Assalamualaikum
Apabila berpindah atau masuk ke rumah baru, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran anda ? Mengemas, mengecat, atau membeli perabot baru ? Mungkin ia termasuk di dalam senarai bagi memastikan rumah nampak cantik, indah dan serba baru, namun sedarkah kita bahawa ada perkara wajib yang perlu kita dahulukan bagi menghidupkan amalan di dalam rumah ?
Ajaran islam tidaklah menekankan amalan khusus semata ketika masuk rumah, tetapi ada amalan yang lebih baik yang boleh dipraktikkan, antaranya :
1. Memasuki rumah dengan membaca Bismillah dan doa masuk serta keluar dari rumah.
2. Menjaga ahli rumah agar sentiasa berada dalam ketaatan dan menjauhi maksiat dan kemungkaran. Firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu...."
3. Setiap ahli rumah menunaikan kewajipan masing-masing mengikut agama; kewajipan sebgai suami dan bapa, kewajipan sbgai isteri dan ibu dan kewajipan sbgai anak. Sabda Nabi s.a.w.; " Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan ditanya tentang orang-orang dibawah jagaannya. Pemimpin negara adalah penjaga bagi rakyatnya dan dia akan ditanya berkenaan orang dibawah jagaanya ( yakni rakyatnya ). Seorang lelaki adalah penjaga bagi ahli keluarganya dan dia akan ditanya tentang ahli keluarga dibawah jagaannya. Seorang wanita adalah penjaga bagi rumah suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang berapa di bawah jagaannya.." ( Hr Iman al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ' Umar r.a )
4. Mengerjakan solat-2 sunat di dalam rumah. Sabda Nabi s.a.w.; " Kerjakanlah solat wahai manusia - di rumah - rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling afdal ialah seseorang mengerjakan solat dirumahnya kecuali solat yang fardu. " ( HR Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Thabit r.a )
5. Membaca al-Quran di dalam rumah..Sabda Nabi s.a.w.; " Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah " ( HR Iman Muslim dari Abu Hurairah r.a )
6. Hidupkan budaya memberi salam. Anas r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya; " Wahai anakku! Jika kamu masuk menemui ahli keluargamu ( di rumah kamu ) maka berilah salam kepada mereka nescaya akan dilimpahi keberkatan keatas kamu serta ahli rumah kamu " ( HR Iman at-Tirmizi dari Anas r.a )
7. Mengajak ahli keluarga bersama-sama beribadah. Sabda Nabi s.a.w; " Jika seorang lelaki mengejutkan ahli keluarganya pada waktu malam, lalu mereka mengerjakan solat dua rakaat bersama-sama, nescaya mereka berdua akan ditulis/ disenaraikan dalam kalangan lelaki-lelaki yang banyak berzikir dan perempuan-perempuan yang banyak berzikir " ( HR Iman Abu Daud dari Abi Said r.a )
Demikianlah sebahagian dari pada amalam-amalan di dalam rumah yang digalakkan oleh Islam yang sabit daripada hadis-hadis yang sahih dari Nabi s.a.w. Dengan melakukan amalam-amalan tersebut, Insya Allah rumah kita akan sentiasa dilindungi dari Iblis dan Syaitan dan ahli keluarga kita akan senantiasa diberkati Allah.
sumber : Internat..
3 comments:
thanks sharing...nanti masuk rumah baru,boleh la amalkan cara nie
terima kasih..nice entry :)
Terima kasih ika, byk msnfaat nya boleh d amalkan bg yg nk masuk umah baru
Post a Comment