Hukum Janji Tak Ditepati

Assalamualaikum,

Sebenarnya aku cuma nak kongsikan je apa yang aku baca dari satu website ni, supaya apa yang aku kongsikan membawa manfaat utk kita semua ye.=)


Soalan: Apa komen ustaz tentang ahli politik yang berjanji macam-macam tetapi apabila menang tidak tunaikan janji. Apakah hukum tidak tunaikan janji. 

Jawapan: 

Bukan ahli politik sahaja, tetapi sama sahaja sesiapa yang berjanji tetapi tidak tunaikan, tidak kira ahli politik atau bukan ahli politik. Kita kadang-kadang mengata ahli politik tetapi kita apabila berjanji adakah kita tunaikan. Itu satu perkara yang kita perlu kita muhasabahkan.

Sebab itu, satu perkara yang perlu kita ketahui, apabila Nabi SAW sebutkan tentang “Ciri-ciri orang munafiq itu ada tiga.” Itu adalah ciri-ciri, Nabi tidak menghukum orang itu munafiq, sebab itu kita jangan mudah menghukum orang munafiq. Sebab apabila kita menjatuhkan hukum munafiq ke atas seseorang, itu bererti kita menjatuhkan hukum kafir ke atasnya, kerana munafiq di dalam Islam hakikatnya adalah kafir. Munafiq adalah orang yang menyembunyikan kekafiran dan menzahirkan keimanan.

Namun kita boleh mengatakan seseorang itu ada ciri-ciri munafiq. Kerana Nabi mengatakan bahawa di antara ciri-ciri munafiq adalah “Apabila dia berjanji dia memungkiri, apabila diberi amanah dia khianat.”
Sebab itu kalau ada orang politik mahupun orang awam yang berjanji tetapi dia tidak menunaikan, dia memiliki ciri-ciri orang munafiq. Sedangkan firman Allah SWT di dalam Al-Quran,
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ
“Wahai orang-orang yang beriman, tunaikanlah janji-janji.” (surah Al-Maidah, 5:1)
Juga Allah menyatakan ciri-ciri orang yang berjaya, salah satunya adalah,
وَالَّذِينَ هُمْ لأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
“Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” (surah Al-Mukminun, 23: 8)
Jadi kita juga perlu berhati-hati, kadangkala kita ditawarkan dengan pelbagai janji tetapi janji itu tidak ditunaikan dan tidak dilaksanakan. Hanya cakap kosong, hanya disebarkan, bahkan yang lebih bahaya pada hari ini, orang-orang yang seperti ini dikatakan bahawa mereka bercakap benar. Orang yang seperti ini dikatakan bahawa mereka ini amanah.
Memang Nabi telah menyebutkan wujudnya kelompok yang seperti ini di akhir zaman, sabda baginda,
إِنَّهَا سَتَأْتِي عَلَى النَّاسِ سِنُونَ خَدَّاعَةٌ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا اْلأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ، قِيلَ: وَمَـا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: السَّفِيهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
“Sesungguhnya akan datang pada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan, seorang pembohong dikatakan benar dan seorang yang jujur dianggap berbohong, seorang pengkhianat dikatakan amanah dan seseorang yang amanah dianggap khianat, dan pada ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ditanyakan kepada baginda, “Siapakah Ruwaibidhah?” Baginda menjawab, “Orang yang lekeh (tidak ada ilmu) berbicara tentang urusan manusia (umat).” (Musnad Imam Ahmad)
Jadi  diminta kita berhati-hati dengan janji. Jangan bermain-main dengan janji kerana ia akan dituntut di akhirat kelak oleh orang yang kita janjikan kepada mereka sesuatu.
Wallahua’lam.
sumber : >> sini << 

3 comments:

Jari Manis said...

Klau begitu haruslah berhati2 ketika buat janji d bimbangi x dpt d tepati berat balasanya :-)

Unknown said...

jgn suka mungkir janji,,,

klik nuff satu

Akupenghibur.com said...

terima kasih atas pengkongsiannya ..menarik di bahaskan

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...