Slot Akasia Drama Hati Perempuan..


Novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas akan diadaptasi ke drama bersiri di slot Akasia TV3. Drama arahan Kas Roshan ini menyusul selepas tamatnya drama Teman Lelaki Upahan. Menampilkan gandingan pelakon baharu iaitu Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. Saksikan drama ini bersiaran bermula 30 Mac 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.55 petang di TV3. Juga boleh disaksikan di laman tonton.com.my
JUDUL : HATI PEREMPUAN
EPISOD : 28 episod
TARIKH : 30 Mac 2015 (Isnin-Khamis, 6.55 petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Kas Roshan
SKRIP : Nieza Nahar
NOVELIS : Nur Ain Al-Abbas
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa, Bella Nazari, Zuhairie Ibrahim, Noniswara, Mustaqem Bahadhon, Azlan Azman, Beego, Niena Baharun, Azhar Sulaiman, Lia Asmizz, Hazwan Halim, Kuna Muzani, Ryiena Ismail, Khatijah Tan, Aidil Aziz, Hanafi Rahman
WATAK PELAKON
Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril
Mia Ahmad sebagai Yuhanis
Hafreez Adam sebagai Daniel Idrus
Hafeez Mikail sebagai Tengku Zarul
Nadzmi Adhwa sebagai Tengku Zaqif
Bella Nazari sebagai Tengku Amalin
Zuhairie Ibrahim sebagai Tengku Hazimi
Noniswara sebagai Tengku Durahtul
Mustaqem Bahadhon sebagai Syed Ammar
Azlan Azman sebagai Nazim
Beego sebagai Umar
Niena Baharun sebagai Maisara
Azhar Sulaiman sebagai Tuan Izuddin
Lia Asmizza sebagai Edrina
Hazwan Halim sebagai Jefry
Kuna Muzani sebagai Safiah
Ryiena Ismail sebagai Umairah
Khatijah Tan sebagai Puan Sri Khadijah
Aidil Aziz sebagai Nizam
Hanafi Rahman sebagai Yazid
 
 
 
SINOPSIS DRAMA HATI PEREMPUAN:
 
“Memahami Hatimu Lebih Sukar Daripada Memilikimu”

Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhani. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya.

Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama? 
 
 PELAKON:
 
 
 
 
  
 
  
 
 
SUMBER : SINI


No comments:

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...