'Segmen Puasa& Kueh Raya Pertama'

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak join segmen ni bersempena hari raya yang bakal tiba. Sebenarnya dah lama tak join semua ni, hari nak ambil kesempatan join, kebentulan tuan punya segmen invite, apa salahnya kan join kan.


Pengalaman :

Aku tak taw nak cite apa sebenarnya, tapi aku ingat pengalaman puasa aku, tak silap 3 tahun lepas masa form 5 @ 4, iaitu bulan puasa aku terpaksa balik jalan kaki dari sekolah, dengan cuaca panas, bulan puasa pulak tu, ni disebabkan waktu balik sekolah tak menentu, nak kol susah fon takleh bawak ke skolah, nanti kena rampas, nak kol guna public fon pun rosak, yang boleh guna ramai orang tak ingat. Dah tu bila sampai mula lembik satu badan, letih. Lepas tu zzzz sampai petang. Keja satu taknak buat dah, habuan kena balik jalan kaki..hihi Siap esok bagitaw kat mak, kalau balik jalan kaki lagi, nak buka puasa. Tapi last-2 tak buka jgak sebab fikir sayang lol tahan sampai setengah hari dah. Ni pengalaman yang merupakan cabaran bagi aku time bulan puasa, masa aku sekolah. hihi

Kalau pengalaman kuih raya pulak, macam mana ye. Ni nak kata pengalaman bakar kuih raya sebenarnya bukan buat kuih raya.hihi Okey tahun lepas aku dengan sepupu aku ada buat kuih raya dalam 2500 bekas ( mak aii banyak taw ) kuih pelbagai jenis. Sepupu aku ambil tempahan, aku ni tolong je. Kira kami cuma buat berdua. bila dia kerja, aku sorang je yang buat. dia siap bancuh. Lepas tu aku la ambil alih, tekap acuan dgn bakar-membakar, First aku tak dapat kepercayaan dlm membakar kuih, sebab aku 0 % pasal kuih raya ni..haha Last bila aku bakar, ada juga tersasur hangit. hihi tapi seterusnya tu dah semakin okey, aku dah pandai agak rupa kuih yang masak. Jadi aku ambil alih 100% bakar kuih ni, seriusly sampai demam aku bakar kuih taw tak, dah bulan puasa dgn panas haba oven lagi..ni pengalaman dlm 20 thun aku hidup..hihi tapi yg bestnya bila aku dah berjaya belajar membakar kuih. ^_^

Jom la join ramai-ramai boleh berkongsi pengalaman korang, nak join klik banner ye.;)


Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz

Assalamualaikum,




Tag :

Nak join klik pic kat atas ye. ^_^


Beraya Di Kampung Lagi Best.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah masuk 25 ramadhan, In Sha Allah tak lama lagi semua umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Macam mana persiapan raya korang, dah beli ke baju raya ? kuih raya dah buat @ beli ? . Aku tahun ni takda buat persiapan raya sangat-2 pun. kuih raya pun tak buat. kikihkih

Time sibuk-sibuk buat persiapan raya jangan lupa taw solat terawih, lebih-2 lagi dah nak habis ramadhan ni, sama-sama kita banyakkan beribadat kpd Allah, sebab kita tak taw tahun depan masih berkesempatan lagi ke tak menyambut ramadhan. wallahualam

Aku kat sini bukan nak ucap selamat hari raya ke apa, sebab raya pun belum lagi kan. Saja je, raya ni mesti ramai kan nak balik kg, nak raya dengan saudara-mara kat kg. Mesti best kan, entah kenapa aku rasa tiap kali raya tak bapa nak excited sangat. Lain la time kecik-kecik asal raya best la, sebab dpt kutip duit raya kan. hihi

Aku jeles bila tengok semua semangat nak balik kg, raya kat kg. Mak aii cik jeles gilaa taw. Aku takda kg, tok dgn tokwan pun dah takda, tak dpt rasa suasana raya kat kg. Tak dapat berkumpul ramai-ramai. Abang aku yang sulung pun tak dapat balik raya, yela kekangan kerja. emmm 

Sambil tulis entry ni, sambil dengar lagu raya. hihi last aku terjumpa video PETRONAS Raya 2014 : Ke Pangkuan Bonda. Bila aku tengok wow bestnya, inilah suasana raya yang aku nak, best kan..kan..kan. Aku suka tengok video ni.




