Assalamualaikum,
Hari ini nak kongsikan khasiat yang terdapat dalam buah timun. Timun sejenis sayuran yang mudah didapati, dan harganya yang murah.Tapi mesti kebanyakan kita pandang ' sebelah mata '. Habis sangat pun setakat dihidang dgn sambal bila makan nasi. hehe
Dalam bab kecantikan, selalu potong nipis-nipis dan letak dekat mata. Tapi sebenarnya banyak lagi khasiat timun ni.
Manfaat Timun Melawaskan Air Kencing :
- Betul-betul mujarab. Sebab ika memang pernah alami, caranya blend timun + air. Dan minum, mesti sembuh. Ika cuba sendiri cara ni memang berkesan.
Mampu merawat ulser mulut :
- Bagi yang ada ulser boleh la cuba cara tradisional ni, dengan makan timun segar, ataupun potong nipis-nipis.
Merawat cirit-birit kanak-kanak :
- Sediakan sebiji timun, cuci bersih-bersih dan rebus. Kemudian dikisar utk mendapatkan airnya. Tapis dan ambil air patinya, kemudian campur pulak dgn sedikit madu. Minum sehingga kesan cirit-birit reda dan bransur pulih.
Tekanan Darah Tinggi :
- Bagi sesiapa yang ada masalah darah tinggi boleh amalkan minum airnya 2-3 kali sehari. Beberapa hari yg lepas ayah ika masuk wad sebab masalah darah tinggi. Selepas minum air timun, darah dah normal. Jadi boleh cuba memang mujarab.
Okey itu sahaja, sekian
2 comments:
Banyak khasiat timun kan... Nasib baik suka timun^^
Thanks ika..banyak khasiat timun ni ya..kita jarang makan timun ni sebenarnya...
Post a Comment