Assalamualaikum,
Hi semua, berjumpa kembali. hihi okey sapa kat sini suka tengok drama menjinak ombak ?? esok drama ni dah nak tamat taw. Rasa tak sabar pula nak tengok ending dia macam mana ? harap-harap okey. Taknak la cite tergantung.betul tak ?
Masa mula-mula tayang drama menjinak ombak ni tak layan pun, tetiba tertengok kejap rasa macam best je, tu yang excited sampai tengok dari episode 1.. huhu
Drama ni memang best. cuma tak berapa suka dengan watak fatah, jahat sangat tak suka..tak suka..kalau nak tahu ending drama ni tonton episode akhir esok hari jumaat 9 malam.
Sinopsis :
Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak
kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada
agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Firhad
dan Asyraf. Tengku Fatah merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah
yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail
manakala Arsyaf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya,
Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Asyraf begitu rapat
dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Asyraf sebagai
abangnya sendiri.
Tengku
Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu
memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya
kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan
direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan
meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya
agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke
rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan
meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa
bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga
kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku
Fatah.
Sementara itu,
Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan
perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu
Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga
mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah
cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun
apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku
Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah
tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.
Tengku
Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu
mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan
apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju
kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang
malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah.
Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam
Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan
dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.
Tengku
Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar
agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu
ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segera
menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu
Asyraf, Syakinah telah diculik!!
Kehilangan
Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu
Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah
mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani
dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya
setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat
bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi
dan selamat dari bencana.
Syakinah
terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau
dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan
diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa
dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ
berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga
terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.
Tengku
Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf
terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat laporan polis. Asyraf
telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di
surau dimana tempat Tengku Fatah selalu berada. Khatijah mengenali dan
mengetahui latar belakang Tengku Fatah lalu ke rumah Iman Ismail untuk
menyiasatnya. Tengku Firhad merasa tergugat dan takut akan rahsianya
bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.
Syakinah
dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah
membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah
yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya
lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa
yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah
mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk
membunuh Asyraf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku
Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul
Firhad maka berlakulah pergelutan.
4 comments:
sudah lama akak tidak mengikuti drama tv sekarang ini.. menarik sinopsis drama ini..
waaaa!!! ina minat gila drama ni!!! semua episod yang lepas2 semua ina dah download!!! lagu ost dia pun ina download gak hahahha nampak tak ke-obses-an !!
hahahhahahhaaa ina <3 firhad
waaaa!!! ina minat gila drama ni!!! semua episod yang lepas2 semua ina dah download!!! lagu ost dia pun ina download gak hahahha nampak tak ke-obses-an !!
hahahhahahhaaa ina <3 firhad
bila mncul crita ni jumaat malam tu kan semua tensi je tengok ust. fatah tu.. ilmu dya kemain menipu.. hahaha..:p
Post a Comment