Tonton Drama Azam Ramadan Su Episode 1


SINOPSIS :

"Azam Ramadan Su " drama bersiri 20 episod terbitan Radius One Production menampilkan barisan pelakon seperti Rita Rudaini, Faizal Hussein, adik Mior Adha Najmi, adik Nur Qistina Raisah, Kismah Johar, Kartina Aziz, Siti Chubby, dan Chef Azli.

Drama bersiri ini mengisahkan azam seorang ibu bekerjaya yang mahu memasak untuk anak-anaknya pada bulan ramadan.  Lebih menarik, satu resepi akan dikongsikan pada setiap penghujung episod.

Su ( Rita Rudaini ) dikurniakan dua orang anak, Mukhriz dan Munirah hasil perkahwinannya dengan Lukman ( Faizal Hussein ). Su ialah wanita bekerjaya yang mengharapkan bibiknya untuk menguruskan segala urusan rumah dan lebih cenderung membawa keluarga makan di luar ataupun membeli makanan dari luar.

Bulan ramadan akan tiba tidak lama lagi. Rakan-rakan sepejabat Su sering berbincang tentang resepi masakan untuk bersahur dan berbuka puasa. Su menganggap memasak itu sesuatu yang menyusahkan. Hati Su terusik bila melihat kemesraan anak-anaknya bersama-sama bibik dalam menyediakan juadah. Buat pertama kalinya, Su berazam untuk memasak demi keluarganya pada bulan puasa. Berjayakah Su ?

Azam Ramadan Su Episode 1


7 comments:

Montana said...

pergh hero lama berlakon tu

sitirohaida said...
This comment has been removed by the author.
sitirohaida said...

tengok dah cerita nie...yang bestnya ada pelbagai resepi..

sitirohaida said...

tengok dah cerita nie...yang bestnya ada pelbagai resepi..

sitirohaida said...

tengok dah cerita nie...yang bestnya ada pelbagai resepi..

athiqi ariff said...

uii..rita rudaini brlakon...cm besh je...nt nk tgk la..

Byzura Halifah (MB) said...

suka tgk ceta ne byk resepi yg best and simple dia ajar. heee

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...