Assalamualaikum,
Hi, pejam celik pejam celik dah nak habis kita brpuasa kan ? sekejap je masa berlalu. =) Mesti sekarang ramai yang dah sibuk siapkan persiapan raya kan ? shopping sana sini, buat kuih raya, beli baju raya.. betul dak ?. Aku persiapan raya takda sangat, kuih raya pun tak buat, just kuih tunjuk, tu pun kalau sempat, kalau tak makan rumah orang jela. hihi
Okey, kat sini aku cuma nak kongsikan tip bergaya tanpa mengeluarkan belanja yang besar, yela sekarang semua benda mana ada free dah kan, masuk bilik air pun kena bayar. Masalahnya pulak, nafsu ni satu hal jugak. Pantang tengok barang cantik, tangan gatal nak mencapai. Sedar-sedar duit dah habis. T_T
Macam mana korang nak bergaya tanpa mengeluarkan belanja yang besar ?? Okey jom kita tengok caranya.
- Sale / Jualan Gudang
Dulu bila ada duit aku boros jugak. Perempuan kan ada 9 nafsu 1 akal. Sebab tu la tak berapa nak berakal sangat. Asal Nampak cantik, sambar. 1 yang aku belajar, kalau nak shopping, pilih la time sale. Kat situ korang dah boleh jimat banyak. Biasanya barang-barang baru sampai ni, lepas 6 bulan, mesti akan ada sale dari 50%-70%. Lepas tu, korang selalu-selalu lah update tentang jualan gudang yang selalu dibuat kat Malaysia ni. Nak lagi mudah, google je. Senang kan?
- Mix and Match
Biasa tak dengar dialog ni “Alamak, esok ada date, nak pakai baju apa ni?”
“Alamak, esok ada gathering tapi semua baju dah selalu dipakai!”
“Alamak, esok ada gathering tapi semua baju dah selalu dipakai!”
Cara mudah ialah dengan mix match kan baju korang, aku paling suka dengan tip ni, sebab aku antara budak yang baru belajar nak mix matchkan baju, nak senang boleh google je. Secara tak langsung dapat jimatkan sikit duit. Kalau setiap kali keluar nak pakai baju baru, alamat makan roti kering tiap-2 hari. hihi
- Bundle
Perasan tak, sekarang dah in balik pemakaian boots. Kalau nak beli brand new, mahal. Paling murah pun dalam RM400-RM500. Nak ikut trend sekarang, boleh je beli dekat bundle. Jangan ingat barang bundle ni takde kualiti. Barang bundle ni original cuma barang yang dah digunakan, pre-loved items. Kalau pandai pilih dan bernasib baik boleh dapat barang yang rare dan limited edition pada harga yang sangat murah. Jimat tak? Aku sendiri pun suka kedai-kedai bundle ni. Murah dan siap boleh tawar menawar lagi.
- Bazaar
Aku paling suka beli dekat bazaar, sebab bagi aku barang kat situ murah-murah dan cantik pulak tu. Kalau nak beli yang berjenama tak mampu lagi. Semua barang ada dijual kat situ, dari pakaian, tudung, kasut dan lain-lain. Senang. =)
- E-shopping
Okey ni last tip untuk korang bergaya tanpa mengeluarkan belanja yang besar. Sekarang kalau nak shopping takyah keluar rumah dah. Duduk hadap pc kat rumah dengan sekali klik je dah boleh. Dunia di hujung jari kan. Faedah nya boleh elak kita dari rambang mata. Jimat duit dan jimat minyak kereta. Tapi ada tak best jugak benda ni, kadang-kadang tak sedar diri tengah syok shopping. Tau-tau habis gak duit dek buat bayaran cimb-clicks. Hati-hati tau korang!
Semoga Bermanfaat ^_^
8 comments:
setuju 200%..hihi
Nafsu untuk menyoping tu tak boleh nak dihentikan. Hiiii...
kalau x bijak berbelanja raya ni mmg kering kontang la jawabnye.. hehe
Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ
Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih
wuaaaaa... xbli apa lagi... wuaaa..
wuuuu ..hehehe....saya tak beli pape untuk raya :P
jangan...jangan shopping dah...hahahaha...pesanan kat diri sendiri ni -____-''
kalau dah banyak duit mesti tak kira budget shopping kan..bahaya tu
salam. kalau nak shopping..kena kira bajet awal+ hehee
Post a Comment