RESEPI AISKRIM OREO SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum.

Dah lama dok usha usha nak try resepi aiskrim orea ni, harini baru kesempatan nak buat. Jadi jom cuba resepi ni ye. Lepas ni tak payah susah-susah nak beli kat kedai, boleh buat sendiri ja kat rumah. Okey tengok apa bahan yang diperlukan.



Bahan bahan Ais krim Oreo

1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat.*kurangkan sukatan kalau nak kurang manis
1 Sudu camca esen vanilla
1 pakej biskut oreo
1 sudu besar Ovalett *make sure halal  



Cara cara Buat Ais Krim Oreo


1. Asingkan biskut oreo dan krim 


2. Hancurkan biskut oreo sederhana hancur.


3. Untuk adunan ais krim masukkan susu cair, susu pekat, esen vanilla dan ovalett ke dalam mixer dan putar adunan dalam 15minit. Kalau takde mixer boleh gunakan blender. 


4. Kemudian dan nampak gebu dan berkrim masukkan separuh biskut oreo yang dah dihancurkan tadi ke dalam adunan. Putar lagi sehingga gebu dan berkrim dalam 5 minit lagi.  

5. Adunan dah siap masukkan adunan ais krim ke dalam bekas. 


6. Boleh taburkan baki biskut oreo tadi di atas ais krim tapi pikah tabur milo disebabkan nak cepat tadi ..hehe Ikut kemahuan masing masing ye..

7. dah siap tutup bekas dan simpan dalam peti ais. Tunggu sehingga ais krim sejuk beku dan sedia untuk di makan :)
Kesimpulannya aiskrim pikah termanis sikit jadi sila kurangkan susu pekat kalau taknak aiskrim korang manis melecas ye.. okey sekian dan selamat mencuba.


1 comment:

Unknown said...

kalo craving blh buat sendiri kan ^^

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...