Sindrom ketika Terawih

Assalamualaikum,

Salam ramadhan semua, dah sembilan hari kita berpuasa, cepat betulkan masa berlalu. Disini aku cuma nak kongsikan sindrom yang sering berlaku ketika terawih di masjid, surau atau musolla. Sebenarnya masa solat fadhu mungkin juga berlaku. 

Macam mana aku boleh terdetik nak tulis entry macam ni pun, sebab aku pun pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri.=) 

Jom tengok :

1) Sindrom " My territory ". Park at your own risk.


copyright : farahinlee.blogspot.com

Datang masjid, bawa sejadah sendiri, hampar. Pilih kedudukan berhampiran kipas atau di sebelah tiang atau pintu supaya mudah keluar. Bila imam seru untuk betulkan saf, golongan yang ada sindrom ni dengan yakin engggan berganjak dari 'territory' mereka itu. Tidak kira saf depan masih kosong atau safnya sendiri tidak rapat, mereka masih tegar di situ. Bila jemaah sekeliling bagi isyarat kepada mereka supaya sempurnakan saf, buat-buat tak pandang atau terus mula solat atau pandang dan suruh jemaah lain yang sempurnakan.


Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat)." [HR Abu Daud]


Kita hanya perlu menggunakan kurang 50 kalori tenaga untuk melangkah ke tepi mahupun bergerak ke hadapan untuk penuhkan saf yang 'rongak', tetapi subhanAllah, langkah itu adalah langkah yang sangat dicintai Allah. Nampak kecil pada mata, tapi usahanya besar di sisiNya. Manakan tidak, kurang sempurna solat kita jika saf jemaahnya kurang sempurna. MashaAllah, hanya dengan berganjak beberapa langkah, kita telah berjaya sempurnakan solat jemaah-jemaah lain juga. Tak sempat berpeluh pun kan.? Nak Allah sayang tak.? Lepas ni, pakat berebut peluang untuk rapat-rapatkan saf ya.

kadang-kadang kita dah rapat-rapat tapi masih ada jemaah yang kurang peka tentang ini. Ingat,  jika kita terus solat tanpa cakna dengan saf kita yang tidak sempurna itu, solat kita juga dua kali lima jadinya. Jangan kita lepas tangan pula. Mainkan sedikit peranan. Mungkin kita boleh mengajak mereka dengan lembut dengan berkata, "Boleh penuhkan saf.? Besar pahala kamu kerana tolong sempurnakan solat jemaah lain.". Senang kan.?

2 ) Sindrom saf bengkang bengkok dihadapan.


copyright : farahinlee.blogspot.com

sindrom ni lagi banyak boleh nampak kan.? Tapi sindrom ni memang agak kronik. Boleh kata hampir semua saf macam ni. Tak ramai yang peka dengan seruan kepentingan meluruskan saf ketika solat. Sangat penting.

Dari sahabat Nu'man bin Basyir ra: Dulu Rasulullah meluruskan saf kami sehingga seakan beliau meluruskan anak panah, sampai beliau menganggap kami telah memahaminya. Beliau pernah keluar pada suatu hari, lalu beliau berdiri sampai beliau hampir bertakbir, maka tiba-tiba beliau melihat seseorang yang membusungkan dadanya dari saf. Maka beliau bersabda, "Wahai para hamba Allah, kalian akan benar-benar akan meluruskan saf kalian atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian berselisih." [HR Muslim]

Jika dikenang zaman Rasulullah dahulu, tentera islam pada zaman itu sangat berdisiplin. Apa rahsianya.? Salah satunya adalah kerana disiplinnya mereka dalam meluruskan saf. Masih tidak nampak apa relevannya.? Ok cuba tengok barisan kawat dalam tentera. Barisannya lurus macam diukur dengan pembaris.! Kita tengok pun kagum kan.? Nampak disiplin, tersusun dan teratur. Untuk rekod, Rasulullah adalah pengasas as-saf, sistem barisan dalam perang. Jadi, disiplinnya kita dalam meluruskan saf dapat membantu kita untuk disiplin dalam kehidupan seharian juga.

