Resepi Roti John Mudah

Assalamualaikum

 
kredit google.

Roti John Mudah
bahan-bahan : untuk 1-2 orang makan
  • 2 keping roti hotdog (dibelah dua tapi jangan sampai putus. Sapukan dengan sedikit mentega jika suka)
  • bahan inti :
  • 2 keping beef/chicken burger (direbus sampai lembut dan dilenyek)
  • 2-3 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1 sk serbuk cili
  • hirisan bawang besar/Holland
  • hirisan daun sup
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • sedikit garam jika perlu  
Cara-cara : 
- Satukan kesemua bahan inti di dalam mangkuk dan kacau sebati.
- Panaskan sedikit mentega/minyak masak di dalam kuali leper. Kemudian dadarkan adunan telur tadi. 
- Tekapkan roti di atasnya sebaik sahaja telur hampir kering. Angkat dan terbalikkan roti. Kemudian hiaskan dengan hirisan kobis, bawang besar, tomato, sos cili dan mayonis. Ikutlah citarasa masing-masing.
- Lipatkan roti dan potong beberapa bahagian.

kredit resepi dari sini



No comments :