Bestnya kalau tiap kali raya macam ni kan, Baru la rasa suasana raya tu.hihi Aku tak taw apa motif entry kali ni, okey la itu sahaja. Salam ramadhan dan slamat berbuka puasa ye.^_^


p/s Aku rasa akhir-2 ni susah nak BW dgn update blog, terasa macam sibuk mengalahkan PM..kikihkih
p/s Dalam masa kita seronok nak sambut raya jgn lupa saudara kita yang susah di gaza, hari-2 diserang. Smoga mereka diberi kekuatan d' kesabaran. Aminn
p/s smoga Allah permudahkan urusan mengenai MH17. In Sha Allah


Bergaya Dengan perbelanjaan Munasabah Dan Bijak

Assalamualaikum,

Hi, pejam celik pejam celik dah nak habis kita brpuasa kan ? sekejap je masa berlalu. =) Mesti sekarang ramai yang dah sibuk siapkan persiapan raya kan ? shopping sana sini, buat kuih raya, beli baju raya.. betul dak ?. Aku persiapan raya takda sangat, kuih raya pun tak buat, just kuih tunjuk, tu pun kalau sempat, kalau tak makan rumah orang jela. hihi 

Okey, kat sini aku cuma nak kongsikan tip bergaya tanpa mengeluarkan belanja yang besar, yela sekarang semua benda mana ada free dah kan, masuk bilik air pun kena bayar. Masalahnya pulak, nafsu ni satu hal jugak. Pantang tengok barang cantik, tangan gatal nak mencapai. Sedar-sedar duit dah habis. T_T

Macam mana korang nak bergaya tanpa mengeluarkan belanja yang besar ?? Okey jom kita tengok caranya.

- Sale / Jualan Gudang


Dulu bila ada duit aku boros jugak. Perempuan kan ada 9 nafsu 1 akal. Sebab tu la tak berapa nak berakal sangat. Asal Nampak cantik, sambar. 1 yang aku belajar, kalau nak shopping, pilih la time sale. Kat situ korang dah boleh jimat banyak. Biasanya barang-barang baru sampai ni, lepas 6 bulan, mesti akan ada sale dari 50%-70%. Lepas tu, korang selalu-selalu lah update tentang jualan gudang yang selalu dibuat kat Malaysia ni. Nak lagi mudah, google je. Senang kan?

- Mix and Match

Biasa tak dengar dialog ni “Alamak, esok ada date, nak pakai baju apa ni?”

“Alamak, esok ada gathering tapi semua baju dah selalu dipakai!”

Cara mudah ialah dengan mix match kan baju korang, aku paling suka dengan tip ni, sebab aku antara budak yang baru belajar nak mix matchkan baju, nak senang boleh google je. Secara tak langsung dapat jimatkan sikit duit. Kalau setiap kali keluar nak pakai baju baru, alamat makan roti kering tiap-2 hari. hihi 


- Bundle

 

Perasan tak, sekarang dah in balik pemakaian boots. Kalau nak beli brand new, mahal. Paling murah pun dalam RM400-RM500. Nak ikut trend sekarang, boleh je beli dekat bundle. Jangan ingat barang bundle ni takde kualiti. Barang bundle ni original cuma barang yang dah digunakan, pre-loved items. Kalau pandai pilih dan bernasib baik boleh dapat barang yang rare dan limited edition pada harga yang sangat murah. Jimat tak? Aku sendiri pun suka kedai-kedai bundle ni. Murah dan siap boleh tawar menawar lagi.

- Bazaar


Aku paling suka beli dekat bazaar, sebab bagi aku barang kat situ murah-murah dan cantik pulak tu.  Kalau nak beli yang berjenama tak mampu lagi. Semua barang ada dijual kat situ, dari pakaian, tudung, kasut dan lain-lain. Senang. =)

- E-shopping


Okey ni last tip untuk korang bergaya tanpa mengeluarkan belanja yang besar. Sekarang kalau nak shopping takyah keluar rumah dah. Duduk hadap pc kat rumah dengan sekali klik je dah boleh. Dunia di hujung jari kan. Faedah nya boleh elak kita dari rambang mata. Jimat duit dan jimat minyak kereta. Tapi ada tak best jugak benda ni, kadang-kadang tak sedar diri tengah syok shopping. Tau-tau habis gak duit dek buat bayaran cimb-clicks. Hati-hati tau korang!

