Niat Nak Belajo MotoTapi Jatuh Plak..

Assalamualaikum..
hari ne ialah hari yg paling tak baik dalam idup eika..Ptg tadi eika keluar jejalan smbil cuci2 mata ne.. eheehee

Eika kata kat akak eika kejap lagi blik biar larh adik bawak..ahaahaa asal nya lawak2 jer bukan betoi2 pun tapi hati ne teringin larh jugak..eheehee

Bila sampai jer kat jalan kg, kira nak sampai umah dah,

akak: ha cepat bawak..

eika: xpayah larh..

akak: cepat larh..

eika: Apa lagi.. urm ok..ok


Elak sampai jer dekat selekoh..Makkkkkkkkk hilang kawalan..
.
.
.
.
Gedebukkkk
ngeeee jatuh petak (sawah padi) ..Apa lagi eika n akak eika gedebukk dalam petak tu (sawah padi)..Hati ne cuak nak mampos, macam mana ne?? Nak angkat moto macam mana ?? Dah larh berat nak mampos..

Nak taw moto apa?? kebawah
.
.
.
kredit to google

ne motonya..sian dye trpaksa mandi tanah..ahaahaa tak sempat pulak nak snap pic tadi..eheehee hati ne dah bercampur baur, ada hati nk snap pic moto pulak..

Tadi nasib baek ada orang lalu, law tak alamak terbiar larh moto tu dalam petak tu..eheeheee
lagi satu macam larh nak bagitaw ayah...Aduihhh pening3, lepas pakcik tolong angkat moto apa lagi balik cepat2, basuh moto cepat..^_^ so tak orang tahu maaa

Mak eika sorang ja yang taw..urm lepas ne tobat tak nak belajaq moto dah...
tobat..tobat..tobat..

ok gud bye..

p/s asal tangan ne rasa lenguh2 larh pulak..:p
Photobucket

Giveaway From Korea & Sydney

Assalamualaikum
terlebih dulu eika doakan semoga tuan punya giveaway mendapat keputusan spm yg cemerlang..Aminnnn
^_^

kali ne nak join giveaway dr blog SYAZANAZURA plak..jom larh kita join ramai2, nak tulis apa daa urm eika tak pandai la nak bermain kata kata so sapa cepat dia dapat la..Nak join klik banner diatas..

Syarat-syarat giveaway :

1. Buat satu entri dengan tajuk di atas, letak banner comel tu & link-kan ke entri ini.
2. Kalau nak tag kawan, anda sangat dialu-alukan untuk berbuat demikian. Kalau tak nak pun takpe, tak tolak markah pun. (:
3. Kalau korang nak follow blog ini, dipersilakan. Kalau tak nak follow pun takpe, still tak tolak markah (:
4. Hantar link ke entri anda di ruangan komen entri ini sebelum 25 Disember 2011, jam 2:00 petang.


ok yang itu saja..so eika nak tag

http://hazanis.blogspot.com/

http://cikpower.blogspot.com/




Photobucket

JOM TAMBAH FOLLOWER

Assalamualaikum
urmm hari ne napa boringggg gilerr ah, tak taw nak buat apa..
tut..tut trjumpa plak segmen cik lulu ne.. ringankan jari tok join segmen ne..
urm jom kita join ramai-ramai..


klik banner atas ne

cakap pasal follower ne, sapa tak nak tambah follower kan? eheehee aku join ne pun bukan la nak cari follower just suka2 sambil hilangkan boringg2 ne, Aku cuma nak kan reader yg sudi baca blog aku yang tak seberapa ne, Kata orang kalau follower banyak reader tak da pun susah jgak kan...kihkihh sebenarnya tak tahu nak cite apa ne..kering otak aku sekarang ne
ok larh babai

p/s maaf kalau terkasar bahasa @ sapa2 terguris hati ^_^

Contest " I Love Flower" by hazanis

Assalamualaikum
camat malam yup..kita nak join satu contest ne dari akak hazanis yang comel ne, lagipun ne 1 st time akak ne wat contest, tu larh yang teruja sgt nak join..hadiah dye pon menarik taw, pe tunggu lagi jom la kita join..

