Masak Lemak Rebung Dan Udang


Resepi aku hari ni ialah masak lemak rebung dengan udang. Ini kalau negeri lain tak tahu la macam caranya. Yang pasti resepi ni dia mudah, senang dan yang penting cepat. Mari sama-sama kita belajar ye adik-adik. Mula -mula kita tengok bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :
2 ulas bwg merah *
2 ulas bwg putih *
serai ( diketuk )
Rebung
Udang
santan ( secukupnya )
5 biji cili padi ( ikut suka ) *
garam ( secukup rasa )

Cara-caranya :

1- Tumbuk bahan yang bertanda, kalau nak blend pun xpa ikut keselesaan sendiri. Setelah selesai masukkan kedalam periuk bersama-sama santan.

2- Letak atas api dan kacau supaya tak pecah minyak, bila santan dah mendidih boleh masukkan udang, disertakan rebung.

3- Biarkan udang dan rebung masak, boleh masukkan garam dan serbuk perasa sedikit.  Biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan siap untuk dimakan bersama -sama nasi..okey ana faham tak ? maaf la aku tak dapat nak snap pic, sebab focus memasak. haha

Tabiat Macam Ni Jangan Ikut

Assalamualaikum.

Taktaw apa aku nak tulis, sebenarnya aku ada hobi yang selalu aku buat tapi jarang-jarang la. Sebab hobi ni aku selalu kena marah dengan mak aku. hihi salah satunya aku selalu online dalam gelap a.k.a tutup lampu.


Aku pun taktaw kenapa selalu online dalam gelap, mungkin sebab nakkan privasi. haha Sebenarnya aku suka tengok drama, tak kisah melayu/ korea semua aku tengok. Jadi anti sangat korea ni, hang tengok cite apa pun mesti dia ingat aku tengok cite korea. So nak dijadikan cerita tengok la senyap-senyap. Kalau dia mai tutup dgn selimut. hihi nanti ingat dok tidoq. pandai dak ? hihi

Lagi satu aku suka makan tengah malam, asal malam mula la perut ni nak kriuk, kruik. Nak kata tak makan baru lepas makan nasi dengan bubur kacang petang tadi. 


Terasa aku ni makan banyak pulak. Dah tu abang aku pulak datang siap bawak mee kuah, Alhamdulillah rezeki lagi. Tepat koi 10 malam makan lagi, haha


Aku rasa kalau ada yang nak bina lemak boleh amal selalu makan lewat malam, lepas tu masuk tidoq. wakaka, Mak aku pening aku ni makan isi kat mana ntah. Aku pun taktaw mngkin aku ni ada extra perut kot. sebab tu dia boleh makan lagi. haha okey yang tu sahaja nak share. maaf la kalau entry ni mengarut sikit.


p/s : esok belajar keta. harap dapat bawak dgn elok la. :)

Tonton Drama Azam Ramadan Su Episode 2


Episode 2


Tonton Drama kerana Terpaksa Aku Relakan Episode 18


Episode 18


Tonton Drama Azam Ramadan Su Episode 1


SINOPSIS :

"Azam Ramadan Su " drama bersiri 20 episod terbitan Radius One Production menampilkan barisan pelakon seperti Rita Rudaini, Faizal Hussein, adik Mior Adha Najmi, adik Nur Qistina Raisah, Kismah Johar, Kartina Aziz, Siti Chubby, dan Chef Azli.

Drama bersiri ini mengisahkan azam seorang ibu bekerjaya yang mahu memasak untuk anak-anaknya pada bulan ramadan.  Lebih menarik, satu resepi akan dikongsikan pada setiap penghujung episod.

Su ( Rita Rudaini ) dikurniakan dua orang anak, Mukhriz dan Munirah hasil perkahwinannya dengan Lukman ( Faizal Hussein ). Su ialah wanita bekerjaya yang mengharapkan bibiknya untuk menguruskan segala urusan rumah dan lebih cenderung membawa keluarga makan di luar ataupun membeli makanan dari luar.

Bulan ramadan akan tiba tidak lama lagi. Rakan-rakan sepejabat Su sering berbincang tentang resepi masakan untuk bersahur dan berbuka puasa. Su menganggap memasak itu sesuatu yang menyusahkan. Hati Su terusik bila melihat kemesraan anak-anaknya bersama-sama bibik dalam menyediakan juadah. Buat pertama kalinya, Su berazam untuk memasak demi keluarganya pada bulan puasa. Berjayakah Su ?

Azam Ramadan Su Episode 1


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episode 17

Episode 17


Cpuv Nuffnang : Kelazatan Korean Burgers Drpd Bulgogi Brothers

Assalam,

Nuffnang bermurah hati nak bagi cpuv walaupun jarang nak update blog. Terima kasih En Nuffnang.. :)


Cpuv pertama bulan ni, dan tahun ni, malunya nak update tapi takpa ni membakar semangat untuk terus berjuang  mendapatkan cpuv dari nuffnang. Ececehh

Kalau ternampak iklan ni, klik taw jangan segan silu. hoho 
okey bye. :)

"First Mini Giveaway Topup by Mrsyatie"

Assalam,

klik banner

Tag :

Tonton Drama Tuan Rumah Pembantu Rumah Episode 5


Episode 5


Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...