Assalamualaikum,
salam semua, sebenarnya dah lama nak update pasal ni, tapi oleh sebab masa tidak mengizinkan terpaksa simpan dulu dan sekarang baru lah ada kesempatan. :) okey sebenarnya ika dah lupa berapa hari bulan yang lalu ika pergi padang besar ikut family je, sebab mak ika nak beli ikan bilis. Nak beli dekat tempat kita senang je tapi dah time tu terasa nak pergi sana, pergi je la.hehe
sekarang ni bila ada blog ni semua nak ambil gambar..hehe kalau boleh setiap masa dan setiap detik. lol
rambang mata cekk oii kalau datang sini.. tu bear minion..haishh rasa macam nak rembat je..hehe tapi angan-angan jela
selesaai beli barang yang nak dibeli, kita pekena bihun sup dulu dengan ABC tapi bihun sup rasa macam kurang sedap tak tahu la sebab apa mungkin tak kena dengan tekak kut. :)
serius banyak sangat beg, terasa macam nak beli satu, tapi mak ika pula tak kasi.. sebab tak mahu la beli lepas tu buat stok dalam almari..haishh
feveret ika suka beli barang dekat jalan tar je, asalkan cantik dan berkualiti saja, tak kisah kalau tak berjenama.. hehe
okey apa-apa pun memang best cuci-cuci mata ye, tapi ika sempat beli satu peplum, hehe sebab rasa macam berkenan pula. kalau mengenai harga dekat sini, takla murah sangat biasa-biasa saja.
okey have a nice day :)