(klik banner atas ne)

ne pic yang eika pertaruhkan kan..

ne time kenduri kazen eika, dah lama dah raya puasa tahun lepas..so doakan yer dapat menang..eheehee ^_^

p/s tak menang pon xpa T_T

Photobucket

Wedding My Kazen

Assalamualaikum
hye kawan-kawan, urm hari ne tulis entry sorang2 jer.. T_T dah tu tak bape sihat lagi ne tp oleh kerana sayang sgt kat blog ne kita hupdate jugak..

entry kali ne mengenai wedding..uhuuhuu bukan eika lowh bub my kazen..urm tengok jer larh pic bawah ne..sebelum tu klik sini dan sini malas nak cite panjang2..







macam mana dah tengok..uhuuhuu nak ucap thankz kat Ajish Ajit Senget yer la law dye tak letak pic atas ne dlm fb melepas la eika nak tengok pic kawin kazen eika...huh Nak harap kan eika *........* sampai bila2 pun tak kesempaian..so kredit to Ajish Ajit Senget..
ok kita cauuu luuu
<span class=

Ceria Pagi Jumaat

Assalamualaikum
pejam celik, pejam celik dah nak abis bulan 11 dah kan..urm UPSR dah kuar t result PMR plak..mesti takut kan..kihkihkih ntah nak update apa, ikut jer hati ne nak tulis apa..KERING OTAK betoi dah ne..

pusing, pusing

Mybe sebab pening kepala kot malam tadi, urm cakap pasal pning ne, malam tadi YA ALLAH sakit sngt2 kepala ne..Tak pernah2 pening tahap maksimum..nak makan penadol tak leh bub tak amal sngat ..

Time nak tidoq tu, adoiihh eika tak leh tahan dah ne..Semua ada pening, nak trmuntah la..urm tunggu pa lagi trpaksa jgak makan penadol larh..nasib baek dah ok sekarang..law tak trpaksa mogok sakit + mintak mc masak..ahaahaaa

setakat ini saja babai..
^................^

Photobucket

Contest Blog Simple But Awesome..

Assalamualaikum..
hari ne nak join 1 contest ne, bukan apa cuma teruja dgn hadiah dia ja . lagipun mna la taw kot2 rezeki dpt mnang ,eheehee alhamdulillah kn ? okay la dibawah ni ada banner untuk contest yg dianjurkn oleh sis hanani yg comel 2..if law nak join sgt dialu-alukan yer
babai

Photobucket

Kisah Sejarah Stanford University

Assalamualaikum
hari ne nak cite pasal kisah benar, tanya jer universiti stanford @ harvard mesti taw kan? sapa xtaw kena amik taw jgak..tengok jer tempat dye msti sume org tringin nk belajar kt situ kan..urm trmasuk tuan pnya blog ne..ahaahaa * angan angan larh * namanya sangat2 popular di AS..

kisah yg eika nk cite ne memang benar2 trjadi so buka mata tutup pasang telinga..eheehee
^
^
^
saksikan

Seorang wanita yang mengenakan gaun pudar menggandeng suaminya yang berpakaian sederhana dan usang, turun dari kereta api di Boston , dan berjalan dengan malu-malu menuju pejabat Pimpinan Harvard University.

Sesampainya di sana setiausaha Universiti langsung mendapat kesan bahawa mereka adalah orang kampung, miskin sehingga tidak mungkin ada urusan di Harvard dan bahkan mungkin tidak pantas berada di Cambridge.

“Kami ingin bertemu Pimpinan Harvard”, kata lelaki dgn lembut.
“Beliau hari ini sibuk,” jawab setiausaha cepat.
“Kami akan menunggu,” jawab Wanita itu.

Selama 4 jam setiausaha itu mengabaikan mereka, dengan harapan bahawa pasangan tersebut akhirnya akan patah semangat dan pergi. Tetapi nyatanya tidak. setiausaha mulai kecewa, dan akhirnya memutuskan untuk melaporkan kepada pemimpinnya.

“Mungkin jika Anda menemui mereka selama beberapa minit, mereka akan pergi,” katanya pada Pimpinan Harvard.

Si pimpinan menghela nafas dengan geram dan mengangguk. Orang sepenting dia pasti tidak punya masa untuk mereka. Dan ketika dia melihat dua orang yang mengenakan baju pudar dan pakaian usang diluar pejabatnya, rasa tidak senangnya sudah muncul. Si Pemimpin Harvard, dengan wajah galak menuju pasangan tersebut.

wanita itu berkata padanya, “Kami memiliki seorang putera yang kuliah tahun pertama di Harvard. Dia sangat menyukai Harvard dan bahagia di sini. Tetapi setahun yang lalu, dia meninggal kerana kemalangan. Kami ingin mendirikan peringatan untuknya, di suatu tempat di kampus ini. bolehkah?” tanyanya, dengan mata yang menjeritkan harap.

Si Pemimpin Harvard tidak tersentuh, wajahnya bahkan memerah. Dia tampak terkejut. “Nyonya,” katanya dengan kasar, “Kita tidak boleh mendirikan tugu untuk setiap orang yang masuk Harvard dan meninggal. Kalau kita lakukan itu, tempat ini sudah akan seperti kubur.”

“Oh, bukan,” wanita itu menjelaskan dengan cepat, “Kami tidak ingin mendirikan tugu peringatan. Kami ingin memberikan sebuah gedung untuk Harvard.”

