Shopping Online Di Hansaegee.com

Assalam,

Mesti ada yang dah tahu pasal produk ni kan. Hasaegee ialah produk dari korea, ramai blogger-blogger yang dah review pasal produk dari hansaegee ni. Lagipun sekarang tengah ada promosi, boleh la ambil peluang ni nak grab. hihi

Ika pun nak try tapi sebelum tu nak review juga, :) start kenal produk ni dari blogger fatin liyana, terpengaruh juga la lepas baca tu. Selain itu, ada juga blogger lain yg review pasal produk ni, antaranya yuyu zulaikha, hanis zalikha, hazanis, maria elena, dan banyak lg la. Penat nak sebut satu-satu.

Okey cakap pasal promosi ni, memang hansaegee ni buat sale gila-gila la. 
Sambil shopping, sambil kumpul points, hihi umpama menyelam sambil minum air. Tak gitu ? ;)
Selain dari mask, kt hansaegee juga trdapat skincare, eyecare, make up dan banyak lg.
semua produk hanya dijual secara online, macam mana nak dapatkan bleh ke link bwh ni. :)

Klik for shopping 

Tonton Drama Tuan Rumah Pembantu Rumah Episode 8


Episode 8


Film: Surat Kecil Untuk Tuhan Full

Assalam,

Film surat kecil untuk tuhan ni berdasarkan kisah benar, kalau tak salah ika tengok tahun lepas. Film ni memang tragik, kalau yang tengok comfirm kena siapkan tisu. hihi Ika cuma nak kongsikan je film ni, bagi yang belum tengok tu please try tengok memang best, tak rugi pun. Film ni dari indonesia. Tak taw la mungkin tak ramai kan layan sngt film dari indon ni. 

SINOPSIS :
Film ini menceritakan Gita Sesa Wanda Cantika atau yang dikenal dengan nama panggilan Keke, seorang gadis remaja berusia 13 tahun yang cukup beruntung, karena lahir dari keluarga yang sangat berada, memiliki dua orang kakak laki-laki yang bernama Chika dan Kiki, orang tua yang sangat menyayanginya walau sudah bercerai, dan juga Pak Yus, ajudan sang Ayah. Selain itu Keke juga dikelilingi enam sahabat karib yang selalu setia menemaninya dan hidupnya pun semakin lengkap dengan kehadiran seorang kekasih yang juga begitu menyayanginya, yaitu Andy.
Semuanya tampak begitu sempurna. Pada tahun 2003 kanker menghinggapinya, Keke adalah pengidap Rhabdomyosarcoma (Kanker Jaringan Lunak) pertama di Indonesia. Gadis cantik itu pun berubah menjadi "monster" hingga terpaksa harus menjalani serangkaian kemoterapi dan radiasi hampir setahun lamanya, akibatnya, semua rambut Keke sedikit demi sedikit mulai rontok, kulitnya mengering, dan sering mual-mual. Ketekunan Keke dan keluarganya membuahkan hasil. Keke dinyatakan sembuh dan bisa kembali menjalani aktivitas seperti sedia kala.
Tak disangka, setahun kemudian, pada 2004, kanker itu kembali, lebih parah dan mematikan. Meskipun sudah ditolak di rumah sakit mana-mana, ayah Keke tidak pernah sekali pun menyerah untuk menyembuhkan anaknya, terbukti bahwa ia sanggup ke pedalaman bahkan keluar negeri hanya untuk menyembuhkan Keke. Meskipun ratusan dokter memprediksi bahwa hidup Keke tidak akan lebih dari tiga bulan, Keke berhasil bertahan untuk lebih dari setahun. Meskipun pada akhirnya, Keke harus menerima kenyataan bahwa ia memang tidak dapat disembuhkan karena kanker itu sudah terlalu menyebar. Keke meninggal dunia pada tanggal 25 Desember 2006
sumber : wikipedia.org 
Cast :
Dinda Hauw
Alex Komang
kredit google

kredit google

Tonton Surat Kecil Untuk Tuhan Full Movie :



~ selamat menonton ~

Giveaway Cash RM150

Assalamualaikum

http://www.mrjocko.com/2014/06/mini-giveaway-cash-rm150-mrjocko.html
klik duit

Tamat : 22 Jun 2014

Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episode 13


Kerana Terpaksa Aku Relakan Episode 13 :


Khasiat Timun

Assalamualaikum,

Hari ini nak kongsikan khasiat yang terdapat dalam buah timun. Timun sejenis sayuran yang mudah didapati, dan harganya yang murah.Tapi mesti kebanyakan kita pandang ' sebelah mata '. Habis sangat pun setakat dihidang dgn sambal bila makan nasi. hehe

Dalam bab kecantikan, selalu potong nipis-nipis dan letak dekat mata. Tapi sebenarnya banyak lagi khasiat timun ni.

Manfaat Timun Melawaskan Air Kencing :
- Betul-betul mujarab. Sebab ika memang pernah alami, caranya blend timun + air. Dan minum, mesti sembuh. Ika cuba sendiri cara ni memang berkesan. 

Mampu merawat ulser mulut :
- Bagi yang ada ulser boleh la cuba cara tradisional ni, dengan makan timun segar, ataupun potong nipis-nipis.