Bagi saya, melurus dan merapatkan saf mampu menyatukan hati umat islam. Mana tak nya, bahu I bersentuhan dengan bahu, kaki bersentuhan dengan kaki. Secara tak langsung ia dapat menimbulkan rasa rendah diri dalam diri, tak kira kita kaya atau miskin, cantik atau hodoh, busuk atau wangi, semua duduk rapat-rapat, erat-erat menandakan yang kita ni sama manusia di sisi Allah.

3) Sindrom " Give way, I'm praying ".


copyright : farahinlee.blogspot.com

sindrom ni dapat dilihat di masjid yang anjurkan solat tarawih 20 rakaat dan agak sesak dengan jemaah. Sebilangan besar memilih untuk bertarawih 8 rakaat sahaja. Bagi yang memilih untuk solat sunat witir di sana, mereka akan mencari ruang-ruang untuk lakukannya sebelum pulang. Tetapi, ada sesetengah mereka ini kurang bijak dalam pemilihan tempat untuk bersolat witir. Mereka memilih untuk terus solat di kedudukan solat tarawih mereka walaupun tempat itu berhampiran jalan keluar jemaah-jemaah lain yang memilih untuk tidak berwitir. Ada juga yang bersolat di bahagian belakang ruang solat kerana tidak mahu bercampur dengan jemaah yang bertarawih 20 rakaat tanpa sedar mereka menyebabkan jemaah lain terpaksa lalu di hadapan mereka untuk ke pintu keluar. Bukankah kita disarankan Allah supaya memudahkan urusan orang lain.?

Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya di dunia, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat." [HR Muslim]

Dapat ganjaran dunia akhirat sekali. Semua orang boleh fikir tempat-tempat begitu sangat tidak sesuai untuk solat, terutama pada 'peak hour' macam tu. Saya yakin mereka juga sedia maklum yang tempat itu kurang sesuai, cuma mungkin mereka terlupa untuk fikir tentang kebajikan jemaah-jemaah lain sekali. Susah kita sikit tidak apa, asal memudahkan ramai saudara lain.

Ini gambar jemaah muslimin, moga bermanfaat ^_^


kredit en.google :)

sumber >> sini <<

p/s thanks bgi dtg BW dri segmen kak mia, nanti aku BW blik korang ye, tapi slow sikit.. Jgn Marah no. =)


9 comments:

Unknown said...

Good one dear ! Betulll !! saya sokong entry ni . Ini memang kenyataan . hahaha . Selamat beribadah ya sis >.< :D

Blog Santai said...

Inilah sindrom yang sangat common ika...ada juga yang solat witir dalam saf terawikh. Bila habis solat just tinggalkan saf kosong ditengah-tengah...Kita pun tak faham dengan dia oang ni..tak ada asa besalah dan homat pada jemaah yang lain..apa-apapun kena banyak berabakan..itu semua dugaan Allah untuk kita..

Sally Samsaiman said...

"menggunakan kurang 50 kalori tenaga untuk melangkah ke tepi"

siap kira kalori...kalau ikut mmg sellau je jadi...kadang Sally lg nak g depan...sebab tak payah kena langgar org kat blkg..hihihi

Mar Mansor said...

betul tu....

MyCherita said...

Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari perserta Segmen Nak URL Blog #6 by Mialiana.com..done follow sini.. Salam ramadhan, salam ceria dari MyCherita

Azlan Strider said...

Salam ramadhan...betul gak apa yang awak cakap tu..thanks untuk nasihat yang diberi...

p/s follow sini

Regards,
-Strider-

Unknown said...

perkongsian yg bermanfaat..ika :)

dear anies said...

Bkn time terawih je solat harisn pn sm... kalu yg muda tu sy fhm tp yg dah tua tu, prr cite?

Trrima kasih krn follow...

Azhafizah MN said...

kene letak satu board dalam masjid supaya lebih beringat

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...