Si Pemimpin Harvard memutar matanya. Dia menatap sekilas pada baju pudar dan pakaian usang yang mereka kenakan dan berteriak, “Sebuah gedung?! Apakah kalian tahu berapa harga sebuah gedung? Kalian perlu memiliki lebih dari 7,5 juta dolar hanya untuk bangunan fizikal Harvard.”

Untuk beberapa saat wanita itu terdiam. Si Pemimpin Harvard senang. Mungkin dia boleh terbebas dari mereka sekarang. Wanita itu menoleh pada suaminya dan berkata pelan, “Kalau hanya sebesar itu biaya untuk memulai sebuah universiti, mengapa tidak kita buat sendiri saja ?”

Suaminya mengangguk. Wajah si Pemimpin Harvard menampakkan kebingungan. Mr. dan Mrs Leland Standford bangkit dan berjalan pergi, melakukan perjalanan ke Palo Alto, California, di sana mereka mendirikan sebuah Universiti yang menyandang nama mereka, sebuah peringatan untuk seorang anak yang tidak lagi dipedulikan oleh Harvard.

Universiti tersebut adalah Stanford University, salah satu universiti favourite kelas atas di AS.


Seperti pimpinan Harvard itu, acap silau oleh baju, dan lalai. Padahal, baju hanya bungkus, apa yang disembunyikannya, kadang sangat tak ternilai. Jadi, janganlah kita selalu abai, kerana baju-baju, acap menipu.

Photobucket

Amy Search Mahu Nabila Huda Bertanggungjawab

Assalamualaikum..

Penyanyi rock lagenda, Amy Search akui tidak tahu menahu mengenai isu foto anaknya, Nabila Huda yang dijumpai bercium dengan seorang lelaki baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, sebagai bapa, Amy Search menyarankan agar anaknya itu sedar dan bertanggungjawab terhadap apa jua kesilapan yang dilakukannya.

"Terus-terang saya memang tidak tahu menahu menangani isu ini sehinggalah pihak media bertanyakan kepada saya sendiri.

"Walaubagiamanapun, jika betul ianya berlaku saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya yang ditemui selepas pelancaran single terbarunya bersama Hazama iaitu Simetri, petang semalam.

Isu gambar liar Nabila yang berbikini tersebut tersebar selepas sebuah program hiburan melaporkan serta menyiarkan beberapa keeping gambarnya sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya berharap anaknya dapat menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Apa-apa pun sebagai seorang bapa, saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan dan selebriti yang dikenali,

"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada Linksekarang," tambahnya lagi dengan nada kesal.

kredit: murai
Photobucket

Kisah Sedih Si Gadis Miskin

Sudah menjadi kehendak Allah memberinya cubaan berupa penyakit kronik yang bersarang dan sudah bertahun-tahun ia rasakan. Ini adalah cerita kisah seorang gadis yang bernama Muha. Kisah ini diriwayatkan oleh zaman, diiringi dengan tangisan burung dan ratapan ranting pepohonan.

Muha adalah seorang gadis remaja yang cantik. Sebagaimana yang telah kami katakan, sejak kecil ia sudah mengidap penyakit yang kronik. Sejak usia kanak-kanak ia ingin bergembira, bermain, bergurau dan bersiul seperti burung sebagaimana anak-anak yang seusianya. Bukankah ia juga berhak merasakannya?

Sejak penyakit itu menyerangnya, ia tidak dapat menjalankan kehidupan dengan normal seperti orang lain, walaupun ia tetap berada dalam pengawasan doktor dan bergantung dengan ubat.

Muha tumbuh besar seiring dengan penyakit yang dideritanya. Ia menjadi seorang remaja yang cantik dan mempunyai akhlak mulia serta taat beragama. Meski dalam keadaan sakit namun ia tetap berusaha untuk mendapatkan ilmu dan pelajaran dari mata air ilmu yang tak pernah habis. Walau terkadang bahkan sering penyakit kroniknya menyerang yang memaksanya berbaring di tempat tidur selama berhari-hari.

Selang beberapa waktu atas kehendak Allah seorang pemuda tampan datang meminang, walaupun ia sudah mendengar mengenai penyakitnya yang kronik itu. Namun semua itu sedikit pun tidak mengurangi kecantikan, agama dan akhlaknya…kecuali kesihatan, meskipun kesihatan adalah satu hal yang sangat penting. Tetapi mengapa?

Bukankah ia juga berhak untuk menikah dan melahirkan anak-anak yang akan mengisi dan menyemarakkan kehidupannya sebagaimana layaknya wanita lain?

Demikianlah hari berganti hari bulan berganti bulan si pemuda memberikan bantuan menteri agar si gadis meneruskan pengubatannya di salah satu hospital terbaik di dunia. Terlebih lagi dorongan moral yang selalu ia berikan.

