Wedding planner !!

Assalamualaikum


Hi, hari ini nak share mengenai wedding planner pulak, hehe sambungan daripada Busana Pangantin Untuk Raja Sehari. Setiap orang mesti inginkan  majlis perkahwinan yang meriah, dekorasi yang cantik, sempurna dan memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir. Tapi tak nak la pulak berlebihan sampai terpaksa berhutang bagai.. betul tak ?

Setiap majlis yang nak dibuat mestilah ada bajet.. ** macam bajet 2014 la pulak..hehe

Okey  jom kita lihat dekorasi majlis yang boleh ika kongsi kan ye. sebenarnya tak nak cakap banyak banyak ..takda idea dah ni :)

Kalau dekat rumah banyak pokok bolehlah buat macam ni, gantung je.hehe




 Simple but awesome kan..kan..kan. 




 Yang ini lagi senang, tak perlu susah payah hias sana sini. Tapi kalau hujan faham-faham jela ye.:)


 

 Sekarang kita tengok deko untuk candy buffet pulak ye. Sekarang kebanyakkan majlis dah banyak menyediakan candy buffet ni.

BUFFET:




 Kalau nampak ini dekat kenduri comfirm jakun seketika..hehe




 marshmallows -3




tersangat la comel semuanya..
ok bye

Busana Pengantin Untuk Raja Sehari !!

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini dapat juga nak update blog, hehe ok sekarang dalam mood orang kawin kan. cuti sekolah pun tak lama lagi, mesti banyak kenduri kawin, hehe minggu depan pun maksu dan paksu kita ada katering. Hari cuma nak share busana pengantin untuk bakal bakal pengantin yang masih mencari atau yang sedang mencari..:)
-
-








 pic kredit google 
suka dengan design ni <3


ada yang dah berkenan dihati tak.. jangan risau masih ada lagi.. 











pic kredit EZalha
dengan ini ika malabuhkan tirai ye..dah cuci mata jemput komen..*_*
bye

Fenomena Candy Crush

Assalamualaikum


Hai dengar je pasal candy crush mesti semua orang tahu kan? Dah ramai rakan facebook dok main game ni, termasuk ika sendiri la, hehe Sebenarnya, mula-mula tak suka sangat game ni tapi bila tengok kakak ika main , nak try juga la bila dah mula tu susah nak berhenti korang..kan dah ketagih..

Game ni menguji kesabaran taw, dulu time tak main lagi tu ramai je dok main tag-2 ajak main..haish.Sebenarnya ika ada terjumpa artikal yang salah seorang dari peminat game candy ni la.mak aih main game sampai sakit belakang wei. ish-3

tapi ika tak ada la nak main sampai sakit-sakit, takkan la 24 jam nak mengadap pc main game..buang masa la pulak dah kan .. cuma main suka suka je. uji minda gitu *_*

Tapi sekarang orang yang dah ada iphone canggih tu dah tak perlu dah nak on pc bagai just download je dekat google play then terus main kan..

Ada tak yang suka sangat dengan candy crush ni angkat tangan laju-laju cepat. hehe Disini ika cuma nak cakap kita jangan terlalu obses sangat dengan game ni sampai sakit sakit lagi sapa suruh..
So tepuk dada tanyalah iman hihi *_*
bye

Sustained Released Vita-C by Shaklee

Assalamualaikum

Alhamdulillah vitamin c yang ditunggu tunggu sudah ada di tangan, dah lama dah berminat nak beli tapi selalu je out of stock. * feeling excited

 banyak kelebihan vitamin c ni taw, sapa yang ada masalah resdung, selalu demam, ingin kulit cantik, glowing boleh amalkan vitamin c ni.


* kredit google

KEISTIMEWAAN VITAMIN C

1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

MANFAAT VITAMIN C

Imuniti

- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan

- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension

- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit

- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.
 
** Product ini tidak bertujuan untuk mendiognosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 
-----------------------------------------------------
email at zsabiqah@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan 
*_*  
 
 

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...