Semoga Bermanfaat ^_^


Terkini : Gambar Di Lokasi Nahas Pesawat #MH17 Di Ukraine

Assalamualaikum,

Rasanya semua dah tahu kan tragedi yang melibatkan pesawat MAS, MH17 yang dilaporkan ditembak dan terhempas di sempadan russia ukraine. Aku dengar berita ni pagi tadi, serius terkejut. Beberapa bulan yang lepas kita dikejutkan dengan kehilangan MH370 yang hilang entah ke mana, sekarang MH17 pulak, subhanallah berat sungguh dugaan yang dihadapi keluarga mangsa yang terlibat. =)

Semoga semua keluarga mangsa yang terlibat kuatkan semangat dan tabah menghadapi dugaan ni, walaupun kita tahu susah nak menerimanya. Bayangkan kalau kita kat tempat mereka, entah macam mana la. T_T Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya,

Al-fatihah dan takziah. ^_^


Gambar Nahas Pesawat MH17




















p/s Pray For MH17
p/s Pray For Gaza

<3 ilaal liqa' i qariban <3

Tonton Drama Rindu Awak 200% Full Episode

Assalamualaikum


Rindu Awak 200%

EPISOD : 28 Episod
TARIKH :  15 Julai 2014 (Isnin-Khamis, 7.00 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
KARYA NOVELIS : Liyana Zahim
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra, Karl Syafiq, Mimi Ernida, Adeline Tsen, Ika Nabila, Mia Ahmad, Zuhairi Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Niena Bahrain, Afzan A.Rahman, Beego


SINOPSIS RINDU AWAK 200%

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

GAMBAR PELAKON






Drama Rindu Awak 200% Full Episode



Cara Mudah Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum,

Aku kalau baca Al-Quran bukannya faham pun maksudnya kecuali kalau baca terjemahannya. Walaupun khatam 2-3 kali tapi tak faham maksud, sayang kan sebab kita tak tahu makna yang tersirat di setiap ayat Al-Quran. 

Aku pun baru nak belajar bahasa Arab, tengah berjinak-jinak, walaupun aku kadang-kadang hangat-hangat taik ayam, kadang nak belajar, kadang tak. kihkih 

Lumrah orang Melayu macam aku ni nak yang percuma je, jadi aku nak kongsikan satu website iaitu Madinaharabic.com, kat situ kita boleh belajar bahasa Arab secara online dan percuma.

Dia ajar daripada tatabahasa asas juga kosa kata yang bagi aku mudah untuk ikuti. Kebanyakkan orang yg pernah belajar bahasa Arab kata bahasa Arab ni susah nak belajar. Tapi kalau sungguh-sungguh mesti boleh punya.

Jom kita tengok macam mana nak belajar kat madinaharabic.com. Mula-2 klik free onine arabic course.


Lepas tu akan keluar la pilihan antara Arabic Reading Course ( untuk yang tak kenal huruf dan masih susah nak baca huruf jawi ) dengan Arabic Language Course ( Untuk yg dah kenal hurup tapi masih buta bahasa arab. Huhu.)


Web ini disertakan dengan audio. Jadi kalau kita tak tau ayat tu nak disebut macamana, kita boleh klik pada ayat tu. Memang la orang kata belajar tanpa guru ni seperti berguru dengan syaitan kan, tapi Madinah Arabic ini juga menyediakan perkhidmatan forum yang membuka ruang untuk kita berbincang dari hati ke hati kalau tak faham, serta ada juga tutor yang boleh dihubungi melalui Skype.

Jadi belajarlah selagi ada ruang dan peluang. Mana tahu lepas ni boleh baca Al-Quran dan faham maksudnya tanpa tengok terjemahan. In Sha Allah semoga bermanfaat. :)

>> ilaal liqa' i qariban << 


Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...