Assalamualaikum,
Aku kalau baca Al-Quran bukannya faham pun maksudnya kecuali kalau baca terjemahannya. Walaupun khatam 2-3 kali tapi tak faham maksud, sayang kan sebab kita tak tahu makna yang tersirat di setiap ayat Al-Quran.
Aku pun baru nak belajar bahasa Arab, tengah berjinak-jinak, walaupun aku kadang-kadang hangat-hangat taik ayam, kadang nak belajar, kadang tak. kihkih
Lumrah orang Melayu macam aku ni nak yang percuma je, jadi aku nak kongsikan satu website iaitu Madinaharabic.com, kat situ kita boleh belajar bahasa Arab secara online dan percuma.
Dia ajar daripada tatabahasa asas juga kosa kata yang bagi aku mudah untuk ikuti. Kebanyakkan orang yg pernah belajar bahasa Arab kata bahasa Arab ni susah nak belajar. Tapi kalau sungguh-sungguh mesti boleh punya.
Jom kita tengok macam mana nak belajar kat madinaharabic.com. Mula-2 klik free onine arabic course.
Lepas tu akan keluar la pilihan antara Arabic Reading Course ( untuk yang tak kenal huruf dan masih susah nak baca huruf jawi ) dengan Arabic Language Course ( Untuk yg dah kenal hurup tapi masih buta bahasa arab. Huhu.)
Web ini disertakan dengan audio. Jadi kalau kita tak tau ayat tu nak disebut macamana, kita boleh klik pada ayat tu. Memang la orang kata belajar tanpa guru ni seperti berguru dengan syaitan kan, tapi Madinah Arabic ini juga menyediakan perkhidmatan forum yang membuka ruang untuk kita berbincang dari hati ke hati kalau tak faham, serta ada juga tutor yang boleh dihubungi melalui Skype.
Jadi belajarlah selagi ada ruang dan peluang. Mana tahu lepas ni boleh baca Al-Quran dan faham maksudnya tanpa tengok terjemahan. In Sha Allah semoga bermanfaat. :)
>> ilaal liqa' i qariban <<
18 comments:
Thanks Ika..For sharing..Nanti kita gi visit sana...
Promote Content & Dove untuk ika sempena Nuzul Quran..
bagus zaman sekarang ni. nak belajar ini memang mudah. tapi kalau nak belajar bahasa seelok2nya bercakap dgn orang lain yg lebih fasih. sbb bahasa ni nak praktis kena selalu bercakap. baru lancar kan? tp satu inisiatif yang bagus lah belajar online ni. heheh
jemput lah singgah blog ye.
www.kaio.my
ermm.. bagus juga website tu kan... insyaallah nanti kita #checkitout :D
maassalam... :)
Scha pun kurang bahasa Arab ni. Padahal bahasa Al Quran. Thanks ika bagi link :)
salam ramadhan..bestkan kalu dapat belajar bahasa syurga ni :D
hehehe
teringat masa belajar bahasa arab dekat sekolah
terima kasih sbb share..boleh laa start belajar bahasa arab nanti..hehehe..menabung dove sini..
Regards,
-Strider-
bagus perkongsian...Sally yg dok belajar mandarin ni pun rasa susah sgt kadang tu
memang dok cari terima kasih
Thanks 4 sharing..anak akak yg baru 6 tahun tu lagi pandai bahasa arab dari akak..:-)
bagus nie :) thanx sharing :)
mudahnyaaaa! i will try! bagus sebenarnya kuasai banyak bahasa ni. hihi
perkongsian yg sgt bermanfaat. :D
hangat2 tahi ayam pun at least ada improvement jugak kan.. lebih kurang je lah kita ni. uhuk2
Assalammualaikum...ika,
mselim3 pun sekarang nie dalam proses 'menajamkan' bahasa arab.. terima kasih sesangat laman bahasa arab tu ... sukran...
mselim3
Salam perkenalan dan salam ramadhan kareem,
Wah boleh try ni nk belajar bahasa arab dengan mudah. Tq ye
singgah isi tabung ika... :)
haha saya belajar 2 tahun bahasa Arab langsung tak dapat bercakap lagi .. hahah..menulis bolehla
Post a Comment