Gagal Untuk Kedua Kali !!!

Assalamualaikum,


gambar hiasan

Aku tak tahu nak kata apa dah sebenarnya, kedua kali aku gagal dalam test JPJ untuk lesen kereta. Stresss T_T . Rasa dah tak nak belajar dah, nak stop kat situ ja. 

Dulu masa aku mula-mula nak test, aku datang lewat, serius cikgu yang dok ajar aku tu tak bagitaw langsung aku ada test esok. Sampai petang tu staf kol 

" Esok koi lapan datang bawak duit RM 250 "

Aku pun tak terfikir nak tanya apa-apa, dok ingat koi lapan bawak duit jela. Sampai esok pagi tu hujan, kena plak bulan puasa, 

" takpa kot pi lewat sikit koi 9am, nak pi bagi duit je pun "

Last cikgu kol tanya dah test ke belum ? Aku dengan slamber jawab " test apa cikgu ?. 

Cikgu tu pun kata test JPJ la. Akak staf tu tak bagitaw ka ? Aku pun kata la dia tak bagitaw pun, kol suruh bawak duit ja. 

Bila dah dengar pagi tu test JPJ, gelabah beruk, jantung dup..dap..dup..dap dah macam keta api ni..takutt ketarrr semua ada.

Bila dah sampai tu pi kaunter bayar semua, pi blok D ambil no, siap nak kena buat bukit, parking, dgn tiga penjuru. Pi la bagi borang kat JPJ tu, lepas tu kena marah dgn JPJ pulak, siap suruh aku buat last kali, sebab time tu memang ramai jgak dok tunggu giliran. Aku rasa macam nak nangis ja kat situ, dah la aku dok getaq gila, kena marah plak.. brtambah-2 lagi. T_T

Takdan aku dok 2 mnit cikgu pnggil suruh buat, masuk keta naik bukit, getaq punya pasal sampai lupa turun handbreak. hihi 2 kali baru pass kat bukit, lepas tu sambung buat side parking total gagal, sebab aku lupa step 2 kena pusing kiri habis. Hambikk kaww

Tiba jalan raya, dapat keta kancil, okey la masa bawak tiba lampu isyarat aku silap masuk gear, sepatutnya gear 1 tapi tersilap ke gear 3. Aku punya dok pening lalat kat situ asal keta macam mati enjin tapi tak mati ni, elok kali ketiga keta jalan, dengan slamber nya aku tak tengok lampu tu merah.. wuarrgg JPJ tu kata eh langgar lampu merah tu, serius aku tak pikir langsung dok pikir keta tak jalan sampai lupa lampu merah.

Test Kali Kedua ( 08/07/14 )

Pagi tu aku sampai sebelum koi 8 lagi, pi kaunter bayar ( utk yg retest JPJ kena RM 50 ) duduk dalam bilik, smpai koi 9 lebih baru mula, aku dapat no 14, siap-2nak buat bukit,parking, tiga penjuru. Tiba ja no aku, terus naik keta, turun handbreak, masuk gear satu, lepas baru perasan lupa ejust kerusi.lol masa tu lupa free gear, terus aku nak ejust, keta dgn auto ke depan, terkejut makk. Nasib xda apa-apa. 

Buat parking okey, lepas tu ke side parking okey, ke tiga penjuru dia nak buat hal pulak, trlebih penjuru. Mak aih apa na jadi dengan aku ni. T_T

Tunggu bahagian ketiga pulak, jalan raya, tunggu bukan main lama. Elok sampai ja giliran aku dapat keta viva, adoii macam mana ni, dah belajar keta kancil, kena test trip ni keta viva. dalam hati redha jela.

masuk je dalam keta, ejust kerusi, lepas tu nak ejust cermin dok pening kat mana nak tekan  ni, nasib ja JPJ tu bagitaw, settle semua. Tapi elok nak keluar dari institut keta mampus 2 kali, resah gelisah dah, sebab aku rasa macam beza sikit dgn keta kancil. Nasib kali ketiga okey jalan semua, sampai ke lampu isyarat aku terlepas kluc cepat ke macam mna, sampai JPJ tu tersentak..hihi sory no pakcik JPJ.

Elok sampai ja institut, aku dok ingat lulus dah, nasib badan kandas lagi, markah tak cukup 5 lagi..emmm T_T duit lagi 

Pesanan JPJ tu kat aku
- Kamu bawak dah okey, cuma kena hati-hati time nak masuk lorong ( sebab time tu ada keta yang bawak laju ikut suka hati dia ja lalu tepi keta aku, nasib aku yg kena )
-kenapa kamu lepas kluc cepat sampai saya sampai kedepan, haha ( yg ni aku tak sengaja )
-lepas ni kena perkemas sikit pegang stereng.
- lepas tu aku dah lupa, sebab dia dok nasihat aku pasal masuk lorong atleast kena brhenti tngok kiri kanan. Cuba lagi lain kali " emmm" 

Aku harap untuk ketiga kali aku lulus dengan jayanya, tak banyak cukup-cukup makan pun jadilah.

Aku pun bukan over confident sampai nak 20/20. 16/20 pun jadilah asalkan lulus. sebab aku malas nak ngadap muka JPJ tu, sebab time tu  aku rasa jantung aku macam nak meletup.=) takutt

Wish me luck no utk test ketiga nanti ^_^

p/s dalam bad mood, malas nak BW sedihh


7 comments:

nor nabilah said...

alahai..jangan sedih2..kena praktis kat rumah gak kadang2..good luck ika..jgn give up tauu

dear anies said...

sabaq noo...xx pe cuba lg insya allah pasni pasti berjaya

zuhaira nasrin said...

alahaiii..sabar ye!kira bagus jugak jpj tu siap bagi nasihat.insyaAllah kali ketiga nanti lulus!senang je tuu^^

Unknown said...

singgah sini

Azhafizah MN said...

dugaan bulan puasa..InshaAllah lepas ni pasti berjaya..be cool okay jangan gelabah nanti mesti blur kalau gelabah

Sally Samsaiman said...

Sally g sekali je pun ..hahaha... Lepas tu malas nak g repeat blk -_____-"

Unknown said...

nak test jpj ni tak leh kalut, kena relax je, doa bnyak2..inshaAllah boleh..:)

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...