Biskut Teddy vs Zaman Kanak- Kanak

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni sudah menjangkau lima hari kita menjalani ibadah puasa kan. Masak menu apa untuk berbuka ? hehe dua, tiga hari ni hujan tak turun, biasa la cuaca panas sedikit, tapi takpa la ambil sebagai dugaan berpuasa. =)

>> gambar hiasan <<

Biskut fav masa aku kecik-kecik dulu, sebenarnya dah lama tak makan ni, entah aku tertengok tv tadi, ada sorang budak tu sebut biskut teddy. hehe Terus aku teringat biskut ni. Aku tak taw la cerita ni mimpi @ realiti, dulu aku pernah hilang dekat kedai kasut, punya la dok nangis cari abang dgn mak aku, tut tut dok belakang tu je. hehe time tu kitorang tak ada transport lagi, pergi mana-mana naik bas je.

Lepas tu balik mak aku belikan biskut ni, suka x3 perangai masa makan biskut ni suka makan gigit sikit-sikit sebab takut habis cepat. hehe hodoh giler bila fikir balik =) Biskut ni mahal xhingat, sebab ada sejemput ja. :( makan pun xpuas.

p/s Aku masih berfikir apa cerita aku hilang tu mimpi @ realiti. hehe >.<

Ada tak yang suka biskut ni macam aku ? cer jawab, cer jawab



Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Assalamualaikum,


Aku rasa mesti ada yang dah tahukan nile.com.my ni merupakan online shopping Malaysia yang menjual baju, tudung, kasut, barang- barang gym, buku, beg, kelengkapan rumah dan banyak lagi. Dan harganya memang berbaloi. sebab murah-murah saja bak hang. hehe

Okey sempena menyambut hari raya yang akan tiba nanti, pihak nile.com.my ni mengadakan satu giveaway, yang bestnya hadiahnya tersangat lumayan, enam pemenang dicari. =)

Hadiah yang bakal dimenangi :

2 x pemenang bertuah akan mendapat RM 300 tunai
4 x pemenang bertuah akan mendapat RM 100 tunai

kalau aku menang duit RM 300 tu, aku nak buat duit raya, nak bagi dekat saudara-saudara aku yg kecik-kecik molek tu. Selain itu, ofkos utk beli baju raya utk mak, utk aku.hehe lepas tu nak belanja family aku makan luar sebab selama ni aku tak pernah nk belanja diorang.So kalau rezeki aku tahun ni dapat la diorang merasa makan percuma. Selebihnya untuk simpanan masa depan. Macam mana okey tak aku punya plan ?

Macam mana kawan-kawan pun nak join jugak kan ? tapi mcm mana ? senang je, cara-caranya ialah dengan membuat satu entry mengikut step dibawah :

1- Tajuk :Saya Nak Duit Raya RM 300 Daripada Nile.Com.My

2- Letakkan banner seperti diatas didalam entry korang dan link kan banner tu dengan link yg ini 

http://www.nile.com.my/page.php?cd=76 

3- Dalam entry tu korang perlu ceritakan apa korang nak buat jika dapat duit RM 300 tu utk bulan ramadhan atau hari raya nanti

4- Emailkan ke  give_away@nile.com.my  korang punya detail dengan tajuk :

Raya giveaway ( nama penuh korang )

a. Link blog :
b. Nama penuh :
c. H/p Number :

Boleh check resultnya di >> sini << Tarikh akhir untuk join giveaway ni pada 21/7/2014, 11.59pm. Pemenang akan dipilih berdasarkan random.org.

semoga berjaya semua ^_^


Tonton Drama Azam Ramadan Su Episode 7


Episode 7


Tonton Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Episode 22


Episode 22


Review : Hansaegee Nature Online

Assalamualaikum

Hari ni aku nak review satu product dari Beauty Clinic, product ni ialah dari Korea. Pada entry yang lepas aku ada cite pasal product ni. Dah lama sebenarnya nak try guna, and now hasrat aku tercapai. Let's see !! ^_^


Inilah produk yang aku nak tu :Beauty Clinic Sulfur Blackhead Suction Nose Pack, H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask, IPL Whitening Laser ( 2 Steps Ampoule Mask ).

