Episode 7
Review : Hansaegee Nature Online
Assalamualaikum
Hari ni aku nak review satu product dari Beauty Clinic, product ni ialah dari Korea. Pada entry yang lepas aku ada cite pasal product ni. Dah lama sebenarnya nak try guna, and now hasrat aku tercapai. Let's see !! ^_^
Inilah produk yang aku nak tu :Beauty Clinic Sulfur Blackhead Suction Nose Pack, H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask, IPL Whitening Laser ( 2 Steps Ampoule Mask ).
Kebentulan time aku beli Hansaegee.com ada buat promotion gila-gila jadi untung kat aku sikit dapat harga sale. hehe
Sulfur Blackhead Suction Nose Pack
Okey mula-mula kita tengok first product, iaitu sulfur blackhead suction nose pack, product ni mampu membuang blackhead @ whitehead yang bertempek kat hidung kita tu, ini macam nose pack yang biasa kita dok beli dekat watson @ guardian tu, tapi yang bestnya produk beauty clinic ni ialah, disertakan sekali dengan Pore Stamping Serum iaitu bertindak mengecilkan pore yang terbuka tu, best kan ?
Let's !! Mula-mula ambil nose pack dan koyakkan terus basahkan sekitar hidung dengan air, sebab kalau tak nose pack susah melekat, then tampalkan di hidung, biar 10-15 minit.
Yeah akhirnya :)
Terlupa nak zoom tadi tapi nampakkan hasilnya, katakan tidak pada whitehead. =)hehe
jangan lupa sapukan pore stamp serum di hidung untuk menutup kembali pore. Harga RM 37.00
jangan lupa sapukan pore stamp serum di hidung untuk menutup kembali pore. Harga RM 37.00
H.D.P Pore Stamp Mineral Charcoal
Okey, now second product face mask. H.D.P pore stamp charcoal. Ingredients : LS 8865, Zinc PCA, Sea grape extract, camellia sinensis callus culture extract. H.D.P pore stamp mask ni bertindak mengawal sebum berlebihan, melembabkan kulit, dan menutup liang pori yang terbuka.
First cuci muka, then tampalkan mask ni selama 15-20 minit, tapi aku over terlebih pakai sampai pagi. hehe mask ni best taw sebab dia nipis je dan sejuk bila pakai. Tu sebab yang over pakai sampai semalam. =) Harga RM 11.90
IPL Whitening Laser 2 Steps Ampoule Mask
Product yang ketiga face mask jugak iaitu IPL whitening laser, mask ni beza dengan yang tadi sebab ada 2 steps cara penggunaannya. Ingredients : stable vitamin C-AA2G dan Licorice extract dan arbutin.
Bertindak mencerahkan kulit, dan mengurangkan kulit menjadi gelap dan kusam. Aku malas dah tulis, so aku prints screen jela cara pemakaiannya. =) Harga RM 17.90
kredit to hansaegee.com
Amacam dah tahu kan bertapa bestnya product ni, jom dapatkan segera sebab hansaegee.com tengah buat promosi gila-gila ni sempena hari raya nanti. Aku pun macam teringin nak beli lagi, tapi apakan daya, yang aku beli hari tu pun belum habis. :)
Banyaknya Ganjaran Bulan Ramadhan !!
Assalamualaikum,
Hari ni ialah hari yang menyedihkan sebab aku gagal dalam test JPJ, tapi takpa la bersabar je. Mungkin ada hikmah disebalik ujian ni, dengan kegagalan ni aku boleh memperbaiki diri menjadi lebih baik. Kalau nak dibandingkan dugaan yang aku dapat mungkin ada dugaan yang lebih berat yang orang lain terpaksa pikul. Nak kata sedih tu maw tak, sebab tahu nak test pun last time, awat tak kalut habis, dah tak buat persiapan dari segi mental dan fizikal, adoiii Moga test ulangan aku dapat buat dgn sebaik mungkin, Aminnn
Okey lupakan masalah gagal JPJ tu, hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan, amacam puasa okey tak ? bagi aku cool je, hehe sebab tiap-tiap hari hujan, tak rasa panas dan tak rasa penat sangat kan. sejuk je. Dekat sini aku cuma nak kongsikan ganjaran pada bulan ramadhan, mari sama-sama kita hayati ye
banyak sebenarnya ganjaran di bulan ramadhan ni, sama-sama la kita gunakan masa yang ada memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini. Aminnn
sabarkan separuh daripada iman, agak-agak ada yang alami macam ini tak ? hehe okey selamat bersahur ye nanti. byee
Cpuv Nuffnang # 3 :KKBOX Awareness
Assalamualaikum,
Hari ni dah masuk hari kedua kita menjalani ibadah puasa kan, tapi alhadulillah hujan turun dari hari first puasa lagi jadi tak terasa panas sangat.:)
Tadi aku buka account nuffnang, alhamdulillah, en. nuffnang bermurah hati bagi aku cpuv yang ke tiga untuk bulan jun ni, terima kasih en. nuffnag, tak lupa jugak bagi yang sudi singgah blog yang tak seberapa ni. Tanpa anda siapa la saya..hehe
Okey itu sahaja, selamat menjalani ibadah puasa dan slamat berbuka juga petang nanti...^-^
DIY : Paper Flower Rose
Assalamualaikum,
Hari ni jom kita belajar buat bunga rose menggunakan kertas, aku tertarik dengan bunga kertas buatan sendiri ni, nampak kreatif betul. Selain itu, boleh juga digunakan untuk deco majlis. Pada masa yang sama menjimatkan duit.hehe Tutorial dari dozidesign's
Bahan yang diperlukan semestinya kertas, dah nama pun bunga kertas, aku suggest guna kertas yang agak tebal sedikit, aku dah try buat guna kertas A4 biasa tu, lembik lain macam je, tak stabil. Selain itu, gunting dan gam.
Macam mana nampak senang kan? nanti boleh pakat semua try okey, aku cuba buat tapi kecik pulak, kena try lain kali.hehe Nak buat kena biar besar-besar sikit, ikut ukuran yang diberi, sebab satgi dia tak nampak sangat bunga rose dia tu.
gambar hiasan
Last akan jadi macam ini, deco bagi cun-cun, comfirm cantik punya. Banyak sebenarnya cara yang boleh kita buat dengan bajet yang murah, tapi dengan syarat mestilah kreatif dan sabar. hehe
Selamat Mencuba ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod
Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...

-
Assalamualaikum, Hi semua lama betul bercuti. hihi bila dah lama rehat ni nak update blog rasa malas pula. okey hari ni nak kongsi rese...
-
Assalamualaikum urmm hari ne napa boringggg gilerr ah, tak taw nak buat apa.. tut..tut trjumpa plak segmen cik lulu ne.. ringankan jari tok ...
-
Assalamualaikum, Hari ni aku nak join segmen ni bersempena hari raya yang bakal tiba. Sebenarnya dah lama tak join semua ni, hari nak a...