Hikmah Bersyukur..

Assalamualaikum,

Hargai dan syukurilah setiap sesuatu yang anda miliki. Ia tidak semestinya harta material, ia boleh jadi kesihatan dan usia anda. Setiap hari masih ada makanan untuk anda makan, masih ada orang yang mahu menegur anda, masih ada orang yang mengucapkan "Selamat pagi", atau "Salam sejahtera", atau "Assalamualaikum."

Syukurilah segala nikmat Allah daripada sekecil-kecil perkara yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, kesempurnaan deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tidak mungkin dapat kita sebutkan satu persatu akan nikmat Allah pada makhluk-Nya yang bernama manusia ini. Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang anda tidak miliki, tetapi luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk mensyukuri sekurang-kurangnya pada lima perkara yang anda perolehi pada hari tersebut.

a) Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang anda kenali, yang anda berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak-kanak itu tidak menghargainya, malah membuangnya atau mengutuk pemberian anda itu. Apakah kebarangkalian untuk anda membelikan lagi hadiah kepada kanak-kanak tersebut?

b) Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian anda itu? Mengucapkan terima kasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian anda, sering menunjukkan pada anda hadiah itu setiap kali anda berjumpa dengannya. Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk anda memberikan lagi hadiah kepada kanak-kanak tersebut?

CARA-CARA BERSYUKUR
  1. HATI - Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat
  2. LIDAH - Mengucap Alhamdulillah ketika mendapat nikmat
  3. TUBUH BADAN - Menggunakan nikmat untuk kebaikan
Tanda-tanda bersyukur kepada Allah
  1. Menggunakan nikmat dengan cara yang baik
  2. Menggunakan nikmat Allah dengan baik
  3. Mematuhi suruhan dan larangannya
  4. Mengadakan hubungan baik sesama manusia
  5. Memelihara dan memulihara alam dengan baik
  6. Menggunakan rezeki pd jln yg diredai
  7. Membelanjakan harta pd jalan Allah S.W.T
  8. Tidak merosakkan nikmat Allah S.W.T
  9. Menyayangi pemberian Allah.
  10. Patuh dan taat perintah Allah S.W.T

 Firman Allah : Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.
Allah ada berfirman di dalam Al Quran: “Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)
sumber sini

6 comments:

Mizz Aiza said...

sangat bermanfaat perkongsian berkenaan hikmah bersyukur ini.. bersama-samalah kita mensyukuri nikmat pemberian Allah walaupun sedikit..

Mar Mansor said...

Allahuakbar..sangat terkesan..
tak ramai y bersyukur..ramai y merungut..moga kita jadi insan y bersyukur..

Unknown said...

jom ramai2 ucap Alhamdulillah

Blog Santai said...

Alhamdulillah for such a nice entry Ika..jom sama-sama kita mengucapkan Alhamdulillah untuk setiap yang berlaku..

ezyra taharin said...

thanks share...
alhamdulillah masih mampu ke kolej setiap hari^^

Dayang Deno said...

alhamdulillah :)

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...