Kebentulan time aku beli Hansaegee.com ada buat promotion gila-gila jadi untung kat aku sikit dapat harga sale. hehe


Sulfur Blackhead Suction Nose Pack

Okey mula-mula kita tengok first product, iaitu sulfur blackhead suction nose pack, product ni mampu membuang blackhead @ whitehead yang bertempek kat hidung kita tu, ini macam nose pack yang biasa kita dok beli dekat watson @ guardian tu, tapi yang bestnya produk beauty clinic ni ialah, disertakan sekali dengan Pore Stamping Serum iaitu bertindak mengecilkan pore yang terbuka tu, best kan ? 





Let's !! Mula-mula ambil nose pack dan koyakkan terus basahkan sekitar hidung dengan air, sebab kalau tak nose pack susah melekat, then tampalkan di hidung, biar 10-15 minit.


Yeah akhirnya :)
Terlupa nak zoom tadi tapi nampakkan hasilnya, katakan tidak pada whitehead. =)hehe 



jangan lupa sapukan pore stamp serum di hidung untuk menutup kembali pore. Harga RM 37.00


H.D.P Pore Stamp Mineral Charcoal

Okey, now second product face mask. H.D.P pore stamp charcoal. Ingredients : LS 8865, Zinc PCA, Sea grape extract, camellia sinensis callus culture extract. H.D.P pore stamp mask ni bertindak mengawal sebum berlebihan, melembabkan kulit, dan menutup liang pori yang terbuka.


First cuci muka, then tampalkan mask ni selama 15-20 minit, tapi aku over terlebih pakai sampai pagi. hehe mask ni best taw sebab dia nipis je dan sejuk bila pakai. Tu sebab yang over pakai sampai semalam. =) Harga RM 11.90


IPL Whitening Laser 2 Steps Ampoule Mask

Product yang ketiga face mask jugak iaitu IPL whitening laser, mask ni beza dengan yang tadi sebab ada 2 steps cara penggunaannya. Ingredients : stable vitamin C-AA2G dan Licorice extract dan arbutin.



Bertindak mencerahkan kulit, dan mengurangkan kulit menjadi gelap dan kusam. Aku malas dah tulis, so aku prints screen jela cara pemakaiannya. =) Harga RM 17.90


kredit to hansaegee.com

Amacam dah tahu kan bertapa bestnya product ni, jom dapatkan segera sebab hansaegee.com tengah buat promosi gila-gila ni sempena hari raya nanti. Aku pun macam teringin nak beli lagi, tapi apakan daya, yang aku beli hari tu pun belum habis. :)


Dapatkan product disini @Hansaegee.com 


Tonton Drama Azam Ramadan Su Episode 6


Episode 6


Tonton Drama Azam ramadan Su Episode 5


Episode 5


Tonton Drama kerana Terpaksa Aku relakan Episode 21


Episode 21


Tonton Drama Tuan Rumah Pembantu Rumah Episode 10


Episode 10


Banyaknya Ganjaran Bulan Ramadhan !!

Assalamualaikum,

Hari ni ialah hari yang menyedihkan sebab aku gagal dalam test JPJ, tapi takpa la bersabar je. Mungkin ada hikmah disebalik ujian ni, dengan kegagalan ni aku boleh memperbaiki diri menjadi lebih baik. Kalau nak dibandingkan dugaan yang aku dapat mungkin ada dugaan yang lebih berat yang orang lain terpaksa pikul. Nak kata sedih tu maw tak, sebab tahu nak test pun last time, awat tak kalut habis, dah tak buat persiapan dari segi mental dan fizikal, adoiii Moga test ulangan aku dapat buat dgn sebaik mungkin, Aminnn

Okey lupakan masalah gagal JPJ tu, hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan, amacam puasa okey tak ? bagi aku cool je, hehe sebab tiap-tiap hari hujan, tak rasa panas dan tak rasa penat sangat kan. sejuk je. Dekat sini aku cuma nak kongsikan ganjaran pada bulan ramadhan, mari sama-sama kita hayati ye



banyak sebenarnya ganjaran di bulan ramadhan ni, sama-sama la kita gunakan masa yang ada memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini. Aminnn


sabarkan separuh daripada iman, agak-agak ada yang alami macam ini tak ? hehe okey selamat bersahur ye nanti. byee

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...