Resepi aku hari ni ialah masak lemak rebung dengan udang. Ini kalau negeri lain tak tahu la macam caranya. Yang pasti resepi ni dia mudah, senang dan yang penting cepat. Mari sama-sama kita belajar ye adik-adik. Mula -mula kita tengok bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan :
2 ulas bwg merah *
2 ulas bwg putih *
serai ( diketuk )
Rebung
Udang
santan ( secukupnya )
5 biji cili padi ( ikut suka ) *
garam ( secukup rasa )
Cara-caranya :
1- Tumbuk bahan yang bertanda, kalau nak blend pun xpa ikut keselesaan sendiri. Setelah selesai masukkan kedalam periuk bersama-sama santan.
2- Letak atas api dan kacau supaya tak pecah minyak, bila santan dah mendidih boleh masukkan udang, disertakan rebung.
3- Biarkan udang dan rebung masak, boleh masukkan garam dan serbuk perasa sedikit. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan siap untuk dimakan bersama -sama nasi..okey ana faham tak ? maaf la aku tak dapat nak snap pic, sebab focus memasak. haha
3 comments:
hullamakk...dan2 rasa lapaqq ooo
tringat kat pak mertua sy..kalau dia yg buat masak lemak rebung ni, perghhh..bertambah2 nasi..hehe..
dah lama tak makan masak lemak rebung ni..sedapkan ika..
Post a Comment