Merawat cirit-birit kanak-kanak :
- Sediakan sebiji timun, cuci bersih-bersih dan rebus. Kemudian dikisar utk mendapatkan airnya. Tapis dan ambil air patinya, kemudian campur pulak dgn sedikit madu. Minum sehingga kesan cirit-birit reda dan bransur pulih.

Tekanan Darah Tinggi :
- Bagi sesiapa yang ada masalah darah tinggi boleh amalkan minum airnya 2-3 kali sehari. Beberapa hari yg lepas ayah ika masuk wad sebab masalah darah tinggi. Selepas minum air timun, darah dah normal. Jadi boleh cuba memang mujarab.

Okey itu sahaja, sekian

VERDEREN DRESS by ZefikCollection

Assalamualaikum,

Hai semua, nak tanya ada yang dah beli baju raya ke ?? hihi puasa belum, dah sibuk nak cakap pasal baju raya kan.. okey disini cuma nak kongsikan koleksi terbaru dari Zefikscollection.. Kebanyakan koleksi zefiks ni tertumpu pada jubah dress, dan rekaan jubah dorang sangat exclusive taw.. Yang bestnya terdapat pelbagai size dari size s hingga xl.. Jadi tak perlu risau la pasal size ni..

Ika berkenan sangat semua koleksi dari zefiks ni, tetapi selalu simpan je hasrat tu.. lol okey taknak cakap banyak, jom la cuci-cuci mata, mana tahu ada yang berkenan. 







Untuk Pertanyaan :
Page : Zefikscollection 
Lokasi : B11 tingkat 1, Jalan serai wangi G16/G, Alam Avenue, Seksyen 16, 40200, shah alam, selangor

Tonton Drama Tuan Rumah, Pembantu Rumah Dramedy TV3 Full Episode


Para Pelakon
Tajuk : Tuan Rumah Pembantu Rumah
Penulis : Orkid Edyliyne
SINOPSIS : 

“Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

Full Episode :

Tonton Drama Tuan Rumah, Pembantu Rumah Dramedy TV3 Episod 4




Tonton Drama Tuan Rumah, Pembantu Rumah Dramedy TV3 Episod 3


Tonton Drama Tuan Rumah, Pembantu Rumah Dramedy TV3 Episod  3




Tonton Drama Tuan Rumah, Pembantu Rumah Dramedy TV3 Episod 2


Tonton Drama Tuan Rumah, Pembantu Rumah Dramedy TV3 Episod 2

Tonton Drama Tuan Rumah, Pembantu Rumah Dramedy TV3 Episod 1


Tonton Drama Tuan Rumah, Pembantu Rumah Dramedy TV3 Episod 1


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 12


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 12


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 11


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 11





Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 10


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 10



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 9


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 9



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 8


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 8



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 7


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 7



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 6


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 6



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 5


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 5



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 4


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 4



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 3


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 3



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 2


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 2 :



Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod 1


Tonton drama kerana terpaksa aku relakan episod 1


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Full Episod


SINOPSIS KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN :

Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya.
Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.
Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya.
Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya. 

TONTON ONLINE :
Episod 22
Episod 23
Episod 24
Episod 25
Episod 26
Episod 27
Episod 28 ( End )
 

Slot Zehra : Menjinak Ombak

Assalamualaikum,

Hi semua, berjumpa kembali. hihi okey sapa kat sini suka tengok drama menjinak ombak ?? esok drama ni dah nak tamat taw. Rasa tak sabar pula nak tengok ending dia macam mana ? harap-harap okey. Taknak la cite tergantung.betul tak ?

Masa mula-mula tayang drama menjinak ombak ni tak layan pun, tetiba tertengok kejap rasa macam best je, tu yang excited sampai tengok dari episode 1.. huhu

Drama ni memang best. cuma tak berapa suka dengan watak fatah, jahat sangat tak suka..tak suka..kalau nak tahu ending drama ni tonton episode akhir esok hari jumaat 9 malam.

Sinopsis :

Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Firhad dan Asyraf. Tengku Fatah merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Arsyaf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Asyraf begitu rapat dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Asyraf sebagai abangnya sendiri.

Tengku Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku Fatah.

Sementara itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.

Tengku Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.

Tengku Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segera menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf, Syakinah telah diculik!!

Kehilangan Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi dan selamat dari bencana.

Syakinah terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.

Tengku Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat laporan polis. Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di surau dimana tempat Tengku Fatah selalu berada. Khatijah mengenali dan mengetahui latar belakang Tengku Fatah lalu ke rumah Iman Ismail untuk menyiasatnya. Tengku Firhad merasa tergugat dan takut akan rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.

Syakinah dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk membunuh Asyraf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul Firhad maka berlakulah pergelutan.

Jom Shopping Disini ~

Assalamualaikum,

TIARA BLOUSE
MATERIAL CHIFFON FULL LINING
RM 50 INCLUDE POSTAGE
FREE SIZE FIT UNTIL XL
 UKURAN :
BAHU 16 INCI
LABUH 28 INCI
UKUR LILIT DADA 42 INCI
UKUR LILIT PUNGGUNG 47 INCI
UKUR LILIT LENGAN 19 INCI
PANJANG TANGAN 23 INCI






 sebarang pertanyaan dan order boleh inbox di

sekian, have a nice day. ^_^

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...