Walaubagaimanapun, sebagai bapa, Amy Search menyarankan agar anaknya itu sedar dan bertanggungjawab terhadap apa jua kesilapan yang dilakukannya.
"Terus-terang saya memang tidak tahu menahu menangani isu ini sehinggalah pihak media bertanyakan kepada saya sendiri.
"Walaubagiamanapun, jika betul ianya berlaku saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya yang ditemui selepas pelancaran single terbarunya bersama Hazama iaitu Simetri, petang semalam.
Isu gambar liar Nabila yang berbikini tersebut tersebar selepas sebuah program hiburan melaporkan serta menyiarkan beberapa keeping gambarnya sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.
Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya berharap anaknya dapat menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.
"Apa-apa pun sebagai seorang bapa, saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan dan selebriti yang dikenali,
"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," tambahnya lagi dengan nada kesal.
7 comments:
kesian ayh dye..hope ank nye berubah
@Ct Mawa urm harap2 larh..
Bru tau ni.cian amy.
Teruklah gambar tu . Hanis dah tengok .
macam2 la artis mesia ni..bajet nk jd cm retis mat saleh..kita ada agama..mat saleh lantak diorang la
awak ditag :) http://myrasiti.blogspot.com/2011/11/candid-time-contest.html
makin mnjdi nabila nie
Post a Comment