Hari berganti dengan cepat, tibalah saatnya persiapan majlis pernikahan dan untuk mengharungi bahtera rumah tangga.

Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, calonnya pergi untuk menanyakan pengerjaan gaun pengantin yang masih berada di tempat si penjahit. Gaun tersebut masih tergantung di depan toko penjahit. Gaun tersebut mengandungi makna kecantikan dan kelembutan. Tiada seorang pun yang tahu bagaimana perasaan Muha bila melihat gaun tersebut.

Pastilah hatinya berkepak bagaikan burung yang mengepakkan sayap putihnya mendekap langit dan memeluk ufuk nan luas. Ia pasti sangat bahagia bukan kerana gaun itu, tetapi kerana beberapa hari lagi ia akan memasuki hari yang terindah di dalam kehidupannya. Ia akan merasa ada ketenangan jiwa, kehidupan mulai tertawa untuknya dan ia melihat adanya kecerahan dalam kehidupan.

Bila gaun yang indah itu dipakai Muha, pasti akan membuat penampilannya laksana putri salju yang cantik jelita. Kecantikannya yang alami menjadikan diri semakin elok, anggun dan menawan.

Walau gaun tersebut terlihat indah, namun masih di perlukan sedikit perbaikan. Oleh karena itu gaun itu masih ditinggal di tempat si penjahit. Sang calon berniat akan mengambilnya besok. Si penjahit meminta keringanan dan berjanji akan menyelesaikannya tiga hari lagi. Tiga hari berlalu begitu cepat dan tibalah saatnya hari pernikahan, hari yang di nanti-nanti. Hari itu Muha bangun lebih cepat dan sebenarnya malam itu ia tidak tidur. Kegembiraan membuat matanya tak terpejam. Iaitu saat malam pengantin bersama seorang pemuda yang terbaik akhlaknya.

Si pemuda menelepon calon pengantinnya, Muha memberitahukan bahwa setengah jam lagi ia akan pergi ke tempat penjahit untuk mengambil gaun tersebut agar ia dapat mencubanya dan lebih meyakinkan bahawa gaun itu sesuai untuknya. Pemuda itu pergi ke tempat penjahit dan melajukkan keretanya dengan kecepatan tinggi terdorong perasaan bahagia dan gembira akan acara tersebut yang merupakan peristiwa terpenting dan paling berharga bagi dirinya, demikian juga halnya bagi diri Muha.

Kerana meluncur dengan kecepatan tinggi, kereta tersebut keluar dari pembahagi jalan dan terbalik berkali-kali. Setelah itu kereta ambulans datang dan membawanya ke hospital. Namun kehendak Allah berada di atas segalanya, beberapa saat kemudian si pemuda pun meninggal dunia. Sementara telefon si penjahit berdering menanyakan tentang pemuda itu. Si penjahit mengabarkan bahawa sampai sekarang ia belum juga sampai ke rumah padahal sudah sangat terlambat.

Akhirnyai penjahit itu tiba di rumah calon pengantin wanita. Sekali pun begitu, pihak keluarga tidak mempermasalahkan sebab keterlambatannya membawa gaun itu. Mereka malah memintanya agar memberitahu si pemuda bahawa sakit Muha tiba-tiba menyerang dan sekarang sedang dibawa ke hospital. Kali ini sakitnya tidak memberi Muha banyak kesempatan. Tadinya sakit tersebut seakan masih berbelas kasih kepadanya, tidak ingin Muha merasa sakit. Sekarang rasa sakit itu benar-benar membuat derita dan kesengsaraan yang melebihi penderitaan yang ia rasakan sepanjang hidupnya yang pendek.

Beberapa minit kemudian datang berita kematian si pemuda di hospital dan setelah itu datang pula berita meninggalnya sang calon pengantinnya, Muha.

Demikian kesedihan yang menimpa dua remaja, bunga-bunga telah layu dan mati, burung-burung berkicau sedih dan duka terhadap mereka. Malam yang diangan-angankan akan menjadi paling indah dan berkesan itu, berubah menjadi malam kesedihan dan ratapan, malam pupusnya kegembiraan.

Kini gaun pengantin itu masih tergantung di depan kedai penjahit. Tiada yang memakai dan selamanya tidak akan ada yang memakainya. Seakan gaun itu bercerita tentang kisah sedih Muha. Setiap yang melihatnya pasti akan bertanya-tanya, siapa pemiliknya.?

(SUMBER: Serial Kisah Teladan, Muhammad bin Shalih al-Qahthani, seperti dinukilnya dari Mausu’ah al-Qishshash al-Waqi’iyyah dengan perubahan semestinya, Penerbit DARUL HAQ, telp.021-4701616)

Photobucket

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...