Masak Lemak Rebung Dan Udang


Resepi aku hari ni ialah masak lemak rebung dengan udang. Ini kalau negeri lain tak tahu la macam caranya. Yang pasti resepi ni dia mudah, senang dan yang penting cepat. Mari sama-sama kita belajar ye adik-adik. Mula -mula kita tengok bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :
2 ulas bwg merah *
2 ulas bwg putih *
serai ( diketuk )
Rebung
Udang
santan ( secukupnya )
5 biji cili padi ( ikut suka ) *
garam ( secukup rasa )

Cara-caranya :

1- Tumbuk bahan yang bertanda, kalau nak blend pun xpa ikut keselesaan sendiri. Setelah selesai masukkan kedalam periuk bersama-sama santan.

2- Letak atas api dan kacau supaya tak pecah minyak, bila santan dah mendidih boleh masukkan udang, disertakan rebung.

3- Biarkan udang dan rebung masak, boleh masukkan garam dan serbuk perasa sedikit.  Biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan siap untuk dimakan bersama -sama nasi..okey ana faham tak ? maaf la aku tak dapat nak snap pic, sebab focus memasak. haha

4 comments:

Montana said...

hullamakk...dan2 rasa lapaqq ooo

ecah khalili said...

tringat kat pak mertua sy..kalau dia yg buat masak lemak rebung ni, perghhh..bertambah2 nasi..hehe..

Unknown said...

masak lemak kalau betul caranya memang sedappp...hehe

Blog Santai said...

dah lama tak makan masak lemak rebung ni..sedapkan ika..

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...