Resepi Roti Puri

Assalamualaikum,

Hari ni nak share satu resepi yang ika dapat dari facebook iaitu roti puri, kalau ada yang masih tercari-cari esok nak breakfast apa ? boleh cuba buat okey..:)

selamat mencuba


Bahan-bahan:

1 cawan Tepung Gandum
¼ sudu besar Garam
½ cawan Air ( mengikut keperluan )

Cara membuat:

1.Satukan kesemua bahan dalam mangkuk dan letak air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh.

2.Pastikan sehingga tangan tiada lagi sisa doh, doh mudah dibentuk, bentukkan saiz bebola mengikut permintaan anda sendiri. Kemudian canaikan menggunakan tangan atau rolling pin sehingga nipis.

3.Minyak yang panas untuk menggoreng – Gorengkan doh yang telah dicanai dalam minyak yang panas. Setelah menggelembung, balikkan. Goreng hingga kuning, siap.

Petua 1: Sentuh di bahagian tengah doh supaya roti menggelembung.
Petua 2: Pastikan doh yang dicanai benar-benar nipis baru roti akan menggelembung.
Petua 3: Nak bagi sedap boleh tambah 1 sudu besar marjerin, 1 sudu besar gula dan 1 sudu kecil baking powder. Ikut bajet masing-masing, ya.

Boleh makan dengan kari, sambal sardin, sambal ikan bilik dan apa-apa pencicah yang menyelerakan anda. 

[kredit : sini

2 comments:

Wa said...

Dah lama Wa nak try buat roti ni...selalu tengok diorang buat dalam masterchef..pas ni bolehlah try hehehe..

athiqi ariff said...

tgk gambar ni rasa lapar lak..msti sdap ni..nk cuba buat la

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...