Kenapa Tak Dapat CPUV DARI Nuffnang ?

Assalamualaikum..
 
 

Hari ni nak luahkan perasaan yang terbuku dihati.. CEWAH !!! Sebenar cuma sedih je kenapa sampai sekarang tak dapat cpuv dari nuffnang pun..Kali terakhir pun bulan disember 2012. Mungkin sebab tak pernah update blog sampai 1 tahun kot rasanya. Bukanya apa terlupa email blog la pulak.. Tu la pasal. Tambah pulak masalah akaun nuffnang tak boleh nak login..Haish double triple masalah.
 
Bila tengok blogger lain cashout, wow best nya dapat cashout dari nuffnang, nak jugakkkk..kita tak pernah merasa pun..t_t  Sesapa yang selalu dapat cpuv , cashout kasi la resepinya..hihihi

MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 3

Assalamualaikum..
 


klik banner untuk join okay


Syarat-syarat penyertaan:-
  • Yang beralamat di Malaysia Sahaja
  • Follow Blog T-shirt Mudah Terengganu
  • Like page T-shirt Mudah Terengganu 
  • Buat entry bertajuk " MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 3"  & buat backlink ke entry ini.
  • Copy and paste gambar diatas sahaja untuk buat entry..
  • Tinggalkan Link di bahagian komen..     

09-19 OKTOBER 2013

ESP Untuk Kulit Cantik

Assalamualaikum.:)

Hari ni nak jelaskan sikit mengenai ESP produk dari shaklee ni.. ESP sangat terkenal di kalangan ibu menyusu. Namun bagi yang tak menyusu, ESP takkan bagi anda ada susu pulak ye.. Jangan salah anggap. ESP ni sesuai untuk semua golongan termasuk wanita, lelaki, ibu mengandung, yang belum berkahwin mahupun kanak-kanak..

Antara Kebaikan Yang Terdapat Dari ESP :



 Testimoni Dari Pengguna ESP :




Jadi apa tunggu lagi cepat dapatkan ESP dengan segera. Inginkan ESP dengan harga promosi boleh dapatkan dari ika email di zsabiqah@yahoo.com , atau like fan page ika sabiqah shoppe .. BEST PRICE ok..:)



Filem Balada Pencinta Arahan Khir Rahman

Assalamualaikum

Sebuah filem baru bertajuk Balada Pencinta bakal ditayangkan tahun ini yang dilakonkan oleh Johan Asari dan Siti Saleha. Filem ini dibawah arahan Khir Rahman. Selain itu, pelakon yang turut membintangi filem ini terdiri daripada Ruffedge, Norish Ismail, Miera Liyana, Azhan Rani, Iedil Putra, Faizal Hussein, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee dan ramai lagi.
Sinopsis Filem Balada Pencinta :

Filem balada pencinta mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan Asari) yang ingin memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, sementara Aisyah (Siti Saleha) pula adalah seorang yang amat meminati seni dan juga bangsawan.

Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya tetapi tanpa cinta?

Balada Pencinta adalah sebuah filem yang memuatkan pelbagai elemen seperti kasih sayang, romantik, budaya “busking”, kemanusiaan serta pilihan beberapa lagu berlainan genre bagi menghasilkan suatu filem yang bagus dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan. Tambahan lagi, filem ini juga dapat menarik perhatian segenap masyarakat Malaysia tidak kira usia dan darjat.

“Pencinta bukan hanya menengahkan konsep cinta sahaja tetapi menggabungkan setiap elemen dalam kehidupan biasa yang dialami oleh sesiapa sahaja dan filem ini dapat mendorong penonton untuk senantiasa beringat bahawa setiap masalah yang dihadapi pasti mempunyai jalan penyelesaiannya,” ujar pengarah, Khir Rahman.

Filem Balada Pencinta merupakan filem terbitan dan edaran Grand Brilliance dan bakal menggegarkan penonton di pawagam pada 2013.







saksikan trailer filem Balada Pencinta


Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...