Kejadian Yang Tak Disangka !

Assalamualaikum

Hi semua, terlebih dahulu nak ucap selamat bercuti bagi yang cuti hari ni sempena hari Malaysia 16/9/2014. Hari ni sama juga dengan hari jadi ayah aku. haha

Semalam aku pergi watson nak beli barang, kira barang tu dalam RM 12.90. Jadi aku terus pi kaunter nak bayar. Sebelum aku tu ada dua orang customer. Aku keluarkan lah duit nak bayar 

RM 20.00 
RM 1.00 ( 3 keping )

Disebabkan time tu aku takda duit RM 10. Jadi aku bagi RM 23 semuanya, kira cashier kena bagi balik dalam RM 10.10 lah kan. Dan aku jenis tak suka ambil duit seringgit pula, sebab tu kenapa aku bagi RM 23. Konon-konon tak payah susah-susah cashier tu nak bagi aku duit singgitx2.

Aku tunggu punya tunggu sorang customer ni lambat, sebab dia beli barang banyak, bila tiba giliran aku. Aku bagi la duit, lepas cashier tu tanya ada member kad tak ? Aku kata ada, lepas tu cashier tu minta la member kad. Pada asalnya aku tak maw bagi sebab beli satu barang ja.

Lepas bayar semua dia bagi member kad aku, resit dan duit sekupang. Lepas tu aku terus keluar masuk kereta balik. Bila atas kereta, kira nak sampai rumah baru aku perasan,

" Eh aku bagi RM 23, asal cashier ni bagi balik sekupang. Dia dah ni, mesti dia ingat aku bagi RM 13.00 "

Nak patah balik susah, sebab time tu hujan dengan kereta banyak, aku bagitaw ayah sebab aku pergi dengan ayah aku time tu. Lepas tu kena la bebel dengan ayah bla..bla..bla..sakit telinga aku.

Boleh pula aku terlupa aku bagi RM 20 masa tu then cashier tu pula boleh dia ingat aku bagi RM 10. Ni mesti dia tak tengok.

Mula-mula tu aku nak pergi la petang tu nak tuntut, tapi sepupu aku kata susah sebab dekat resit kata kita bagi RM 13, takut dorang tak percaya. emm 

Kira time tu macam-macam dah keluar, maklum time hati aku tengah gerrr.

Kesudahannya nak salahkan siapa ? Aku atau cashier tu ? 

Tapi bagi aku dua-dua salah, salah aku juga tak tengok dulu sebelum keluar, main redah ja. Dan salah cashier tu juga sebab tak tengok dulu duit tu betul-betul.

Kiranya barang RM 12.90, bayar RM23.00. Emm sabor jela labu. -_- bukan rezeki kau la tu.

sekian ..

11 comments:

Wa said...

Alahai..kadang-kadang bila kita nak cepat jadi macam tulah kan... rasa rugi lak..bayanr untuk barang yang kita tak beli .

✿INA AINAA✿ said...

kesiannyaa.. hurmmm sabar jelah.. ena pun pernah jadi macam tu.. cuma tak banyak la duitnya

tashira sha said...

rm10 tu. erhhh kalau kite mmng mengamuk gila ahh hahaha

Lynn Damya said...

Salam, haaa sy ni niaga kat pasar malam..mmg masa awal2 duit Rm20 sekeping tu dilancarkan..agak tersasul je selalu..kalau tak customer yg tegur, sendiri kena check..haha tp skang dah biasa, dah tak tersalah lagi dah..hehe

Unknown said...

aah..sbb duit 20 mcm lebih kurang je ngan 10..kdang2 terlepas pandang..

Noor Atikah Ramli said...

tag untuk anda :P

http://www.nooratikahramli.com/2014/09/liebster-award.html

Unknown said...

warna duit RM20 dengan RM10 lebih kurang... memang selalu mengelirukan... tak per la pengajaran... next time sebelum keluar kedai check dulu... hik3x..

Blog Santai said...

Alahai kesiannya ika..tapi memang ramai yang dah kena macam tu ika coz duit tu hampir sama..

budakbandunglaici said...

tu la kadang2 terlupa berapa ringgit kita hulur kan btw tahniah ika telah mendapat
LIEBSTER AWARD dari BBL jangan lupa terjah ye

aiman mania said...

halalkanlah senang - senang..itu lagi baik..hehehehehee..amik kejadian nih sebagai pengajaran..heheheheheheh :D
UNTUNG WATSONS!

Unknown said...

alahaii..klau husna pon mmg kena bebel dgn parents hsna jgak tuh.. :p

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...