minggu semua, wah hari-hari cuti ni kalau pergi bercuti mesti best kan ?? bawa family jenjalan makan angin, luahkan masa bersama keluarga, lebih-lebih lagi time cuti-cuti sekolah ni..hehe

okey hari ini bermula la kerja part time ika, hehe mesti semua belum tahu kan ika ni kerja apa dan dekat mana, asyik part time je, tak ada ke full time, :) sebenarnya ika kerja dengan family je, paksu dengan maksu ika buat perkhidmatan katering jadi ika sebagai penganggur terhormat la sangat ni bantu-membantu jela. Habuannya boleh la dapat duit poket sikit daripada duduk goyang kaki saja kan :) okey macam itu la ceritanya..
Jadi kalau ada blog yang ika tak dapat nak BW tu, diharapkan bersabar ye, In Sha Allah slow-slow akan ika kunjungi, hehe have a nice day *_*
 

Pendapat korang ??

Assalamualaikum,

salam semua, disini ika nak kongsikan satu kisah la, hehe sebenarnya seumur hidup ika tak pernah alami perkara ni taw. okey seperti yang korang tahu ika ada part time job atau bisnes kecil-kecilan jual baju. okey hari ini ika ada pos new collection dekat dalam satu group ni :)

selepas itu ada satu orang ni dia komen, ika baca tu rasa eh dah kenapa pulak ni.. sebenarnya ika terlupa print scrint sebab cuak sangat masa tu.. sampai ika delete dekat post group tu dan delete juga gambar dalam fb page ika..yela taknak la nanti jadi kontroversi pula..hehe okey ika hanya kongsikan perbualan kitorang je..:)

budak A : eh nampak macam jubah kristian je..
ika : pernah nampak ke jubah kritian macam mana, kenapa kata macam tu ??
budak A: nanti sya download, dlm internat banyak la..

lepas tu ika terus tanya sepupu ika macam mana sebab dia pun sama macam ika buat bisnes ni juga :)

bila baca owh rasa lega sikit..hehe okey ika nak pendapat korang macam mana mengenai masalah ni  ??


Filem Review : Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang !!

Assalamualaikum,

salam jumaat semua, hari ini nak share satu filem ni, ika rasa macam best, hehe tapi tak dapat nak tengok lagi, nak kena tunggu ada dalam internet dulu.. Sapa yang dah tengok filem ni di pawagam ??
best tak ??
 

Sebenarnya teringin nak tengok sebab Ustaz Azhar Idrus berlakon sama, hehe macam best je kan..


Sinopsis Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

Dadu adalah seorang lelaki muda yang tidak mempunyai hala tuju dalam kehidupan, sering dibuang kerja kerana sikap puas hati beliau. Dadu tinggal bersama Muiz, yang menganggur dan bergantung sepenuhnya pada Dadu untuk hidup. Mereka berdua akhirnya menganggur, usik dan dilemparkan keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak dapat membayar sewa. Hamzah, sepupu Dadu tiba-tiba muncul dan panduan kepada kedua-dua mereka untuk kembali kepada Allah. Hamzah menunjukkan mereka CD Ustaz Azhar Idrus ceramah. Dadu dan Muiz kagum dengan Ustaz Azhar Idrus. Mereka percaya mereka juga boleh berubah kerana Hamzah adalah jumpelang sebelum dia menjadi setia kepada Islam dan Allah. Kemudian, Dadu dan Muiz berazam untuk berubah dan menjadi lelaki yang lebih baik. Mereka juga memutuskan untuk melihat Ustaz Azhar Idrus sendiri dan mendengar ceramah tersebut hidup. Sepanjang perjalanan, Dadu dan Muiz menghadapi banyak masalah dan musibah sehingga kedua-dua mereka ditahan oleh pihak polis, dua kali!
Bolehkah kedua-dua mereka akhirnya bertemu Ustaz Azhar Idrus?

 Baca sinopsis pun dah macam best..hehe sesiapa yang belum tengok jom tengok, :)

tonton online klik sini   
sumber sini

Resepi carrot susu yang simple !!

Assalamualaikum,

Hari ini nak share resepi carrot susu yang sangat simple, alaa mesti semua dah tahu kan, tapi tak apa ika nak share juga..hehe

Bahan-Bahan ( utk 1 org )
1. 2 btg carrot
2. susu
3. Air
 -buang kulit carrot dan potong sesuka korang, :)
- selepas itu masukkan carrot kedalam blender + air secukupnya dan blend sampai halus..
 - selepas blend tapis ye, kalau taknak pun tak apa, tak kisah..hehe
- Last masukkan susu pilihan anda, tak kisah la susu brand apa pun asalkan boleh dimakan..:)
Bagi yang suka sejuk boleh la letakkan di dalam peti sejuk dua tiga minit.. Siap untuk diminum, hehe minum sambil update blog pun best juga kan..:)
have a nice day. *_*

Wordless Wednesday # 2

Assalamualaikum,


Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...