Filem Balada Pencinta Arahan Khir Rahman

Assalamualaikum

Sebuah filem baru bertajuk Balada Pencinta bakal ditayangkan tahun ini yang dilakonkan oleh Johan Asari dan Siti Saleha. Filem ini dibawah arahan Khir Rahman. Selain itu, pelakon yang turut membintangi filem ini terdiri daripada Ruffedge, Norish Ismail, Miera Liyana, Azhan Rani, Iedil Putra, Faizal Hussein, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee dan ramai lagi.
Sinopsis Filem Balada Pencinta :

Filem balada pencinta mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan Asari) yang ingin memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, sementara Aisyah (Siti Saleha) pula adalah seorang yang amat meminati seni dan juga bangsawan.

Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya tetapi tanpa cinta?

Balada Pencinta adalah sebuah filem yang memuatkan pelbagai elemen seperti kasih sayang, romantik, budaya “busking”, kemanusiaan serta pilihan beberapa lagu berlainan genre bagi menghasilkan suatu filem yang bagus dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan. Tambahan lagi, filem ini juga dapat menarik perhatian segenap masyarakat Malaysia tidak kira usia dan darjat.

“Pencinta bukan hanya menengahkan konsep cinta sahaja tetapi menggabungkan setiap elemen dalam kehidupan biasa yang dialami oleh sesiapa sahaja dan filem ini dapat mendorong penonton untuk senantiasa beringat bahawa setiap masalah yang dihadapi pasti mempunyai jalan penyelesaiannya,” ujar pengarah, Khir Rahman.

Filem Balada Pencinta merupakan filem terbitan dan edaran Grand Brilliance dan bakal menggegarkan penonton di pawagam pada 2013.







saksikan trailer filem Balada Pencinta


2 comments:

ezyra taharin said...

cerita nie mesti best la..

Unknown said...

ada ayie tgok promonya kat tv...

mmg minat jugak pd lakonan johan...hehe

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...